Showing posts with label nutrisi. Show all posts
Showing posts with label nutrisi. Show all posts

Saturday, 7 April 2018

6 Vitamin yang Penting untuk Ibu Hamil | Razanirah Aziz

Set kehamilan shaklee, B complex, Ostematrix, ESP, Ibu hamil, Nutrisi, Omega guard, Vitamin c, Vitatalea

Bagi ibu menjaga kandungan dengan baik dan memberikan nutrisi yang cukup buat bayi yang bakal lahir adalah satu perhatian yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mendengar bahawa dirinya telah berbadan dua sahaja sudah cukup mengembirakan hati apatah lagi bayi yang bakal lahir cukup sifat dan sihat.

Penjagaan makanan bagi ibu hamil sangat ditekankan kerana apabila hamil ibu akan berkongsi dengan bayi dalam kandungan segala zat yang diperlukan. Nutrisi yang cukup penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

KEPENTINGAN VITAMIN KEPADA IBU HAMIL

Sepanjang 9 bulan, tubuh ibu akan
  • Menghasilkan 50% lebih banyak darah.
  • Metabolisma ibu akan membakar tenaga untuk pembahagian sel dan pertumbuhan organ si manja yang sangat pantas.
  • Menggunakan lebih banyak air dan nutrisi.
  • Bekerja keras menghasilkan plasenta bayi yang lengkap apabila kandungan 4 bulan.
Pengambilan vitamin dan nutrisi yang mencukupi dapat membantu :
  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi
  • Mengekalkan kesihatan ibu.
  • Mengurangkan komplikasi semasa kehamilan.
Ada di antara ibu hamil mengalami mabuk semasa kehamilan (morning sickness). ini menyebabkan ibu hamil selalu mutah, mual, dan kurang selera makan. Ibu hamil akan mengalami kekurangan nutrisi dan zat yang diperlukan tubuh semasa kehamilan.

Set kehamilan shaklee, B complex, Ostematrix, ESP, Ibu hamil, Nutrisi, Omega guard, Vitamin c, Vitatalea

6 vitamin penting yang perlu ada dalam nutrisi ibu hamil telah tersedia dalam set kehamilan shaklee. Set kehamilan shaklee memenuhi segala kelengkapan nutrisi yang penting untu ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

VITAMIN YANG TERDAPAT DALAM SET KEHAMILAN SHAKLEE 

Vitalea Iron Formula
RM117.93
Set kehamilan shaklee, B complex, Ostematrix, ESP, Ibu hamil, Nutrisi, Omega guard, Vitamin c, Vitatalea
Vitalea merupakan multivitamin yang dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah. 

Vitamin C Plus
RM103.35
Set kehamilan shaklee, B complex, Ostematrix, ESP, Ibu hamil, Nutrisi, Omega guard, Vitamin c, Vitatalea
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Vitamin C juga membantu badan anda menyerap zat besi, terutamanya daripada sumber tumbuhan. Sebab itu elok makan vitamin c serentak dengan vitalea shaklee dalam set mengandung supaya penyerapan zat besi oleh ibu hamil lebih baik.

B-Complex
RM58.75
Set kehamilan shaklee, B complex, Ostematrix, ESP, Ibu hamil, Nutrisi, Omega guard, Vitamin c, Vitatalea
B complex menggalakkan pertumbuhan bayi yang sihat. Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Ostematrix
RM65
Set kehamilan shaklee, B complex, Ostematrix, ESP, Ibu hamil, Nutrisi, Omega guard, Vitamin c, Vitatalea
Ibu hamil memerlukan dos kalsium yang sihat untuk memastikan bayi yang lahir mempunyai tulang dan gigi yang sihat. Ostematrix membekalkan kalsium untuk membantu menghalang kekejangan otot sepanjang tempoh kehamilan. Kalsium membantu melawaskan pembuangan najis dan mengelakkan berlakunya sembelit.

ESP
RM170.93
Set kehamilan shaklee, B complex, Ostematrix, ESP, Ibu hamil, Nutrisi, Omega guard, Vitamin c, Vitatalea
Esp merupakan protein Non-GMO dan mengandungi 9 asid amino penting. Protein bertindak sebagai bahan asas untuk bina sel dalam badan bayi. Sel yang sihat dan kuat penting untuk pembentukan organ yang sihat dan kuat. Protein memberikan tenaga kepada ibu yang mengalami morning sickness yang teruk. Memelihara dan mengelakkan kecacatan pada janin. Protein juga membantu penghasilan susu ibu.

