Friday 30 March 2018

Keputihan Ketika Hamil Bahaya atau Tidak? | Razanirah Aziz

Keputihan, Cara atasi masalah keputihan, Jangkitan kuman, Hamil

Keputihan merupakan masalah yang sering dialami oleh kebanyakkan wanita. Kebanyakkan wanita tidak menghiraukan keputihan dan menggangap ianya hal remeh. Keputihan adalah cairan yang keluar dari vagina dengan jumlah yang berlebihan.

Keputihan juga penyebab kepada barah rahim dan juga memberikan risiko kepada ibu hamil. Ibu hamil terutamannya mengalami perubahan mood dan hormon. Penting untuk mengetahui punca dan faktor keputihan terjadi serta cara merawatnya.

Keputihan terbahagi kepada 2 

1. Keputihan Normal
Keputihan yang tidak perlu dibimbangkan. Selalunya terjadi sebelum dan selepas menstruasi, pada waktu subur dan boleh terjadi apabila seseorang itu mengalami stress dan terangsang.

Pada keadaan tersebut, keputihan akan menjadi banyak dan iannya adalah normal dan biasanya tidak berbau dan tidak gatal. Bagi ibu hamil keputihan ini tidak mendatangkan masalah kepada janin secara langsung kerana terlindung daripada selaput ketuban.

Ciri-ciri keputihan normal
  • Cairan cair
  • Cairan tidak pekat
  • Berwarna jernih atau tidak berwarna langsung
  • Tidak mengeluarkan bau
  • Tidak meninbulkan rasa gatal
  • Cairan tidak terlalu berlebihan

2. Keputihan Abnormal
Keputihan yang tidak normal dan harus di awasi. Keputihan jenis ini adalah tanda penyakit disekitar organ kewanitaan dan sekitar rahim. Janin berisiko menjapat jangkitan. Bagi keputihan abnormal sila dapatkan rawatan lebih lanjut.

Ciri-ciri keputihan tidak normal
  • Cairan bersifat pekat
  • Berwarna kuning, hijau, kelabu, putih susu
  • Menimbulkan rasa gatal
  • Bau yang tidak menyenangkan
  • Jumlah cairan berlebihan

KEPUTIHAN SEMASA HAMIL ADAKAH MERBAHAYA?? 
1. Kehamilan luar rahim
keputihan yang tidak normal harus dirawat untuk mengelakkan jangkitan dan membahayakan kesihatan. Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, anda perlu mengetahui risiko dan bahaya keputihan jika tidak dirawat. Berikut merupakan penyakit akibat daripada keputihan yang tidak normal.

2. Sukar hamil
Keputihan adalah jangkitan kuman pada kelamin seperti chlamydia, syphilis atau gonorrhoea. Jangkitan ini akan menyebabkan saluran peranakan rosak dan mengalami kesukaran untuk hamil.

3. Kehamilan luar rahim
Penyakit keputihan akan menyebabkan kemandulan dan berpotensi hamil luar rahim. Kerana pensenyawaan berlaku di luar tiub fallopian atau di luar uterus dimana ovum yang telah disenyawakan tidak dapat menempel pada dinding rahim.

4. Kelahiran pra matang
Jangkitan kuman seperti chlamydia boleh menyebabkan kelahiran pra matang kerana selaput ketuban pecah bukan pada waktunya.

5. Gangguan pernafasan pada bayi
Kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pada sistem pernafasan dan pencernaan serta boleh menyebabkan kematian.

6. Jangkitan pada mata
Jangkitan kuman seperti gonorrhoea pada mata bayi akan menyebabkan buta.



FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEPUTIHAN
1. Kebersihan

Kebersihan pada bahagian sulit wanita sangat penting. Cuci dengan air yang bersih dan pastikan alat sulit kering selepas ke tandas. Kelembapan pada faraj akan menggalakkan jangkitan kuman seperti kulat kan bakteria.

2. Hormon
Hormon yang tidak stabil juga boleh menyebabkan keputihan. Penggambilan ubat-ubatan terutamanya antibiotik dalam jangka masa yang yang panjang menyebabkan bakteria baik untuk pertahanan diri dari kuman mati. Stress atau tekanan emosi juga cenderung membutkan hormon tidak stabil dan menyumbang kepada penyakit keputihan.

3. Gaya hidup
Gaya hidup yang bebas jugak menjadi punca penyakit keputihan dan kelamin.

4. Kesihatan
Tahukah anda, wanita yang menghidap penyakit kencing manis amat mudah dijangkiti penyakit keputihan kerana kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj. Ini mengaktifkan pertumbuhan kulat yang banyak.

CARA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN

Keputihan, Cara atasi masalah keputihan, Jangkitan kuman, Hamil

kesedaran awal bagi wanita khususnya untuk penyakit keputihan ini adalah sangat penting. Semasa hamil atau tidak anda perlu memberikan perhatian mengenai penyakit ini.

1. Gunakan seluar dan seluar dalam dari bahan kapas yang dapat menyerap peluh. Elakkan dari memakai seluar dari jenis nilon. Jangan pakai seluar yang terlalu ketat.
2.Jangan gunakan alat penyembur atau pewangi vagina.
3. Sentiasa pastikan faraj dalan keadaan bersih dan kering.
4. Basuh kemaluan dari depan ke belakang untuk mengelakkan jangkitan bakteria dari anus ke vagina
5. Basuh faraj dengan air bersih sebelum dan selepas hubungan kelamin.
6. Kerap menukar tuala wanita semasa haid.
7. Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) ketika perlu sahaja.
8. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

JANGAN MALU DAPATKAN RAWATAN
Jangan malu untuk bertemu dengan doktor untuk merawat masalah keputihan. Jangkitan kulat yang kronik mungkin berlaku jika anda lambat mendapatkan rawatan. Doktor akan memberikan ubat yang sesuai dengan masalah yang dialami.

Masalah keputihan yang tidak dirawat dapat menggangu aktiviti harian anda dan membuat anda merasa rendah diri serta menjejaskan hubungan suami isteri. Jadi jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan jika anda mengalami gelaja keputihan abnormal seperti yang dinyatakan di atas.








0 comments:

Post a Comment