Showing posts with label Toksin. Show all posts
Showing posts with label Toksin. Show all posts

Tuesday, 27 March 2018

Tips dapatkan kulit cantik dan badan yang langsing | Razanirah Aziz

Toksin, Set detox shaklee, DTX Complex, Herb-Lax, Vivix

Bila lama tak bertegur sapa dengan jiran sebelah menyebelah rumah ni nanti diorang cakap sombong pulak kan. Jadi kita pun pergi la dengan niat nak bersembang. Maklum la dah lama tak jumpa masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

Dari jauh dah nampak orang asyik pandang kita ja dalam hati dah fikir macam- macam dah. Mula la sesi tegur menegur, eh boleh pulak diaorang ni tanya aku mengandung berapa bulan dah sadis betul dengar. Nampak sangat aku mengandung lemak dah ni lepas tu kulit muka pun kusam tak berseri.

Muka letak make up pun nampak tak berseri, makan sikit tapi berat bertambah. Macam mana nak tangani masalah macam ni? kenapa berat bertambah dan kulit muka berjerawat dan kusam walaupun dah kurangkan makanan dan pakai produk penjagaan wajah yang mahal.

Ini tanda badan anda ada toksin yang terkumpul. Penyerapan nutrien yang terganggu akan melambatkan proses penurunan berat badan akibat daripada sisa toksin yang berkumpul dalam tubuh. Atasi masalah ini dengan set detox shaklee.
Toksin, Set detox shaklee, DTX Complex, Herb-Lax, Vivix

Set Detox Shaklee Mengandungi:

Dtx Complex - Detox Hati
DTX Complex dari shaklee menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi HATI yang sihat dan memelihara aliran hempedu. Makanan kesihatan ini telah dihasilkan dari gabungan 6 jenis herba terpilih dengan antioksida dan telah diuji secara klinikal untuk mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

Herb Lax - Detox usus
Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Papermint Ginger Plus - Buang angin
Membantu penghadaman, mencuci usus dan perut, bagus untuk sistem pernafasan (paru-paru, salur pernafasan), mencuci paru-paru, melegakan perut yang sebu atau berangin, membantu tubuh menyerap nutrien, buang angin.

Alfalfa Complex - Detox darah
Alfalfa membantu melawan keasidan ( asid ) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan. Kandungan klorofil dan nutrisi dalam Alfalfa Complex menjadikannya diuretik semulajadi iaitu agen penyahtoksin sejak turun temurun. Alfalfa juga bantu tingkatkan sistem penghadaman dan mengurangkan bau badan.

Vivix - Detox sel
Membantu meningkatkan tenaga dalam sel dan melancarkan darah. Resveratrol dalam vivix menbantu meningkatkan metabolisma dan memepercepatkan lemak di bakar dalam tubuh. Vivix juga menjadikan kulit wajah lebih muda dan berseri.

Apa manfaat detox?
Dengan detox kita boleh menurunkan berat badan kerana toksin dalam badan menghalang lemak dibakar. detox juga mengelakkan dari kesan yoyo (berat kembali kepada asal). Membantu meningkatkan metabolisma badab dan memeperceparkan lemak dibakar dalam tubuh.

Toksin yang banyak dalam badan jugak akan menyebabkan wajah kelihatan lebih berusia dari usia sebenar. Toksin dari radikal bebas dan logam berat akan mempercepatkan usia kulit. Sebab  itu la walaupun menggunakan produk penjagaan wajah yang mahal dan terbaik kulit tidak mengalami pertambanh baikkan kerana toksin menghalang nutrien dan zat dari diserap.

Dengan detox kita akan mendapatkan kulit yang lebih sihat dan berseri. jerawat juga semakin berkurangan serta menguatkan rambut dan kuku. Detox juga dapat mencegah masalah yang disebabkan oleh toksin seperti pening kepala, sakit sendi dan masalah penghadaman.

Jadi mulakan menjadga kesihatan diri dan mendapatkan tubuh yang langsing serta kulit yang lebih muda dan jelita dengan set detox shaklee sekarang.

dengan setiap pembelian SET DETOX SHAKLEE anda akan mendapatkan
❤ Keahlian secara percuma
❤ Meal plan selama 7 hari
❤ Konsultasi secara percuma sepanjang program detox

Hubungi :
Indipendent Shaklee Distributor
Razanirah Aziz
ID 1173929
Direct link wasap
Email 
razanirahaziz@gmail.com 




Continue Reading

Sunday, 25 March 2018

Bahaya GMO dan Kesannya Kepada Manusia | Razanirah Aziz

GMO, Non GMO, Protein, Nutrisi, Toksin
Pernah atau tidak anda melihat label GMO atau Non-GMO?