Omega Guard
RM144.43
Set kehamilan shaklee, B complex, Ostematrix, ESP, Ibu hamil, Nutrisi, Omega guard, Vitamin c, Vitatalea
Omega 3 membantu tumbesaran dan perkembangan otak dan memori janin. DHA yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee, merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina janin Jadi sebab itu, ia penting untuk pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Untuk mengurangkan risiko alergi kepada bayi baru lahir seperti eczema. Antibodi bayi juga dapat ditingkatkan selepas lahir apabila ibu mengamalkan OmegaGuard dan menyusukan bayi.

Mencegah kelahiran pra-matang bayi dan meningkatkan berat kelahiran bayi. Mengawal tahap kolestrol, tekanan darah tinggi ibu hamil, menyokong kesihatan jantung, mengawal berat badan dan meningkatkan imunisasi ibu ketika hamil.

Set kehamilan shaklee di ambil sepanjang tempoh kehamilan membantu mencukupkan nutrisi yang diperlukan ibu dan bayi semasa kehamilan. 

Setiap pembelian set kehamilan shaklee anda akan menerima konsultasi percuma.

Hubungi :
Indipendent Shaklee Distributor
Razanirah Aziz
ID 1173929
Direct link wasap
Email 
razanirahaziz@gmail.com


Continue Reading

Wednesday, 4 April 2018

Snek sihat untuk ibu hamil yang lapar tengah malam | Razanirah Aziz

Ibu hamil, Snek yang sihat, Antioksidan, Vitamin, Nutrisi

Ketika hamil, ibu kerap rasa lapar terutama pada tengah malam. Rasa lapar yang tidak boleh ditahan-tahan menyebabkan ibu hamil sering makan dengan kuantiti yang banyak walaupun pada tengah malam. Pengambilan makanan yang sihat dan betul semasa lapar juga membantu mengurangkan rasa lapar dan mendapatkan tidur yang nyenyak.

Snek yang sihat membantu ibu kenyang dengan lama dan pertambahan berat tidak terlalu drastik. Simpan stok snek anda untuk tidak menyusahkan ketika anda bangun pada tengah malam untuk makan. Snek sering di kaitkan dengan makanan yang tidak sihat dan tidak sesuai untuk ibu hamil kerana terlalu banyak garam, gula dan berlemak.

Tetapi terdapat juga snek yang sihat untuk ibu hamil mengurangkan rasa lapar dan mengenyangkan perut. Antara snek sihat yang boleh dimakan semasa hamil adalah seperti :

1. Popcorn
Walaupun pada hakikatnya popcorn adalah makanan yang tidak sihat dan hanya di makan ketika menonton wayang sahaja tetapi popcorn mampu memberikan rasa kenyang yang kerana kandungan serat yang tinggi. Tetapi popcorn yang hendah dimakan adalah yang bebas dari mentega dan perasa. makan popcorn plain sahaja.

Ibu hamil, Snek yang sihat, Antioksidan, Vitamin, Nutrisi

2. Kekacang
Kekacang adalah snek yang sihat kerana kaya dengan antioksidan dan mampu memberikan rasa kenyang yang lama. Snek yang bernutrisi bantu untuk mengatur gula dalam darah dan meningkatkan produktiviti tubuh.

3. Cereal
Cereal selalu di ambil sebagai sarapan tetapi ibu hamil juga boleh mengambil pada waktu malam ketika rasa lapar. Ceral boleh diambil dengan susu atau tanpa susu sesuai dengan kehendak.

4. Buah-buahan
Tidak perlu disangkal lagi bahawa buah-buahan adalah snek yang sihat dan bernutrisi. Buah-buahan sesuai dijadikan snek kerana walaupun makan terlalu bnayak ianya tidak menyebabkan berat badan naik. Buah-buahan sangat sesuai dimakan pada waktu lapar.

