Showing posts with label kulit sensitif. Show all posts
Showing posts with label kulit sensitif. Show all posts

Tuesday, 13 March 2018

Kenali Jenis Kulit Wajah Sebelum Pilih Skincare | Razanirah Aziz

kulit sensitif, kulit berminyak, kulit kombinasi, kulit normal, penjagaan wajah

Bila berkaitan dengan kulit muka ni berpusu-pusu orang pakat nak beli produk yang bagi muka naik seri la, nampak putih mulus la nampak flawless bagai.sampai ada yang berhabis duit nak nampak cantik ja... tapi kadang-kadang produk yang kita beli tu orang lain pakai cantik ja, kita pakai tak elok pulak.

Sebenarnya setiap orang mempunyai jenis kulit yang berlainan. Ada yang memiliki kulit kering, kulit berminyak, kulit kombinasi dan kulit normal. Bukan semua produk sesuai untuk semua jenis kulit. Sebelum beli atau pakai skincare kita perlu kenal kulit wajah kita sendiri, tak dak la main taram ja tepek kat muka tu... jom kita kenal kulit wajah sendiri

Jom semak jenis kulit muka sendiri. jangan tak tahu masih ramai yang belum tahu jenis kulit sendiri sebab tu selalu tersalah beli.

kulit sensitif, kulit berminyak, kulit kombinasi, kulit normal, produk penjagaan wajah


Kulit Kering
♥ kulit nampak kering, kadangkala mengelupas dan berkeping-keping di hidung, bibir, dan tulang pipi.
♥ Liang roma sangat kecil
♥ Rasa kering & tidak lembap
♥ Nampak garisan kedutan
Kulit Berminyak
♥ keseluruhan jawah berminyak
♥ Liang roma besar
♥ kerap/sering berjerawat
Kulit Kombinasi
♥ Berkilau/berminyak sekitar zon T (dahi & hidung), serta dagu
♥ Kadangkala berjerawat
Kulit Normal
♥ Tidak berkilau
♥ Terasa anjal
♥ lembap
♥ Jarang ada jerawat
Kulit sensitif
♥ Kulit kemerah-merahan
♥ Muncul ruam dengan mudah apabila terdedah kepada perubahan cuaca
♥ Kulit terasa gatal, alergi
♥ Kulit nampak nipis sehingga garis-garis halus pembuluh darah dapat terlihat jelas.

Masih keliru dan tak boleh bezakan caranya jom buat ujian pada kulit anda.
1. Cuci muka 
Cuci muka dengan pencuci yang biasa digunakan dan bilas.
2. Biarkan selama 2 jam
Jangan apply apa-apa selepas cuci muka. lebih elok jangan lap muka lepas cuci dan biarkan selama 2 jam.
3. Periksa keadaan kulit
Lepas 2 jam tengok keadaan kulit. 
Kalau kulit rasa berminyak, melekit atau berkilat (jenis kulit berminyak). 
Rasa kering, merekah atau ketat (Kulit Kering). 
Berminyak dikawasan hidung dan dahi tapi bahagian pipi rasa kering atau biasa (kulit kombinasi). Kulit kelihatan kemerah-merahan (Kulit Sensitif). 
Kulit rasa biasa (kulit normal).

Dah tahu kan kulit muka jenis apa kalau yang kulit normal tu sangat la beruntung tau tak payah nak tempek bedak berulang kali sebab muka berminyak. Pakai make up pun tak payah touch up banyak kali...

Sebelum beli produk penjagaan wajah, wajib hafal tau benda alah semua ni, sebab nak beli produk mesti perunding kecantikan akan tanya kulit kita dahulu sebelum mereka cadangkan produk yang bersesuaian








Continue Reading

Friday, 9 March 2018

Masalah Kulit Sensitif dan Cara Mengatasi | Razanirah Aziz

kulit sensitif, nutrisi

Kulit sensitif merupakan masalah yang tiada jalan penyelesaian. Mereka yang mengalami kulit sensitif tidak tahu bahawa kulit mereka memerlukan penjagaan yang rapi. Bagi mereka yang mengalami kulit sensitif, kulit muka akan mengalami kemerah-merahan terutama di bahagian hidung.


Bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif pastikan semak perkara ini :



1. Memilih produk yang berbau wangi

bagi mereka yang gemarkan produk penjagaan wajah mesti tidak asing dengan bau-bauan yang wangi yang menjadi penarik untuk mereka membeli. Tapi AWAS! mereka yang memiliki kulit sensitif dilarang menggunakannya kerana akan menyebabkan berlaku iritasi pada kulit.


2. Produk yang mengandungi bahan kimia

Bahan kimia merupakan salah satu perkara yang seharusnya dielakkan untuk kulit sensitif kerana mereka yang memiliki kulit sensitif mempunyai kulit yang nipis dan mudah luka. 


3. Kosmetik

Mereka yang mengalami kulit sensitif perlu elakkan penggunaan kosmetik yang terlalu tebal. Kesan penggunaan kosmetik yang tidak tepat juga akan menyebabkan kulit muka rosak. Pastikan kandungan bahan terlebih dahulu sebelum menggunakannya.


4. Terdedah kepada cahaya matahari

Sinar uv menyebabkan pembentukan kolagen pada kulit tidak sempurna, pigmentasi dan melanin kulit menyebabkan proses penuaan lebih awal. Elakkan dari terdedah terlalu lama dengan cahaya matahari. 


5. Diet harian 

Kekurangan air dan nutrisi yang cukup untuk tubuh badan juga menyebabkan kulit kering dan meningkatkan sensitiviti. Makanan yang tidak sihat seperti mnakanan bergoreng juga penyebab sensitiviti pada kulit. 

Sebelum membeli sesuatu produk penjagaan wajah perlu baca terlebih dahulu kandungan bahan setiap barangan yang hendak dibeli. Salah satu masalah kulit sensitif ini adalah parut atau bekas jerawat yang lambat pudar. kalau salah pakai produk atau kosmetik dan tumbuh jerawat memang lambat nak hilang la...


Jangan bermuram durja ya, kulit sensitif boleh dirawat. Cara yang mudah dan selamat untuk kulit kembali pulih dan sihat.



1. Gunakan pelembab wajah

Bagi menyembuhkan kulit muka yang sensitif dari jangkitan dan keradangan, maka gunakan pelembap wajah pada lapisan permukaan kulit. Ianya dapat megembalikan kelembapan wajah. Elakkan menggunakan pelembab yang mengandungi minyak berlebihan.


2. Gunakan Sun Screen atau sun protector (SPF)

Sun screen atau SPF sangat penting pada kulit untuk menjaga melanin dan kolagen pada kulit. Gunakan pelindung matahari yang mengandungi SPF30 dan ke atas. Elakkan bahan yang mengandungi wangian, minyak dan bahan kimia.


3. Elakkan memakai scrub wajah dengan kerap

Gunakan scrub wajah 1 atau 2 kali seminggu sahaja. bagi kulit sensitif, cuci scrub dengan lembut dan kurangkan penggunaan scrub yang boleh melukakan kulit muka.


4. Pilih pencuci wajah yang sesuai

Pembersih digunakan untuk menaggalkan lebihan minyak dan kotoran pada wajah namun tidak ramai yang memilih produk yang benar-benar sesuai dengan wajah. Apabila menggunakan sesuatu produk lebih dari 6 bulan dan tiada sebarang perubahan, mungkin produk tersebut tidak sesuai untuk wajah kita.


5. Pilih kosmetik yang selamat

Pilih produk yang yang sesuai serta mempunyai antioksidan dan mengandungi bahan- bahan anti keradangan. Pilih kosmetik yang mengandungi bahan organik dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya


6. Pengambilan makanan seimbang

Pemakanan yang seimbang yang mengandungi nutrisi yang cukup dapat membantu mengurangkan keradangan pada kulit dan mencegah garis halus. Nutrisi yang cukup dari buah-buahan dan sayuran dapat memudarkan parut dengan lebih cepat.


mereka yang mengalami kulit sensitif akan nampak kesan perubahan yang sangat memuaskan jika dapat merawat dengan konsisten. 



Kulit sensitif ? tiada lagi...



Selamat meencuba





Continue Reading