Tahukah anda GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organism atau dalam bahasa mudah organisma yang diubah suai secara genetik. Benih yang dihasilkan dari teknik ini mempunyai sistem pertahanan yang kuat terhadap seranggan serangga perosak dan boleh hidup lebih lama.

Benih yang dihasilkan memerlukan pemantauan yang kurang ketat kerana DNA yang telah diubah mampu untuk mempertahankan diri dari seragan perosak. Kebanyakkan bahan mentah kita pada hari ini telah tercemar disebabkan sikap tamak sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

Antara Tanaman Yang telah diubah secara genetik ialah
  • Canola
  • Jagung Manis
  • Kapas 
  • Tomato
  • Kentang
  • Terung
  • Kacang soya
  • Alfalfa
Selain dari tanaman, haiwan seperti ayam juga berisiko kerana suntikan yang diberikan untuk mempercepatkan pembesaran dan menggemukan ayam. 

Anda perlu memilih dan membaca label pada kandungan barang yang hendak diberi serta elakkan dari mengambil produk GMO terlalu kerap. Kebanyakkan produk sudah tidak dilabel GMO atau NON-GMO jadi anda perlu jadi pengguna yang bijak.

GMO, Non GMO, Protein, Nutrisi, Toksin

Berdasarkan kajian makanan yang berasaskan GMO adalah penyebab kepada:
Peningkatan toksin dalam badan
Apabila gabungan gen organisma yang bertoksin yang hendak diubah suai, menyebabkan anda mengalami masalah kesihatan kerana toksin akan berkumpul dalam tubuh.

Alahan atau alergik
Apabila protien yang terjejas atau rosak memasuki badan kita, ia akan merangsang imunisasi tubuh dan alahan berlaku.

Punca Kanser
Apabila makan terlalu banyak makanan GMO toksin dalam badan akan bertambah dan berlaku pengumpulan toksin yang menyebabkan organ perlu bekerja dengan lebih keras untuk membersihkan tubuh. Ini akan menyebabkan penyakit kronik berlaku.

Menurunkan tahap nutrisi
Penggubahsuaian tanaman akan mengurangkan nutrisi yang ada pada tanaman. Kacang soya GMO menghasilkan Phytoestrogen yang sangat rendah berbanding kacang soya Non GMO. Phytoestrogen adalah bahan kimia dalam soya yang boleh mengurangkan serangan penyakit hati dan kanser.

Cara mengenal produk GMO
1. Pilih produk yang belabel NON GMO
2. Kod PLU pada buah-buahan

GMO, Non GMO, Protein, Nutrisi, Toksin

Kod 5 digit (bermula dengan no 8 adalah buah-buahan GMO contoh 84011)
Pilih kod 5 digit yang bermula dengan no 9 ( buah-buahan organik)
3. Pilih ikan laut dan ikan yang tidak dibela
4. Pilih makanan Sejuk beku - makanan sejuk beku bebas GMO

Sentiasa memilih dan membaca label produk sebelum membeli. Anda boleh menukar sumber ayam anda kepada ayam kampung. Teliti dan tingkatkan pengertahuan mengenai produk GMO untuk kesihatan anda dan keluarga.





Continue Reading

Saturday, 24 March 2018

Susah Nak Kurus Walaupun Diet Ketat | Razanirah Aziz

Berat badan, Detox, Diet, Nutrien, Set Detox Shaklee, Toksin,

Bila nak pergi kerja ni benda pertama yang nak kena fikir baju. Nak pakai baju apa esok pun boleh buat jadi stress sebab nak nampak cantik dan up to date punya pasal. Hari-hari test baju itu baju ini yang merah, kelabu biru sampai naik geram nak pilih. Bila dah jumpa baju yang sesuai masalah lain pulak yang timbul.

Baju ketat sana sini tapi dah diet masih tak kurus jugak. Macam-macam jenis diet dari yang susu suku separuh sampai lah diet tak sentuh nasi tapi masih tak jadi jugak. Suplemen pun dah berlambak ambik tujuan nak bagi kurus jugak tapi satu pun tak berkesan.

