Showing posts with label Asid amino. Show all posts
Showing posts with label Asid amino. Show all posts

Tuesday, 17 April 2018

Kenapa ESP Shaklee Sumber Protein Terbaik | Razanirah Aziz

Seperti yang anda ketahui protein mempunyai 2 sumber berbeza iaitu sumber tumbuhan dan sumber haiwan. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta konponen utama kepada hormon manusia.

Protein ESP Shaklee adalah dari sumber tumbuhan. Bukan sekadar soya tapi ianya adalah produk soya terbaik. ESP Shaklee mempunyai kajian klinikal yang ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi.

Asid amino, ESP Shaklee, Indek Glisemik, Kacang soya, Promosi ESP,

KENAPA HARUS PILIH ESP SHAKLEE?

1. Non Gmo
ESP Shaklee dihasilkan oleh shaklee adalah kacang soya yang hanya mengandungi Non-Gmo (non-Genetically Modified Organism). ESP Shaklee dihasilkan dibawah Program Pemeliharaan Indentiti (IPP-Identity Preserved Program) untuk memastikan kacang soya shaklee bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Sumber kacang soya shaklee dipantau dan dikawal dengan ketat dari biji benih sehingga kepada pengeluaranya. Setiap satu tong ESP Shaklee dihasilkan dari 30kg soya.

2. Rendah Indeks Glisemik
ESP Shaklee mempunyai Indek Glisemik (G.I) yang rendah dengan mengekalkan paras gula dalam darah. sesuai untuk pengidap kencing manis. kandungan G.I yang rendah iaitu 39.

3. Diproses menggunakan air
Kacang soya dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones seperti genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

4. Mengandungi asid amino perlu
ESP Shaklee berkualiti tinggi dengan mendapat markah 1.0 iaitu kedudukan paling tinggi untuk penghadaman kepada asid amino. ESP Shaklee lengkap dengan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Ia turur diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

5. Suhu yang rendah
ESP Shaklee diproses pada suhu yang rendah supaya kandungan protein kekal didalam tubuh dan  berkualiti. ini kerana protein yang dimasak pada suhu yang tinggi sukar dicerna oleh badan kerana strukturnya berubah dan bergumpal.

MANFAAT UTAMA ESP SHAKLEE

Awet Muda 
Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

Baik untuk Hormon
Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones. Fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

Baik untuk Prostat
Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannnya mengekang pertumbuhan dan merebaknya sel kanser. 

Kulit Remaja
Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Pembekal Tenaga
Menbekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun. Baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.

Membaiki Pingmentasi
Membaiki masalah rambut seperti beruban, keguguran rambut, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

Membaiki Memori
Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

Membantu peningkatkan pengeluaran susu ibu

SIAPA YANG MEMERLUKAN ESP?

1. Ibu Mengandung / Hamil
2. Ibu selepas bersalin
3. Ibu menyusu
4. Kanak-kanak 1tahun ke atas
5. Pelajar / Pekerja / Individu yang mahukan tenaga segera
6. Penghidap diabetes
7. Lelaki / wanita / warga emas /
8. Mereka yang ada alergi / gastrik
9. Mereka yang ingin turunkan berat badan
10. Mereka yang ingin kulit cantik
11. Mereka yang ingin merancang anak (kesuburan)
12. lain-lain.

Promosi ESP April 2018
Anda akan menerima baucer RM50 dengan setiap pembelian 5 canister ESP Shaklee

TESTIMONI ESP








Setiap 1 canister ESP Shaklee berharga RM170.
Semperna Bulan April 2018 Shaklee menawarkan untuk setiap 5 canister ESP anda akan berpeluang mendapat e-baucer RM50 


Dengan setiap pembelian ESP shaklee anda akan mendapat konsultasi secara percuma.

Hubungi :
Indipendent Shaklee Distributor
Razanirah Aziz
ID 1173929
Direct link wasap
Email 
razanirahaziz@gmail.com 




Continue Reading

Sunday, 15 April 2018

Sarapan Pagi Berkhasiat dan Mudah Disediakan | Razanirah Aziz

Sarapan pagi, ESP Shaklee, Rasa kenyang yang lama, Tenaga berpanjangan, Asid amino

Bangun pagi je terus siapkan anak-anak nak pergi sekolah, mana dengan terjerit terlolong pagi-pagi buta kejutkan diorang bangun pagi. Sambil menggoreng bihun dekat dapur untuk sarapan pagi. Masa habis dekat situ je. Ni tak masuk nak pikir masak apa pulak untuk sarapan pagi esok.

Bila sampai je dekat pejabat rupanya tertinggal pulak bekal bihun goreng atas meja dapur. Dengan sibuk punya pasal last cicah biskut dengan milo je sarapan. Tak sampai tengahari perut dah berdondang sanyang mintak diisi. Tenaga pun dah tinggal separuh penat pagi tadi tak habis lagi. Balik nanti nak kena kemas rumah pulak lembik la ibu.

