Friday 13 April 2018

8 Kebaikan Protein Soya yang Perlu Anda Tahu | Razanirah Aziz

Estrogen, Kanser, Kulit lebih Sihat, Menopause, Protein soya, Sumber protein,

Terdapat banyak sumber protein yang boleh dimakan untuk mencukupkan dan memberikan nutrisi yang cukup kepada tubuh. Tetapi kebanyakkan protein mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi. Tidak kurang jugak dengan sumber protein yang tercemar dan mengandungi bahan kimia.

Protein dari sumber soya Non-GMO adalah lebih mudah dihadam dan mudah diserap oleh tubuh. Tidak mengandungi kolestrol dan rendah lemak serta rendah lemak trans. Apakah kebaikan protein soya yang perlu anda tahu?

1. Rangsang tumbesaran dan perkembangan otot
Meningkatkan kadar metabolisma. Pengambil protein yang cukup penting untuk membentuk perkembangan otot dan mengekalkan jisim otot. Protein amat penting untuk mengekalkan tenaga apabila diamalkan dengan gaya hidup yang sihat. Bantu baik membaikpulih otot dan memberikan rasa kenyang yang lama

2.Sokong pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat
Isoflavones yang terdapat dalam soya penting untuk pertumbuhan tulang. Isoflavones bantu mengurangkan risiko tulang rapuh dan bantu kuatkan tulang serta menghasilkan tulang semasa tumbesaran. 

Kajian mendapati, wanita asia yang mengambil soya sebagai diet pekmakanan yang sihat mempunyai 1/3 kurang risiko tulang retak bila terjatuh, atau melakukan aktiviti fizikal.

Estrogen, Kanser, Kulit lebih Sihat, Menopause, Protein soya, Sumber protein,

3. Sokong kitaran haid yang normal bagi wanita
Phytoestrogen (estrogen tumbuhan) yang terkandung dalam soya bantu menyokong kitaran haid yang normal. Kawal paras estrogen dalam badan untuk hormon yang sihat. Kurangkan tanda-tanda sindrom pra-haid (PMS).

Estrogen, Kanser, Kulit lebih Sihat, Menopause, Protein soya, Sumber protein,
4. Bantu kurangkan syndrome menopause
Kajian mendapati, wanita jepun mengalami fasa menopause yang lebih lancar berbanding wanita di U.S. Makanan berasaskan yang banyak diambil oleh penduduk asia iaitu sebanyak25-45mg sehari dalam diet mereka. Wanita yang sudah menopause kurang poenghasilan estrogen yang penting untuk tulang.

Estrogen, Kanser, Kulit lebih Sihat, Menopause, Protein soya, Sumber protein,

5. Menyokong kesihatan ketika hamil dan menyusu
Protein soya menpuntai 9 asid amino yang penting yang semstinya sangat baik untuk menyokong pembinaan sel, tisu dan organ yang sihat. Ibu hamil memerlukan protein untuk sokong tumbesaran bayi terutama pada trimester kedua dan ketiga. 

Bantu ibu meningkatkan otot dan bukannya lemak. Ibu menyusu memerlukan 2X ganda protein untuk komponen penting dalam susu ibu dan merangsang penghasilan susu ibu

6. Menyokong kesihatan salur darah
Isoflavones bantu untuk menurunkan kolestrol jahat (LDL-C) yang menyumbat saluran artery dan menyebabkan Coronary Heart Disease yang boleh menyebabkan serangan jantung. Isoflavones juga bantu tingkatkan kolestrol baik (HDL-C) yang melindungi dari risiko penyakit jantung dan rendahkan paras Triglycerides (TG).

Estrogen, Kanser, Kulit lebih Sihat, Menopause, Protein soya, Sumber protein,

7. Menyokong kesihatan payudara dan prostate
Pengambilan soya dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kesan perlindungan terhadap kanser juga dikaitkan dengan pengambilan soya yang tinggi  di kalangan wanita asia ketika muda. Isoflavones soya mengandungi kesan menghalang sel payudara dari bertukar menjadi kanser.

8.Mempercepatkan pembaikan dan pembaharuan sel.
Protein adalah salah satu nutrien asas tubuh yang penting untuk pembentukan dan penjanaan semula sel. Ianya penting untuk baik pulih tisu yang rosak. Protein juga membantu dalam penghasilan antibodi untuk melawan penyakit. Meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen dan menjadikan kulit lebih sihat.


0 comments:

Post a Comment