Itu petanda toksin berlebihan dalam tubuh. Toksin menyekat penyerapan nutrien yang diperlukan oleh tubuh sebab itu walaupun kita diet dan mengambil suplemen yang diperlukan oleh tubuh berat badan tidak akan berkurang.

Nak atasi masalah toksin ni mudah sahaja cuma perlu detox. Bila detox, organ yang terlibat dalam menyingkirkan toksin seperti hati dan usus akan bertindak untuk membersihkan tubuh. Bila badan dah detox, badan akan menyerap suplemen dan nutrien dengan lebih optimum.

Semua ini dapat dicapai dengan set detox menyeluruh shaklee. Pengambilan setiap hari suplemen pemakanan yang bernutrisi membantu untuk mengatasi masalah toksin berlebihan dalam tubuh. Melalui set detox ini anda akan mendapatkan kebaikan seperti sistem penghadaman yang lebih sihat, kulit yang cantik dan bentuk tubuh yang menawan.
Berat badan, Detox, Diet, Nutrien, Set Detox Shaklee, Toksin

Set detox shaklee ini tidak seperti produk pencuci kolon yang membuatkan anda tidak selesa, ianya menggunakan gabungan herba dan nutrien untuk menyokong proses detox secara semulajadi. Set detox ini membantu 5 organ detox dalam badan untuk mengoptimumkan fungsi organ selepas program ini dijalankan.

Berat badan, Detox, Diet, Nutrien, Set Detox Shaklee, Toksin,

SET DETOX SHAKLEE

DTX Complex

Dihasilkan untuk membekalkan nutrisi yang menokong dan merangsang fungsi hati ang sihat. Hati merupakan organ utama untuk detokfikasi. DTX complex akan mengoptimum fungsi  hati menyingkirkan toksin dan merangsang hati yang sihat.

Kandungan DTX Complex

Alfalfa Complex
Dikenali sebagai gudang nutrient. Akar tunjang mencecah 6 meter untuk memberkalkan pelbagai nutrien dan mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan ang terjadi disebabkan toksin ang berlebihan dalam badan dan membantu menurunkan berat badan. Alfalfa juga membantu meningkatkan sistem penghadaman dan mengurangkan bau badan.

Herb-Lax
Herb lax mengandunggi daun senna yang digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus serta melancarkan pencernaan. Semasa program detox, toksin yang terkumpul dalam usus danmenyekat pergerakan usus akan disingkirkan.

Papermint Ginger Plus
Membekalkan herba semula jadi seperti pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu melegakan serta meredakan sistem penghadaman anda.

Vivix
Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. Semasa detox, Vivix membantu memberi tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisien.

Set detox shaklee ini pasti dapat menabantu organ-organ melakukan proses detox dengan lebih baik. Seterusnya mendapatkan berat badan ideal yang diimpikan. Dengan set detox shaklee ini anda akan mendapatkan manfaat seperti :
❤Semua suplemen yang dicadangkan adalah dari sumber semulajadi dan terbukti selamat dan berkesan.
❤Set detox Shaklee di sertakan dengan menu makanan selama 7 hari dan boleh diolah mengikut kesesuaian.
❤Anda akan menerima keahlian secara percuma dengan pembelian set detox dan anda akan menerima konsultasi secara percuma sepanjang program detox.


                                                   
Hubungi :
Indipendent Shaklee Distributor
Razanirah Aziz
ID 1173929
Direct link wasap
Email 
razanirahaziz@gmail.com 




Continue Reading

Friday, 23 March 2018

Toksin Dalam Badan Penyebab Jerawat di Wajah | Razanirah Aziz

Detox, Jerawat, sebab jerawat di wajah, Toksin,

Jerawat merupakan perkara biasa di kalangan remaja kerana mereka mengalami perubahan hormon kena sudah akil baligh. Bagaimanapun jerawat yang teruk perlu dirawat untuk mengelakkan kulit muka mengalami masalah parut yang teruk.

Kenapa jerawat dan toksin saling berkait? ini kerana toksin akan dikeluarkan melalui kulit dan menyebabkan berlakunya alergi, jerawat ruam dan banyak lagi masalah kulit yang teruk. penting untuk mengetahui di mana jerawat timbul dan langkah pencegahannya.

Jerawat yang bernanah dan yang dikenali sebagai jerawat batu merupakan tanda toksin tinggi dalam badan dan keluar melalui kulit.

Detox, Jerawat, sebab jerawat di wajah, Toksin,

Jom kita kenal jerawat yang tumbuh pada bahagian wajah dan kenapa iannya terjadi.

