Thursday 22 March 2018

Detox vs Diet Perbezaanya dan Mana Yang Lebih Baik | Razanirah Aziz

Detox, Diet, Nutrien, Toksin
Perbezaan antara diet yang mengalakkan pemakanan yang sihat dan bernutrisi dengan yang mengamalkan diet kelaparan seperti Atkins sebab apabila anda berhenti dari diet tersebut kemungkinan berat kembali bertambah.

Bila anda sihatkan badan dengan cara yang betul, lemak yang berlebihan dalam badan akan di keluarkan. Jika badan anda mempunyai nutrien yang cukup ia akan membuang semua toksin dalam di dalam badan. Semua ini berlaku secara semula jadi dan anda tidak perlu makan limau gedang sebanyak 3 kali sehari atau anda perlu korbankan makanan kegemaran anda. ianya berlaku secara semulajadi.

Detox, Diet, Nutrien, Toksin
Detox adalah berbeza dengan diet kerana iannya benar-benar membersihkan tubuh anda dari toksin dan bukan membataskankan diri anda dengan apa yang anda makan. Kesan semulajadi detox adalah anda sebenarnya telah menurunkan berat badan kerana toksin telah disingkirkan dari tubuh.

Detox membuatkan andan menyingkirkan toksin secara sihat dan anda tidak lagi perlu menahan lapar untuk melakukan diet atkins atau diet yang perlu mengira jumlah kalori yang anda akan makan.

Detox, Diet, Nutrien, Toksin

Jika kita lihat kembali cara kehidupan orang zaman dahulu, kebanyakkan dari mereka kurang mengalami masalah berat badan. Kebanyakkan dari mereka juga menggunakan amalan membersihkan dan menjaga organ penting supaya berfungsi dengan lebih baik dan efisien.

Mereka juga tahu menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk membuang bahan-bahan merbahaya dari tubuh badan. Amalam ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh kebanyakkan negara perindustrian tetapi ianya tidak begitu diamalkan sekarang berbanding dahulu.

Belajar dan amalkan petua nenek moyang dalam menjaga kesihatan. Tidak hairan lah walau umur sudah banyak tapi masih sihat melakukan kerja berat.

Detox dan diet adalah dua perkataan dan cara yang berlainan dimana bagi diet anda perlu memastikan nutrien yang diserap oleh badan mencukupi untuk proses penurunan berat badan. Tetapi perlu di ingatkan diet yang memudaratkan kesihatan adalah perlu dielakkan.

Detox, Diet, Nutrien, Toksin

Detox adalah membersihkan toksin dalam badan dan memastikan organ dalaman yang bertindak untuk membersihkan tubuh dan menjalankan kerja dengan optimum. Kehadiran toksin yang berlebihan di dalam badan boleh menjadikan organ kehilangan fungsi akibat dari terlalu banyak atau keras bekerja.


Detox dan diet adalah sangat bermanfaat untuk pelbagai tujuan dan kedua-duanya semakin popular. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan faedah yang lebih baik, penting untuk anda mengetahui perbezaan antara diet dan detox bagi menggunakan cara dan matlamat yang sesuai. 

Anda harus mendapatkan yang terbaik dengan detox dan seterusnya dengan diet. Ini menjadikan anda lebih dekat dengan matlamat kesihatan dan kecergasan.

0 comments:

Post a Comment