Thursday 29 March 2018

7 Cara Mengatasi Letih dan Mengantuk Ketika Hamil | Razanirah Aziz

Hamil, Protein, Omega 3, Anemia, Letih dan mengantuk ketika hamil

Pada awal kehamilan, wanita mudah berasa letih disebabkan perubahan hormon dan simptom seperti mual, pening kepala dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan wanita hamil tidak dapat mengawal rasa letih dan mengantuk sehingga kadangkala tertidur pada waktu bekerja.

Apabila perut semakin membesar lebih sukar mendapatkan tidur yang cukup kerana wanita hamil akan berasa kurang selesa dan akan kerap berulang ke toilet. Ini akan menyebabkan wanita hamil berasa letih dan mengantuk pada waktu siang.

Jika dibiarkan, sedikit sebanyak akan mengganggu produktiviti anda di pejabat. Jadi bagaimana cara untuk memastikan wanita hamil cukup tenaga dan cergas sepanjang tempoh kehamilan untuk melakukan tugas seharian?

7 CARA MENGATASI LETIH DAN MENGANTUK KETIKA HAMIL 

1. Makanan yang sihat
Wanita hamil perlu prihatin terhadap makanan yang diambil. Lebihkan pengambilan makanan yang akan memberikan tenaga seperti protein, karbohidrat dan lemak yang sihat. Protein adalah sumber makanan yang baik yang membekalkan tenaga kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Tukar nasi dan pasta dengan roti mil penuh dan bijirin. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti avocado dan ambil lemak yang sihat seperti omega 3. Lebihkan pengambilan ayam, tauhu dan ikan.

2. Rehat yang berkualiti
Kelesuan dan keletihan semasa hamil dapat dielakkan dengan mendapatkan rehat yang secukupnya. Pastikan anda masuk tidur awal dan dapatkan power nap pada waktu tengahari jika sempat. Mandi dengan air suam dan titiskan aromaterapi sebelum masuk tidur.

3. Minum air
Salah satu punca utama keletihan adalah kurang minum air, jadi lebihkan minum air kosong. Jika tidak selera minum air kosong boleh minum jus buah seperti timun atau tomato. Elakkan minum kafien semasa hamil.

4. Senaman ringan
Senaman ringan selama 30 minit dapat membantu mengembalikan tenaga yang hilang. amalkan senaman reganggan. Banyak senaman yang boleh dilakukan oleh wanita hamil dan boleh memudahkan proses kelahiran.

5. Jangan makan untuk 2 orang!
Wanita hamil anda tiada alasan untuk makan banyak 2 kali ganda dari portion biasa. Sebaiknya makan dengan portion yang sedikit dan kerap. Lebihkan pengambilan kudapan seperti buah-buahan dan kekacang untuk elakkan rasa lapar. Elakkan makanan ringan.

6. Hirup udara yang segar.
Beriadah atau berjalan ketika hamil dapat membantu keletihan selepas seharian bekerja. Menghirup udara yang segar akan membuatkan kita berasa nyaman dan mengurangkan tekanan. Dari terperuk dalam rumah lebih baik keluar berjalan dapat jugak melihat pemandangan yang indah.

7. Bekerja di rumah
Jangan biarkan anda mengalami masalah yang sangat membebankan di pejabat kerana apabila hamil badan kita akan sedikit terbatas untuk melakukan tugas harian. Berbincanglah dengan majikan untuk bekerja di rumah atau mengurangkan waktu bekerja di pejabat. Ambil cuti bersalin 1 atau 2 minggu lebih awal untuk berehat sekiranya perlu.

Walaupun kelihatan seperti mengada-gada atau manja, adalah penting untuk wanita hamil tahu apa yang diperlukan oleh tubuh anda. Jangan terlalu memikirkan tanggapan orang mengenai anda kerana setiap kehamilan adalah berbeza.

Ketika hamil anda akan kerap mengalami sakit belakang dan kaki. Jika pekerjaan anda memerlukan anda berdiri atau berjalan terlalu lama, ambil sedikit masa jika berkesempatan untuk duduk dan berehat seketika.

Dapatkan bantuan daripada rakan kerja sekiranya anda perlu melakukan kerja yang tidak sepatutnya bagi wanita hamil. Jangan bekerja tanpa berehat kerana kan menyebabkan masalah lain seperti anemia atau kurang gula dalam darah.

Hamil, Protein, Omega 3, Anemia, Letih dan mengantuk ketika hamil

0 comments:

Post a Comment