Monday 19 February 2018

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Bahan Semulajadi | Razanirah Aziz


bahan semulajadi, bebas jerawat, cara hilangkan jerawat

Siapa yang suka kalau kulit muka ada jerawat. Masalah kulit berjerawat ini selalu buat kita merasa rendah diri. Jerawat tumbuh seketul kat muka pun dah stess. Kalau banyak, lagi la masalah besar buat wanita.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan jerawat antaranya kulit muka berminyak, ketidakseimbangan hormon, pemakanan yang tidak seimbang dan sebagainya.

Pelbagai cara untuk menghilangkan jerawat antaranya mencuba produk menghilangkan jerawat yang banyak di pasaran.Tidak kurang juga yang pergi ke klinik kecantikan untuk membuat rawatan yang menelan belanja yang sangat mahal semata-mata ingin kelihatan cantik.

Bahan semulajadi juga mampu mengurangkan jerawat. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk mendapatkan wajah yang bersih dan licin.

Dekat bawah ni ada macam-macam cara hilangkan jerawat dengan bahan semulajadi

1. Pegaga

Pegaga merupakan tumbuhan herba dan kandungan anti bakteria mampu menyembuhkan luka. Pegaga juga mampu mengurangkan keradangan pada kulit berjerawat.
  1. Petik beberapa helai daun pegaga.
  2. Tumbuk lumat daun pegaga.
  3. Letakkan pada tempat jerawat.
  4. Biarkan selama 10-15minit.
  5. Bilas dengan air suam.
2. Lemon

Lemon banyak manfaat untuk kecantikan wajah dan kaya dengan vitamin C
  1. Perahkan jus lemon dan sapukan pada wajah
  2. Bagi kulit yang sensitif, campurkan jus lemon dengan sedikit air
  3. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air  dan keringkan
lakukan sehari sekali untuk masalah jerawat.

3. Timun 

Timun banyak digunakan untuk merawat mata sembab, tetapi juga membantu dalam melembabkan kulit dan membantu masalah jerawat.
  1. Potong timun nipis-nipis dan letakkan pada kulit yang berjerawat selama 15 minit.
  2. Bilas wajah dengan air suam.
4. Putih Telur

putih telur mambantu untuk mengecilkan liang pori-pori dan kurangkan minyak yang menjadi punca jerawat. putih telur jugak membantu mengurangkan blackhead dan whitehead.
  1. Asingkan putih telur
  2. Pukul putih telur sehingga kembang
  3. Sapukan pada kulit muka dan biarkan selama 10-15 minit
  4. bilas dengan air suam.
Gatal-gatal muka mungkin berlaku pada kulit yang sensitif.

5. Lidah Buaya

Lidah buaya merupakan bahan yang seringkali degunakan untuk merawat masalah jerawat. ini kerana lidah buaya mengandungi antioksidan, vitamin C & E yang membantu penyembuhan.
  1. Dapatkan isi lidah buaya.
  2. Hiris nipis-nipis isi lidah buaya.
  3. Sapukan pada kulit yang bermasalah.
  4. Biarkan selama 15-20 minit
  5. Bilas dengan air.
Lidah buaya yang sudah di paketkan dipasaran juga boleh digunakan, tetapi pastikan kandungan lidah buaya yang digunakan adalah 90%.

6. Bawang Putih

Bawang putih adalah anti-septik yang berguna untuk kulit. Bawang putih juga merupakan antibiotic semuladi tubuh.
  1. Dapatkan seulas bawang putih.
  2. Parut bawang putih sehingga halus.
  3. Sapukan pada bahagian yang berjerawat dan biarkan sebentar.
  4. Bilas dengan air suam.
Jangan biarkan bawang putih terlalu lama pada wajah.

7. Ais (Air Batu)

Ais dapat mengurangkan lebihan minyak dan kotoran penyebab jerawat. Air batu juga mengurangkan keradangan pada kulit.
  1. Pastikan ais dari air yang dimasak
  2. Bungkus ais dengan tuala bersih
  3. Pedapkan bungkusan ais pada wajah selama beberapa saat.
  4. Ulangi pada bahagian yang lain.
  5. Lakukan sehingga jerawat mengecut.
8. Masker Avocado & Madu
    
Avocado dan madu merupakan gabungan yang serasi kerana madu bersifat antibakteria dan avocado kaya dengan vitamin E yang dapat mengurangkan keradangan pada kulit.
  1. Ambil isi avocado dan lenyekkan.
  2. Tambah satu sudu madu dan kacau rata.
  3. Tambahkan sedikit jus lemon (Jika mahu).
  4. Sapukan masker pada tempat yang ada jerawat selama 15-20minit.
  5. Bilas dengan air suam.
9. Baking Soda

Baking soda dapat membantu meneutralkan keasidan kulit dan dapat membunuh bakteria penyebab jerawat. Baking soda juga dapat menghilangkan sel kulit mati dan menyerap minyak berlebihan.
  1. Campurkan 2 sudu makan baking soda dengan 1 sudu makan air dan sapukan pada bahagian yang terdapat jerawat.
  2. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam serta keringkan dengan tuala bersih.⎥
Sapukan sedikit bancuhan pada bahagian kulit muka terlebih dahulu untuk memeriksa tindak balas pada kulit anda. sekiranya kulit tidak mengalami kemerah-merahan, penggunaannya boleh diteruskan.

Macam mana mudah kan? Tak payah nak stress fikir cara nak hilangkan jerawat yang bagai tumbuh hilang berganti tu kan.

Bahan semulajadi kebanyakkannya sudah tersedia di rumah. Cuba lah cara yang mana satu sesuai dan mudah bagi awak semua. Biar cepat bebas jerawat. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

Bahan semulajadi, Bebas jerawat, cara hilangkan jerawat,






0 comments:

Post a Comment