Ibu hamil, Snek yang sihat, Antioksidan, Vitamin, Nutrisi,

5. Sayuran
Sayuran merupakan makanan yang kaya nutrisi dan vitamin. Menu sayuran boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja termasuk rasa lapar pada waktu malam. Bagi anda yang tidak mengambil sayur atau tidak makan sayur, anda boleh mencuba beberapa jenis salad yang sedap.

Anda tidak perlu risau mengenai makanan yang boleh dimakan pada waktu lewat malam kerana bimbang berat akan bertambah. Diharap iannya dapat membantu.


Continue Reading

Sunday, 25 March 2018

Bahaya GMO dan Kesannya Kepada Manusia | Razanirah Aziz

GMO, Non GMO, Protein, Nutrisi, Toksin
Pernah atau tidak anda melihat label GMO atau Non-GMO?

Tahukah anda GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organism atau dalam bahasa mudah organisma yang diubah suai secara genetik. Benih yang dihasilkan dari teknik ini mempunyai sistem pertahanan yang kuat terhadap seranggan serangga perosak dan boleh hidup lebih lama.

Benih yang dihasilkan memerlukan pemantauan yang kurang ketat kerana DNA yang telah diubah mampu untuk mempertahankan diri dari seragan perosak. Kebanyakkan bahan mentah kita pada hari ini telah tercemar disebabkan sikap tamak sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

Antara Tanaman Yang telah diubah secara genetik ialah
  • Canola
  • Jagung Manis
  • Kapas 
  • Tomato
  • Kentang
  • Terung
  • Kacang soya
  • Alfalfa
Selain dari tanaman, haiwan seperti ayam juga berisiko kerana suntikan yang diberikan untuk mempercepatkan pembesaran dan menggemukan ayam. 

Anda perlu memilih dan membaca label pada kandungan barang yang hendak diberi serta elakkan dari mengambil produk GMO terlalu kerap. Kebanyakkan produk sudah tidak dilabel GMO atau NON-GMO jadi anda perlu jadi pengguna yang bijak.

GMO, Non GMO, Protein, Nutrisi, Toksin

Berdasarkan kajian makanan yang berasaskan GMO adalah penyebab kepada:
Peningkatan toksin dalam badan
Apabila gabungan gen organisma yang bertoksin yang hendak diubah suai, menyebabkan anda mengalami masalah kesihatan kerana toksin akan berkumpul dalam tubuh.

Alahan atau alergik
Apabila protien yang terjejas atau rosak memasuki badan kita, ia akan merangsang imunisasi tubuh dan alahan berlaku.

Punca Kanser
Apabila makan terlalu banyak makanan GMO toksin dalam badan akan bertambah dan berlaku pengumpulan toksin yang menyebabkan organ perlu bekerja dengan lebih keras untuk membersihkan tubuh. Ini akan menyebabkan penyakit kronik berlaku.

Menurunkan tahap nutrisi
Penggubahsuaian tanaman akan mengurangkan nutrisi yang ada pada tanaman. Kacang soya GMO menghasilkan Phytoestrogen yang sangat rendah berbanding kacang soya Non GMO. Phytoestrogen adalah bahan kimia dalam soya yang boleh mengurangkan serangan penyakit hati dan kanser.

Cara mengenal produk GMO
1. Pilih produk yang belabel NON GMO
2. Kod PLU pada buah-buahan

GMO, Non GMO, Protein, Nutrisi, Toksin

Kod 5 digit (bermula dengan no 8 adalah buah-buahan GMO contoh 84011)
Pilih kod 5 digit yang bermula dengan no 9 ( buah-buahan organik)
3. Pilih ikan laut dan ikan yang tidak dibela
4. Pilih makanan Sejuk beku - makanan sejuk beku bebas GMO

Sentiasa memilih dan membaca label produk sebelum membeli. Anda boleh menukar sumber ayam anda kepada ayam kampung. Teliti dan tingkatkan pengertahuan mengenai produk GMO untuk kesihatan anda dan keluarga.





Continue Reading

Friday, 9 March 2018

Masalah Kulit Sensitif dan Cara Mengatasi | Razanirah Aziz

kulit sensitif, nutrisi

Kulit sensitif merupakan masalah yang tiada jalan penyelesaian. Mereka yang mengalami kulit sensitif tidak tahu bahawa kulit mereka memerlukan penjagaan yang rapi. Bagi mereka yang mengalami kulit sensitif, kulit muka akan mengalami kemerah-merahan terutama di bahagian hidung.


Bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif pastikan semak perkara ini :



1. Memilih produk yang berbau wangi

bagi mereka yang gemarkan produk penjagaan wajah mesti tidak asing dengan bau-bauan yang wangi yang menjadi penarik untuk mereka membeli. Tapi AWAS! mereka yang memiliki kulit sensitif dilarang menggunakannya kerana akan menyebabkan berlaku iritasi pada kulit.


2. Produk yang mengandungi bahan kimia

Bahan kimia merupakan salah satu perkara yang seharusnya dielakkan untuk kulit sensitif kerana mereka yang memiliki kulit sensitif mempunyai kulit yang nipis dan mudah luka. 


3. Kosmetik

Mereka yang mengalami kulit sensitif perlu elakkan penggunaan kosmetik yang terlalu tebal. Kesan penggunaan kosmetik yang tidak tepat juga akan menyebabkan kulit muka rosak. Pastikan kandungan bahan terlebih dahulu sebelum menggunakannya.


4. Terdedah kepada cahaya matahari

Sinar uv menyebabkan pembentukan kolagen pada kulit tidak sempurna, pigmentasi dan melanin kulit menyebabkan proses penuaan lebih awal. Elakkan dari terdedah terlalu lama dengan cahaya matahari. 


5. Diet harian 

Kekurangan air dan nutrisi yang cukup untuk tubuh badan juga menyebabkan kulit kering dan meningkatkan sensitiviti. Makanan yang tidak sihat seperti mnakanan bergoreng juga penyebab sensitiviti pada kulit. 

Sebelum membeli sesuatu produk penjagaan wajah perlu baca terlebih dahulu kandungan bahan setiap barangan yang hendak dibeli. Salah satu masalah kulit sensitif ini adalah parut atau bekas jerawat yang lambat pudar. kalau salah pakai produk atau kosmetik dan tumbuh jerawat memang lambat nak hilang la...


Jangan bermuram durja ya, kulit sensitif boleh dirawat. Cara yang mudah dan selamat untuk kulit kembali pulih dan sihat.



1. Gunakan pelembab wajah

Bagi menyembuhkan kulit muka yang sensitif dari jangkitan dan keradangan, maka gunakan pelembap wajah pada lapisan permukaan kulit. Ianya dapat megembalikan kelembapan wajah. Elakkan menggunakan pelembab yang mengandungi minyak berlebihan.


2. Gunakan Sun Screen atau sun protector (SPF)

Sun screen atau SPF sangat penting pada kulit untuk menjaga melanin dan kolagen pada kulit. Gunakan pelindung matahari yang mengandungi SPF30 dan ke atas. Elakkan bahan yang mengandungi wangian, minyak dan bahan kimia.


3. Elakkan memakai scrub wajah dengan kerap

Gunakan scrub wajah 1 atau 2 kali seminggu sahaja. bagi kulit sensitif, cuci scrub dengan lembut dan kurangkan penggunaan scrub yang boleh melukakan kulit muka.


4. Pilih pencuci wajah yang sesuai

Pembersih digunakan untuk menaggalkan lebihan minyak dan kotoran pada wajah namun tidak ramai yang memilih produk yang benar-benar sesuai dengan wajah. Apabila menggunakan sesuatu produk lebih dari 6 bulan dan tiada sebarang perubahan, mungkin produk tersebut tidak sesuai untuk wajah kita.


5. Pilih kosmetik yang selamat

Pilih produk yang yang sesuai serta mempunyai antioksidan dan mengandungi bahan- bahan anti keradangan. Pilih kosmetik yang mengandungi bahan organik dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya


6. Pengambilan makanan seimbang

Pemakanan yang seimbang yang mengandungi nutrisi yang cukup dapat membantu mengurangkan keradangan pada kulit dan mencegah garis halus. Nutrisi yang cukup dari buah-buahan dan sayuran dapat memudarkan parut dengan lebih cepat.


mereka yang mengalami kulit sensitif akan nampak kesan perubahan yang sangat memuaskan jika dapat merawat dengan konsisten. 



Kulit sensitif ? tiada lagi...



Selamat meencuba





Continue Reading