Jerawat Di dahi atas
Punca: Sistem pencernaan dan pundi kencing

Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan mengikut kesesuaian berat badan untuk mengepam toksin keluar dari tubuh. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan kafien yang tinggi. Amalkan teh herba seperti teh hijau. Kurangkan mengambil gula berlebihan dalam makanan dan minuman (kek, Coklat, Cordial dan lain-lain).

Tidur yang mencukupi 6-7 jam sehari dan lalukan senaman ringan selama 30 minit setiap hari. Tingkatkan kebersihan diri terutamannya rambut untuk menggelakkan minyak penyebab jerawat. Amalkan minum dan makan makanan yang tinggi kandungan anti oksidan seperti lemon.

Jerawat di Dahi Bawah (Lower forehead)
Punca: Jantung

Jantung merupakan organ yang sangat penting untuk mengepam darah keseluruh tubuh manusia. Pemakanan yang tidak sihat dan gaya hidup yang tidak aktif akan menjejaskan kesihatan jantung.
Cuba untuk bersenam, minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari dan makan makanan yang berserat tinggi dan kolestrol yang rendah. Asap rokok juga penyebab kepada jantung yang tidak sihat.

Jerawat di telinga
Punca: Buah pinggang

Jerawat pada bahagaian telinga terjadi kerana gangguan pada buah pinggang dan biasanya jerawat susah nak hilang. Banyakkan minum air dan elakkan minuman yang tinggi kandungan kafien. Bersihkan buah pinggang dengan melakukan detox untuk menyingkirkan dan memebersihkan buah pinggang.

Jerawat di sekitar Mata dan antara Bulu kening
Punca: Hati

Kulit berminyak, kemerahan dan jerawat antara kening menunjukkan bahawa hati bekerja keras untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Hati perlu di bersihkan melalui detox hati. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin c (lemon, kiwi, oren, limau gedang). 

Dapatkan rehat yang cukup dengan tidur awal. Kurangkan makanan dan minuman manis, berlemak, berminyak dan produk tenusu. Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, limau gedang, teh hijau, lobak merah dan sayur-sayuran berdaun hijau.

Jerawat di Pipi Atas
Punca: Paru-paru dan Sistem Pernafasan

Tekanan ke atas paru-paru mungkin menyebabkan jerawat keluar di pipi atas. Tekanan ini termasuk merokok, asma, alahan, dan jangkitan paru-paru. Lakukan senaman dan amalkan gaya hidup yang aktif, elakkan merokok atau tempat asap rokok dan asap kenderaan.

Kebanyakkan jerawat terjadi disebabkan fungsi organ yang semakin berkurang disebabkan perlu membersih toksin dalam tubuh. Penting untuk memastikan organ berfungsi dengan baik dan jerawat merupakan petanda untuk kita melakukan langkah yang seterusnnya iaitu membersihkan organ atau dengan  kata lain detox organ seperti hati, buah pinggang, usus dan lain-lain.

Continue Reading

Thursday, 22 March 2018

Detox vs Diet Perbezaanya dan Mana Yang Lebih Baik | Razanirah Aziz

Detox, Diet, Nutrien, Toksin
Perbezaan antara diet yang mengalakkan pemakanan yang sihat dan bernutrisi dengan yang mengamalkan diet kelaparan seperti Atkins sebab apabila anda berhenti dari diet tersebut kemungkinan berat kembali bertambah.

Bila anda sihatkan badan dengan cara yang betul, lemak yang berlebihan dalam badan akan di keluarkan. Jika badan anda mempunyai nutrien yang cukup ia akan membuang semua toksin dalam di dalam badan. Semua ini berlaku secara semula jadi dan anda tidak perlu makan limau gedang sebanyak 3 kali sehari atau anda perlu korbankan makanan kegemaran anda. ianya berlaku secara semulajadi.

Detox, Diet, Nutrien, Toksin
Detox adalah berbeza dengan diet kerana iannya benar-benar membersihkan tubuh anda dari toksin dan bukan membataskankan diri anda dengan apa yang anda makan. Kesan semulajadi detox adalah anda sebenarnya telah menurunkan berat badan kerana toksin telah disingkirkan dari tubuh.

Detox membuatkan andan menyingkirkan toksin secara sihat dan anda tidak lagi perlu menahan lapar untuk melakukan diet atkins atau diet yang perlu mengira jumlah kalori yang anda akan makan.

