Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Sunday, 8 April 2018

Pemakanan yang Sihat Mengubah Hidup Anda | Razanirah Aziz

Makanan sihat dan seimbang, Obesiti, Diet, Berat badan

Kesihatan adalah sesuatu yang sangat mahal untuk diperolehi, jadi semasa sihat kita harus memastikan makanan yang dimakan adalah seimbang dan berkhasiat. Makanan sihat dan seimbang harus memberikan kita tenaga yang mencukupi karbohidrat, protein dan lemak yang sihat dan serat yang mencukupi.

Makanan sihat dan seimbang,Obesiti, Diet, Berat badan

Malaysia antara negara yang memiliki orang mengalami obesiti tertinggi di asia tenggara. Obesiti adalah punca kepada penyakit kronik. Jadi tidak hairanlah kalau ramai pesakit mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kronik yang lain kesan daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang.

Makanan sihat dan seimbang,Obesiti, Diet, Berat badan

Pemilihan makanan yang baik penting untuk menggalakkan amalan pemakanan seimbang kepada orang ramai untuk mengelakkan penyakit kronik. Antara panduan yang boleh diamalkan adalah:

1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut keperluan kalori yang di sarankan.
2. Kekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda.

Makanan sihat dan seimbang,Obesiti, Diet, Berat badan

3. Jadikan aktiviti fizikal sebagai senaman rutin anda setiap hari.
4. Makan nasi dan produk bijirin lain secukupnya. utamakan bijirin penuh serta ubi-ubian.
5. Utamakan makanan yang lebih serat, sayuran dan buah-buahan. Makanan tinggi serat (wholemeal), Kurang lemak, minyak dan garam.
6. Makan 2 sajian buah-buahan dan 3 sajian sayur-sayuran setiap hari. Pilih sayuran dan buah-buahan segar.

Makanan sihat dan seimbang,Obesiti, Diet, Berat badan

7. Makan ikan, telur, daging, kekacang dan bijirin secara sederhana
8. Ambil susu dan produk tenusu secukupnya. Utamakan pengambilan susu rendah lemak untuk kopi dan teh.
9. Hadkan atau kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan minyak. Pilih jenis masakan kukus, rebus, panggang dan bakar.
10. Kurangkan pengambilan garam, serbuk asam, petis, kicap, belacan, budu, dan sos.
11. Kurangkan pengambilan gula, air gula, krimer manis dalam minuman. 1 sudu teh (5gm) gula sudah mencukupi untuk secawan minuman 200ml. 
12. Minum 8-12 gelas air setiap hari. Air kosong setiap kali waktu makan dan selepas makan.
13. Pilih makanan yang size hidangan lebih kecil.
14. Pilih makanan dan minuman yang bersih dan selamat. 
15. Elakkan makanan yang mengandungi pewarna tiruan, bahan pengawet dan perasa tiruan (MSG).

Makanan sihat dan seimbang,Obesiti, Diet, Berat badan

Pengambilan makanan sihat dan seimbang sangat perlu dalam diet pemakanan kerana dapat membantu mengawal berat badan dan penyakit lain. Pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi garam dan gula yang tinggi seperti minuman 3 in 1 akan menyebabkan penyakit kencing manis kerana kandungan gula yang tinggi.

Semuanya bermula dari anda sendiri. Nak sihat harus amalkan pemakanan sihat tapi kalau nak sakit silakan ambil semua makanan yang enak dan lazat dimakan. Ubat itu pahit yang manis itu penyakit. tepuk dada tanya selera.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka



Continue Reading

Saturday, 24 March 2018

Susah Nak Kurus Walaupun Diet Ketat | Razanirah Aziz

Berat badan, Detox, Diet, Nutrien, Set Detox Shaklee, Toksin,

Bila nak pergi kerja ni benda pertama yang nak kena fikir baju. Nak pakai baju apa esok pun boleh buat jadi stress sebab nak nampak cantik dan up to date punya pasal. Hari-hari test baju itu baju ini yang merah, kelabu biru sampai naik geram nak pilih. Bila dah jumpa baju yang sesuai masalah lain pulak yang timbul.

Baju ketat sana sini tapi dah diet masih tak kurus jugak. Macam-macam jenis diet dari yang susu suku separuh sampai lah diet tak sentuh nasi tapi masih tak jadi jugak. Suplemen pun dah berlambak ambik tujuan nak bagi kurus jugak tapi satu pun tak berkesan.

Itu petanda toksin berlebihan dalam tubuh. Toksin menyekat penyerapan nutrien yang diperlukan oleh tubuh sebab itu walaupun kita diet dan mengambil suplemen yang diperlukan oleh tubuh berat badan tidak akan berkurang.

Nak atasi masalah toksin ni mudah sahaja cuma perlu detox. Bila detox, organ yang terlibat dalam menyingkirkan toksin seperti hati dan usus akan bertindak untuk membersihkan tubuh. Bila badan dah detox, badan akan menyerap suplemen dan nutrien dengan lebih optimum.

Semua ini dapat dicapai dengan set detox menyeluruh shaklee. Pengambilan setiap hari suplemen pemakanan yang bernutrisi membantu untuk mengatasi masalah toksin berlebihan dalam tubuh. Melalui set detox ini anda akan mendapatkan kebaikan seperti sistem penghadaman yang lebih sihat, kulit yang cantik dan bentuk tubuh yang menawan.
Berat badan, Detox, Diet, Nutrien, Set Detox Shaklee, Toksin

Set detox shaklee ini tidak seperti produk pencuci kolon yang membuatkan anda tidak selesa, ianya menggunakan gabungan herba dan nutrien untuk menyokong proses detox secara semulajadi. Set detox ini membantu 5 organ detox dalam badan untuk mengoptimumkan fungsi organ selepas program ini dijalankan.

