Sunday, 8 April 2018

Pemakanan yang Sihat Mengubah Hidup Anda | Razanirah Aziz

Makanan sihat dan seimbang, Obesiti, Diet, Berat badan

Kesihatan adalah sesuatu yang sangat mahal untuk diperolehi, jadi semasa sihat kita harus memastikan makanan yang dimakan adalah seimbang dan berkhasiat. Makanan sihat dan seimbang harus memberikan kita tenaga yang mencukupi karbohidrat, protein dan lemak yang sihat dan serat yang mencukupi.

Makanan sihat dan seimbang,Obesiti, Diet, Berat badan

Malaysia antara negara yang memiliki orang mengalami obesiti tertinggi di asia tenggara. Obesiti adalah punca kepada penyakit kronik. Jadi tidak hairanlah kalau ramai pesakit mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kronik yang lain kesan daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang.

Makanan sihat dan seimbang,Obesiti, Diet, Berat badan

Pemilihan makanan yang baik penting untuk menggalakkan amalan pemakanan seimbang kepada orang ramai untuk mengelakkan penyakit kronik. Antara panduan yang boleh diamalkan adalah:

1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut keperluan kalori yang di sarankan.
2. Kekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda.

Makanan sihat dan seimbang,Obesiti, Diet, Berat badan

3. Jadikan aktiviti fizikal sebagai senaman rutin anda setiap hari.
4. Makan nasi dan produk bijirin lain secukupnya. utamakan bijirin penuh serta ubi-ubian.
5. Utamakan makanan yang lebih serat, sayuran dan buah-buahan. Makanan tinggi serat (wholemeal), Kurang lemak, minyak dan garam.
6. Makan 2 sajian buah-buahan dan 3 sajian sayur-sayuran setiap hari. Pilih sayuran dan buah-buahan segar.

Makanan sihat dan seimbang,Obesiti, Diet, Berat badan

7. Makan ikan, telur, daging, kekacang dan bijirin secara sederhana
8. Ambil susu dan produk tenusu secukupnya. Utamakan pengambilan susu rendah lemak untuk kopi dan teh.
9. Hadkan atau kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan minyak. Pilih jenis masakan kukus, rebus, panggang dan bakar.
10. Kurangkan pengambilan garam, serbuk asam, petis, kicap, belacan, budu, dan sos.
11. Kurangkan pengambilan gula, air gula, krimer manis dalam minuman. 1 sudu teh (5gm) gula sudah mencukupi untuk secawan minuman 200ml. 
12. Minum 8-12 gelas air setiap hari. Air kosong setiap kali waktu makan dan selepas makan.
13. Pilih makanan yang size hidangan lebih kecil.
14. Pilih makanan dan minuman yang bersih dan selamat. 
15. Elakkan makanan yang mengandungi pewarna tiruan, bahan pengawet dan perasa tiruan (MSG).

Makanan sihat dan seimbang,Obesiti, Diet, Berat badan

Pengambilan makanan sihat dan seimbang sangat perlu dalam diet pemakanan kerana dapat membantu mengawal berat badan dan penyakit lain. Pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi garam dan gula yang tinggi seperti minuman 3 in 1 akan menyebabkan penyakit kencing manis kerana kandungan gula yang tinggi.

Semuanya bermula dari anda sendiri. Nak sihat harus amalkan pemakanan sihat tapi kalau nak sakit silakan ambil semua makanan yang enak dan lazat dimakan. Ubat itu pahit yang manis itu penyakit. tepuk dada tanya selera.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka



0 comments:

Post a Comment