Detox, Diet, Nutrien, Toksin

Jika kita lihat kembali cara kehidupan orang zaman dahulu, kebanyakkan dari mereka kurang mengalami masalah berat badan. Kebanyakkan dari mereka juga menggunakan amalan membersihkan dan menjaga organ penting supaya berfungsi dengan lebih baik dan efisien.

Mereka juga tahu menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk membuang bahan-bahan merbahaya dari tubuh badan. Amalam ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh kebanyakkan negara perindustrian tetapi ianya tidak begitu diamalkan sekarang berbanding dahulu.

Belajar dan amalkan petua nenek moyang dalam menjaga kesihatan. Tidak hairan lah walau umur sudah banyak tapi masih sihat melakukan kerja berat.

Detox dan diet adalah dua perkataan dan cara yang berlainan dimana bagi diet anda perlu memastikan nutrien yang diserap oleh badan mencukupi untuk proses penurunan berat badan. Tetapi perlu di ingatkan diet yang memudaratkan kesihatan adalah perlu dielakkan.

Detox, Diet, Nutrien, Toksin

Detox adalah membersihkan toksin dalam badan dan memastikan organ dalaman yang bertindak untuk membersihkan tubuh dan menjalankan kerja dengan optimum. Kehadiran toksin yang berlebihan di dalam badan boleh menjadikan organ kehilangan fungsi akibat dari terlalu banyak atau keras bekerja.


Detox dan diet adalah sangat bermanfaat untuk pelbagai tujuan dan kedua-duanya semakin popular. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan faedah yang lebih baik, penting untuk anda mengetahui perbezaan antara diet dan detox bagi menggunakan cara dan matlamat yang sesuai. 

Anda harus mendapatkan yang terbaik dengan detox dan seterusnya dengan diet. Ini menjadikan anda lebih dekat dengan matlamat kesihatan dan kecergasan.
Continue Reading

Wednesday, 21 March 2018

Apa itu toksin dalam badan? Adakah Ianya Merbahaya | Razanirah Aziz

Jerawat, Toksin

Perkataan toksin sering diperkatakan tapi tahukah anda apa itu toksin dan bahaya toksin kepada tubuh badan kita? Toksin adalah sisa bahan buangan yang tidak diperlukan oleh tubuh kita dan akan terkumpul dalam badan. Sisa buangan ini akan mencemarkan tubuh badan kita.

Toksin adalah racun yang terkumpul dari pelbagai sumber iaitu pencemaran udara yang disebabkan oleh asap kenderaan dan asap rokok. Pencemaran bahan makanan dari segi pertanian yang menggunakan baja dari bahan kimia dan semburan serangga perosak.

Bahan makanan yang telah di ubahsuai secara sintetik dari segi pembesaran buah, warna, suntikan pada ayam untuk menggemukan ayam. Pencemaran air yang mengandungi klorin yang tinggi juga menjadi penyebab kepada penggumpulan toksin dalam badan.

Jerawat, Toksin

Pengambilan bahan makanan yang tinggi bahan pengawet juga berbahaa kepada tubuh badan. Pengumpulan sisa toksin dalam badan boleh mengganggu fungsi organ tubuh. Kenapa toksin menganggu fungsi organ? Setiap organ manusia mempunyai fungsi dan tugas tersendiri. 

HATI
Hati merupakan organ yang sangat penting dalam menyaring toksin yang masuk ke dalam tubuh. Pertambahan toksin yang masuk dalam tubuh menyebabkan hati perlu bekerja dengan lebih keras dan akan menyebabkan hati menjadi terlalu letih untuk berfungsi. 

PERUT & USUS
Sistem perkumuhan ang terdiri daripada perut dan usus adalah tempat di mana makanan dicerna untuk menyerap nutrien yang diperlukan. Bahan yang tidak diperlukan akan di proses oleh usus. Sisa Toksin yang tidak dibuang akan melekat pada dinding usus dan menganggu kelancaran pembuangan yang akan menebabkan masalah sembelit.

BUAH PINGGANG
Organ ini penting kerana berfungsi untuk seimbangkan pengaliran cecair dan tahap garam dalam tubuh, memusnahkan toksin, melancarkan aliran darah, membina tisu dan sel darah merah. Sekiranya  kandungan toksin tinggi sumber garam, buah pinggang akan menyingkirkan melalui peluh dan air kencing. Penting untuk memastikan buah pinggang beroperasi dengan baik untuk seseorang itu sihat.