Berat badan, Detox, Diet, Nutrien, Set Detox Shaklee, Toksin,

SET DETOX SHAKLEE

DTX Complex

Dihasilkan untuk membekalkan nutrisi yang menokong dan merangsang fungsi hati ang sihat. Hati merupakan organ utama untuk detokfikasi. DTX complex akan mengoptimum fungsi  hati menyingkirkan toksin dan merangsang hati yang sihat.

Kandungan DTX Complex

Alfalfa Complex
Dikenali sebagai gudang nutrient. Akar tunjang mencecah 6 meter untuk memberkalkan pelbagai nutrien dan mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan ang terjadi disebabkan toksin ang berlebihan dalam badan dan membantu menurunkan berat badan. Alfalfa juga membantu meningkatkan sistem penghadaman dan mengurangkan bau badan.

Herb-Lax
Herb lax mengandunggi daun senna yang digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus serta melancarkan pencernaan. Semasa program detox, toksin yang terkumpul dalam usus danmenyekat pergerakan usus akan disingkirkan.

Papermint Ginger Plus
Membekalkan herba semula jadi seperti pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu melegakan serta meredakan sistem penghadaman anda.

Vivix
Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. Semasa detox, Vivix membantu memberi tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisien.

Set detox shaklee ini pasti dapat menabantu organ-organ melakukan proses detox dengan lebih baik. Seterusnya mendapatkan berat badan ideal yang diimpikan. Dengan set detox shaklee ini anda akan mendapatkan manfaat seperti :
❤Semua suplemen yang dicadangkan adalah dari sumber semulajadi dan terbukti selamat dan berkesan.
❤Set detox Shaklee di sertakan dengan menu makanan selama 7 hari dan boleh diolah mengikut kesesuaian.
❤Anda akan menerima keahlian secara percuma dengan pembelian set detox dan anda akan menerima konsultasi secara percuma sepanjang program detox.


                                                   
Hubungi :
Indipendent Shaklee Distributor
Razanirah Aziz
ID 1173929
Direct link wasap
Email 
razanirahaziz@gmail.com 




Continue Reading

Thursday, 22 March 2018

Detox vs Diet Perbezaanya dan Mana Yang Lebih Baik | Razanirah Aziz

Detox, Diet, Nutrien, Toksin
Perbezaan antara diet yang mengalakkan pemakanan yang sihat dan bernutrisi dengan yang mengamalkan diet kelaparan seperti Atkins sebab apabila anda berhenti dari diet tersebut kemungkinan berat kembali bertambah.

Bila anda sihatkan badan dengan cara yang betul, lemak yang berlebihan dalam badan akan di keluarkan. Jika badan anda mempunyai nutrien yang cukup ia akan membuang semua toksin dalam di dalam badan. Semua ini berlaku secara semula jadi dan anda tidak perlu makan limau gedang sebanyak 3 kali sehari atau anda perlu korbankan makanan kegemaran anda. ianya berlaku secara semulajadi.

Detox, Diet, Nutrien, Toksin
Detox adalah berbeza dengan diet kerana iannya benar-benar membersihkan tubuh anda dari toksin dan bukan membataskankan diri anda dengan apa yang anda makan. Kesan semulajadi detox adalah anda sebenarnya telah menurunkan berat badan kerana toksin telah disingkirkan dari tubuh.

Detox membuatkan andan menyingkirkan toksin secara sihat dan anda tidak lagi perlu menahan lapar untuk melakukan diet atkins atau diet yang perlu mengira jumlah kalori yang anda akan makan.

Detox, Diet, Nutrien, Toksin

Jika kita lihat kembali cara kehidupan orang zaman dahulu, kebanyakkan dari mereka kurang mengalami masalah berat badan. Kebanyakkan dari mereka juga menggunakan amalan membersihkan dan menjaga organ penting supaya berfungsi dengan lebih baik dan efisien.

Mereka juga tahu menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk membuang bahan-bahan merbahaya dari tubuh badan. Amalam ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh kebanyakkan negara perindustrian tetapi ianya tidak begitu diamalkan sekarang berbanding dahulu.

Belajar dan amalkan petua nenek moyang dalam menjaga kesihatan. Tidak hairan lah walau umur sudah banyak tapi masih sihat melakukan kerja berat.

Detox dan diet adalah dua perkataan dan cara yang berlainan dimana bagi diet anda perlu memastikan nutrien yang diserap oleh badan mencukupi untuk proses penurunan berat badan. Tetapi perlu di ingatkan diet yang memudaratkan kesihatan adalah perlu dielakkan.

Detox, Diet, Nutrien, Toksin

Detox adalah membersihkan toksin dalam badan dan memastikan organ dalaman yang bertindak untuk membersihkan tubuh dan menjalankan kerja dengan optimum. Kehadiran toksin yang berlebihan di dalam badan boleh menjadikan organ kehilangan fungsi akibat dari terlalu banyak atau keras bekerja.


Detox dan diet adalah sangat bermanfaat untuk pelbagai tujuan dan kedua-duanya semakin popular. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan faedah yang lebih baik, penting untuk anda mengetahui perbezaan antara diet dan detox bagi menggunakan cara dan matlamat yang sesuai. 

Anda harus mendapatkan yang terbaik dengan detox dan seterusnya dengan diet. Ini menjadikan anda lebih dekat dengan matlamat kesihatan dan kecergasan.
Continue Reading