Wednesday 21 March 2018

Apa itu toksin dalam badan? Adakah Ianya Merbahaya | Razanirah Aziz

Jerawat, Toksin

Perkataan toksin sering diperkatakan tapi tahukah anda apa itu toksin dan bahaya toksin kepada tubuh badan kita? Toksin adalah sisa bahan buangan yang tidak diperlukan oleh tubuh kita dan akan terkumpul dalam badan. Sisa buangan ini akan mencemarkan tubuh badan kita.

Toksin adalah racun yang terkumpul dari pelbagai sumber iaitu pencemaran udara yang disebabkan oleh asap kenderaan dan asap rokok. Pencemaran bahan makanan dari segi pertanian yang menggunakan baja dari bahan kimia dan semburan serangga perosak.

Bahan makanan yang telah di ubahsuai secara sintetik dari segi pembesaran buah, warna, suntikan pada ayam untuk menggemukan ayam. Pencemaran air yang mengandungi klorin yang tinggi juga menjadi penyebab kepada penggumpulan toksin dalam badan.

Jerawat, Toksin

Pengambilan bahan makanan yang tinggi bahan pengawet juga berbahaa kepada tubuh badan. Pengumpulan sisa toksin dalam badan boleh mengganggu fungsi organ tubuh. Kenapa toksin menganggu fungsi organ? Setiap organ manusia mempunyai fungsi dan tugas tersendiri. 

HATI
Hati merupakan organ yang sangat penting dalam menyaring toksin yang masuk ke dalam tubuh. Pertambahan toksin yang masuk dalam tubuh menyebabkan hati perlu bekerja dengan lebih keras dan akan menyebabkan hati menjadi terlalu letih untuk berfungsi. 

PERUT & USUS
Sistem perkumuhan ang terdiri daripada perut dan usus adalah tempat di mana makanan dicerna untuk menyerap nutrien yang diperlukan. Bahan yang tidak diperlukan akan di proses oleh usus. Sisa Toksin yang tidak dibuang akan melekat pada dinding usus dan menganggu kelancaran pembuangan yang akan menebabkan masalah sembelit.

BUAH PINGGANG
Organ ini penting kerana berfungsi untuk seimbangkan pengaliran cecair dan tahap garam dalam tubuh, memusnahkan toksin, melancarkan aliran darah, membina tisu dan sel darah merah. Sekiranya  kandungan toksin tinggi sumber garam, buah pinggang akan menyingkirkan melalui peluh dan air kencing. Penting untuk memastikan buah pinggang beroperasi dengan baik untuk seseorang itu sihat.

KULIT
Kulit memainkan peranan yang paling awal menjalankan fungsi menyingkirkan toksin yang menunjukkan tubuh penuh toksin atau tidak. Jadi tidak hairanlah kalau kulit di tumbuhi jerawat yang banyak kerana ini salah satu cara kulit mengeluarkan toksin dalam badan.

PARU-PARU
Paru-paru di dalam badan berfungsi sebagai penapis udara. Paru-paru membawa masuk oksigen terus ke dalam aliran darah dan pada masa ang sama membebaskan gas karbon dioksida dan gas lain yang tidak diperlukan. Sekiranya kita menyedut terlalu banyak gas beracun, paru-paru perlu menapis semua bahan yang bertoksin. Paru-paru yang terlalu banyak menapis udara yang bertoksin akan menjadi gelap dan fungsi paru-paru itu sendiri akan berkurang.

Toksin adalah merbahaya kepada tubuh badan apabila ianya terlalu berlebihan. Organ yang terlibat perlu bekerja dengan lebih keras untuk menyingkirkan toksin di dalam tubuh. Fungsi dan tugas setiap organ akan semakin berkurangan dan mengakibatkan seseorang itu mengalami penyakit.

Toksin di dalam badan perlu di singkirkan untuk mengelakkan penyakit kronik seperti stroke, darah tinggi, tumor dan kanser buah pinggang.






0 comments:

Post a Comment