KULIT
Kulit memainkan peranan yang paling awal menjalankan fungsi menyingkirkan toksin yang menunjukkan tubuh penuh toksin atau tidak. Jadi tidak hairanlah kalau kulit di tumbuhi jerawat yang banyak kerana ini salah satu cara kulit mengeluarkan toksin dalam badan.

PARU-PARU
Paru-paru di dalam badan berfungsi sebagai penapis udara. Paru-paru membawa masuk oksigen terus ke dalam aliran darah dan pada masa ang sama membebaskan gas karbon dioksida dan gas lain yang tidak diperlukan. Sekiranya kita menyedut terlalu banyak gas beracun, paru-paru perlu menapis semua bahan yang bertoksin. Paru-paru yang terlalu banyak menapis udara yang bertoksin akan menjadi gelap dan fungsi paru-paru itu sendiri akan berkurang.

Toksin adalah merbahaya kepada tubuh badan apabila ianya terlalu berlebihan. Organ yang terlibat perlu bekerja dengan lebih keras untuk menyingkirkan toksin di dalam tubuh. Fungsi dan tugas setiap organ akan semakin berkurangan dan mengakibatkan seseorang itu mengalami penyakit.

Toksin di dalam badan perlu di singkirkan untuk mengelakkan penyakit kronik seperti stroke, darah tinggi, tumor dan kanser buah pinggang.






Continue Reading

Tuesday, 20 March 2018

Bahaya Toksin Dalam Badan Jika Tidak Disingkirkan | Razanirah Aziz

Toksin, Berat badan, Jerawat,

Kebanyakan dari kita pada hari ini lebih menekankan mengenai aspek luaran berbanding dalaman. Jadi tidak hairan lah ramai yang berlumba-lumba nak tampil cantik sehingga melupakan kesihatan. Kecantikan sebenarnya bermula dari dalam dan akan membentuk kecantikan luaran. 

Faktor utama terjadinya toksin dalam badan adalah pengambilan produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya yang seterusnya akan merosakan organ dalaman. Toksin juga berpunca daripada pemakanan dan faktor sekitar. 

Faktor utama penyebab penyakit adalah toksin dan racun dalam badan. Toksin yang berlebihan dalam badan menjadi punca kegagalan organ tertentu untuk bekerja dan seterusnya menyebabkan penyakit terjadi.

Pengambilan makanan yang terlalu berlemak seperti daging, makanan yang telah di proses seperti daging burger, tinggi bahan pengawet, serta makanan yang telah di bleach seperti tepung dan gula antara penyumbang toksin dalam badan.

Toksin, Berat badan, Jerawat

Antara penyakit yang disebabkan oleh toksin adalah:

1. Penyakit kulit
Untuk membuang toksin ang berlebihan dalam darah, racun dalam darah akan keluar melalui kulit. Toksin yang terlalu banyak dalam kulit menyebabkan bisul, jerawat dan masalah kulit yang lain.

2. Alergi dan asma
Sekiranya badan mengandungi banyak toksin terutamanya yang bersifat asid, lapisan selaput yang tidak teratur akan terkena paru-paru dan menjadi sensitif. Untuk menstabilkan sisa buangan yang beracun tubuh akan mengeluarkan enzim yang berlebihan dan boleh menyebabkan alergi. Tanda-tanda seperti hidung berair, bengkak, asma dan batuk adalah tanda toksin cuba dikeluarkan dari badan.

3. Penyakit hati
Hati akan akan berinteraksi dan membersihkan toksin yang masuk dalam badan. Hati tidak dapat mengeluarkan cairan empedu yang membantu proses pencernaan. Lapisan lemak akan memenuhi sekeliling makanan dan menyebabkan ianya sukar dicerna. Empedu yang di penuhi toksin akan menyebabkan penyakit kuning. Toksin juga mungkin mengeras dan menjadi batu dalam kantung hempedu.

4. Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi 
Toksin dalam salur darah akan menyekat kelancaran peredaran darah. Ini akan menyebabkan jantung perlu bekerja dengan keras untuk mengepam darah untuk membantu perjalanan darah yang tersumbat.

Menyebabkan pembesaran jantung dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Tekanan yang dilakukan pada salur darah akan menyebabkan tekanan darah tinggi. Jika tekanan darah meningkat dengan terlalu tinggi, salur darah dalam otak akan mudah pecah dan mengakibatkan stroke.

5. Sakit sendi dan otot
Apabila tubuh mengandungi toksin bersifat asid, sendi akan bengkak dan hujung tulang menjadi kasar dan bergerigi manakala tulang rawan akan mudah hancur. Cairan endokrin akan menjadi kering yang akan menyebabkan tulang bergesel antara satu sama lain. Ini akan menyebabkan penyakit arthritis dan sendi.

6. Tumor
Tumor terjadi akibat sisa-sisa toksin yang berkumpul pada tisu tubuh.

7. Batu Ginjal
Toksin yang berkumpul di dalam buah pinggang mengeras menjadi batu dari sebutir pasir boleh membesar seperti telur angsa.

8. Demam
Apabila sel darah putih melawan racun dalam tubuh, metabolisma di tingkatkan dengan semakin cepat menyebabkan mudah demam.

9. Sembelit
Apabila sisa pembuangan toksin yang berkumpul pada dinding usus, usus akan diselaputi oleh lapisan selaput yang tebal dan berat. Ini akan menyebabkan najis tersekat dan mengakibatkan sembelit. 

10. Terlalu gemuk atau kurus
Metabolisma memainkan peranan yang penting dalam keseimbangan berat badan. Mereka yang gemuk mengandungi lemak berlebihan dan sisa-sisa pembuangan. Bagi mereka yang kurus, tidak berupaya menyerap zat-zat makanan dengan efektif disebabkan sisa-sisa toksin.

Penyakit boleh dicegah selagi ianya di kesan dengan awal. Toksin dalam badan menjadi punca penyakit, jadi singkirkan toksin dalam badan untuk hidup yang lebih sihat.
Continue Reading

Monday, 19 March 2018

Cara Singkirkan Toksin Dalam Badan | Razanirah Aziz

Detox, Toksin


Toksin adalah bahan buangan terkumpul yang tidak disingkirkan dari badan melalui sistem perkumuhan (najis, urin dan berpeluh).


Terdapat juga toksin yang tidak dapat disingkir sepenuhnya yang akan mengganggu organ penghadaman seperti usus, hati dan buah pinggang. Penting untuk memastikan toksin dalam badan disingkirkan sepenuhnya bagi memastikan kesihatan tubuh badan.

Proses menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan dalam badan dipanggil Detox. Terdapat banyak cara untuk menyingkirkan toksin dalam badan terutama sekali secara semulajadi.

Cara menyingkirkan toksin dalam badan.
1. Banyakkan minum air
Air dapat menyingkirkan toksin melalui urin. sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan sesuai dengan berat badan kita.
2. Bersenam
Kerap melalukan senaman dapat penyingkirkan toksin melalui kulit dengan berpeluh. Mengemas rumah merupakan salah satu cara bersenam selain daripada joggong dan bejalan kaki.
3.Puasa
Berpuasa dapat merehatkan organ kita dari bekerja tanpa henti. Puasa dapat meneutralkan toksin yang terkumpul dalam badan.
4. Buah buahan
Mengandungi air dan serat yang dapat melancarkan sistem pencernaan dan dapat mengelakkan sembelit. Buah-buahan citrus seperti lemon kaya dengan vitamin c dan anti oksidan yang dapat melindungi hati dan membersihkan toksin.
5.Kubis
Kubis mengandungi unsur sulfur yang penting untuk dapat membantu menyingkirkan racun dari makanan dan ubat-ubatan.
6. Brokoli
Mengandungi enzim yang dapat membantu proses pencernaan dengan efisien. Brokoli mentah terdapat banyak nutrisi kerana belum terjejas akibat proses pemanasan semasa memasak.
7. Bawang putih
Bawang putih juga mengandungi sulfur yang terdapat dalam kubis. Bawang putih juga merupakan anti radang yang bersifat anti septik.
8. Biji bunga Matahari
Membantu proses menyingkirkan toksin pada bahagian hati dan mengelakkan kolestrol terjadi pada bahagian jantung dan pembuluh darah.
9. Teh hijau
Mengandungi anti oksidan yang tinggi yang dapat membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh.
10. Alfalfa
Alfalfa kaya dengan klorofil yang dapat memcuci dan menyingkirkan toksin dalam tubuh.

Menyingkirkan toksin dalam badan atau dipanggil detox adalah penting untuk mengelakkan penyakit merbahaya. Sistem atau organ yang tidak dapat berfungsi dengan baik adalah punca kepada masalah kesihatan.

Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat seta mengandungi vitamin yang baik untuk tubuh badan.




Continue Reading

Sunday, 18 March 2018

Tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan yang Jarang Kita Peduli | Razanirah Aziz

Jerawat, Toksin, Berat badan, Kurus

Banyak masalah yang disebabkan oleh toksin ni. Kebanyakkannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. masalah seperti bau badan sampaikan diri sendiri pun rasa nak muntah. Selalu sangat dapat jelingan sebab muka banyak jerawat. Kawan sebelah rasa tak selesa kita asyik tergaru-garu. Buat kerja sikit je pun tapi penat macam pergi hiking.
  
Anda mungkin sedang menternak toksin dalam badan tanpa anda sedari. Eiuuu teruk sangat ni kalau pasangan sendiri pun dah mula tegur, malu kot. Nak tahu tahap toksin dalam badan berlebihan atau tidak, Jika anda mempunyai semua tanda-tanda yang disenaraikan, anda perlu memcari jalan penyelesaiannya.

TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN
1. Selalu keletihan 
Masih berasa letih walaupun sudah berehat dan tidur secukupnya. Berasa letih walupun melakukan kerja yang sedikit. Keletihan juga adalah tanda tindakbalas hormone terhadap sistem imun tubuh anda. Ini adalah salah satu tanda mungkin toksin dalam badan telah berlebihan.

2.  Berat badan susah nak turun
Memang bukan mudah nak turun berat badan, tetapi bila kita dah lakukan senaman, kawal pemakanan dan ambil suplemen untuk turunkan berat tapi berat masih tak turun jugak. Tanpa kita sedar toksik dari pemakanan harian kita dan produk penjagaan diri telah menjelaskan fungsi semulajadi hormon.
Keadaan dimana berat badan sukar diturunkan adalah petanda badan kita telah dipenuhi dengan toksin sehinggakan segala macam bentuk senaman, diet pemakanan, suplemen mahupun ubat tidak mampu kurus kan anda.

3. Nafas berbau
Nafas berbau seringkali dikaitkan dengan masalah penghadaman, tapi tahukah anda itu juga petanda hati anda sudah tidak mampu menyingkirkan toksin yang terlalu banyak dalam badan.
Sehingga bau nafas yang busuk akan kembali walaupun telah memberus gigi, mengunyah gula-gula getah dan berkumur dengan ubat kumur. Bukan sahaja nafas berbau tapu badan berbau jugak adalah tanda toksin berlebihan dalam badan.

4. Sembelit
Sembelit terjadi apabila terlalu banyak makan makanan yang diproses. Makanan sukar dihadam kerana makanan yang diproses bercampur dengan bahan kimia dan pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan ketahanan.
Apabila kita mengalami masalah sembelit najis dan toksin tidak dapat dikeluarkan daripada tubuh, jadi toksin yang terkumpul dalam badan akan mengakibatkan anda mengalami sakit kepala, sakit-sakit badan dan keletihan. Jadi elakkan dari mengambil makanan yang telah diproses terlalu banyak atau kerap.

5. Sensitif pada bauan 
Toksin yang tinggi dalam tubuh akan bertindakbalas dengan dengan bau wangi. Kenapa? kerana reaksi dengan bauan dari bahan kimia.
Anda akan mengalami pening kepala atau sakit perut apabila terhidu bau yang kuat. Tapi jangan tersalah sangka dengan alahan mengandung ye. Pastikan apa penyebabnya.

6. Sakit kepala 
Jika anda terlalu kerap sakit kepala, berkemungkinan besar racun toksin terlalu banyak dalam badan dan menganggu peredaran darah.

7. Reaksi kulit.
Masalah seperti ruam, bisul jerawat dan masalah kulit lain juga merupakan salah satu petanda toksin tinggi dalam tubuh. Masalah kulit berkaitan jerawat adalah disebabkan oleh racub dalam makanan dan penggunaan produk penjagaan kulit.
Ruam dan gatal-gatal pada kulit adalah petanda tubuh cuba menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

Bagimana cara untuk membuang toksin
1. Senaman
Lakukan senaman dengan kerap untuk melancarkan peredaran darah dan membuang toksin melalui peluh. Toksin yang banyak akan menyebabkan peluh menjadi terlalu busuk. 

2. Air Kosong
kerapkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk melancarkan pembuangan toksin melalui najis dan urin.
Jangan biarkan toksin terlalu lama dalam badan, toksin yang berlebihan menjadi punca kepada penyakit yang berbahaya jika dibiarkan.
Continue Reading