Ibu jangan risau tau, Ada sarapan pagi yang pasti mengenbirakan hati ibu sebab mudah sangat nak disediakan semudah A, B, C je. Tak payah menumis, tak payah menggoreng, pokok pangkalnya mudah sangat.

Ape tu? tentulah ESP Shaklee

Sarapan pagi, ESP Shaklee, Rasa kenyang yang lama, Tenaga berpanjangan, Asid amino

KENAPA ESP SHAKLEE SESUAI DIJADIKAN SEBAGAI SARAPAN PAGI?

1. Berkhasiat dan penuh dengan nutrien.
2. Senang disediakan.
3. Mengenyangkan dan kawal selera makan. Protein memberikan rasa kenyang yang lama berbanding karbohidrat dan lemak. Rasa nak mengunyah makanan merapu pun kurang.
4. Memberikan tenaga yang berpanjangan. ESP Shaklee bersifat rendah indeks glisemik yang membuatkan glukosa ditukarkan kepada tenaga secara perlahan-lahan. Jadi badan kita akan memperoleh tenaga berterusan daripada ESP Shaklee.
5. Rendah lemak dan tiada kolestrol.

KEISTIMEWAAN ESP SHAKLEE

❤ Kacang soya bebas dari GMO (Non-GMO) di bawah program pengekalan identiti (IPP).
❤Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolestrol.
❤Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestbility Corrected Amino Asid Score) 1.0 - Penarafan tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
❤ Membekalkan 9 asid amino perlu.
❤ Tinggi dengan kalsium yang menbantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

MENU ESP

Sarapan pagi, ESP Shaklee, Rasa kenyang yang lama, Tenaga berpanjangan, Asid amino

Promosi ESP Shaklee April - Dapatkan baucer RM50 dengan pembelian Beli 5 canister ESP. 

Setiap pembelian ESP Shaklee anda akan menerima konsultasi percuma.

Hubungi :
Indipendent Shaklee Distributor
Razanirah Aziz
ID 1173929
Direct link wasap
Email 
razanirahaziz@gmail.com

Continue Reading

Tuesday, 10 April 2018

Makanan yang Mengandungi Protein Tinggi | Razanirah Aziz

Asid amino, Sumber protein, Tenaga

Diet pemakanan yang seimbang dan memenuhi nutrisi adalah yang terbaik untuk tubuh badan. Protein merupakan nutrisi yang penting untuk membina tisu otot. Keperluan protein adalah berbeza untuk setiap individu.

Bagi individu yang merupakan seorang atlet atau ahli bina badan, keperluan protein yang tinggi diperlukan untuk membentuk dan menambah otot tubuh. Protein juga adalah cadangan makanan untuk memberikan tenaga seharian kepada.

Terdapat banyak makanan yang mempunyai sumber protein antaranya:

1. Telur
 Telur merupakan sumber protein yang lengkap berbanding sumber protein yang lain. Telur selalunya dijadikan sebagai sarapan pagi untuk memberikan tenaga dan rasa kenyang yang lama.

2. Daging Putih
Daging putih seperti ayam merupakan makanan yang senang dicerna. Pengambilan daging putih mengikut berat dan size yang tertentu mengandungi rendah lemak dan sihat serta sesuai dijadikan menu makan tengahari. 100g daging putih bersamaan dengan 20-36g protein.

Asid amino, Sumber protein, Tenaga

3. Daging Merah
Daging merah seperti lembu, kambing dan biri-biri. Makan daging merah yang tidak mengandungi lemak seperti pada bahagian sirloin.

4. Ikan Segar
Ikan merupakan sumber protein yang tinggi. Ikan merupakan sumber yang tidak mengandungi lemak. Ikan seperti salmon dan tuna mengandungi protein dan omega 3 yang tinggi sesuai untu diet pemakanan yang sihat. 100g ikan tuna bersamaan dengan 29g protein.

Asid amino, Sumber protein, Tenaga

5. Udang
Udang kaya dengan kalsium dan protein termasuk dalam sumber protein haiwan. Udang mengandungi asid amino yang tinggi. 1 oz udang bersamaan dengan 24g protein dan kalori.

6. Susu Segar
Susu segar berfungsi sebagai sumber protein yang baik dan berkualiti. Susu kambing lebih mudah dicerna berbanding susu lembu. 100g susu lembu bersamaan dengan 3.20g protein dan 100g susu kambing adalah 8.75g protein.

7. Soya
Kacang soya merupakan sumber protein yang rendah lemak. Sumber protein soya adalah yang paling tinggi 100g sota bersamaan dengan 36.49g protein. Soya baik untuk jantung, osteoporosis dan meredakan kanser.

Asid amino, Sumber protein, Tenaga

8. Almond
kaya dengan vitamin E, vitamin B dan tinggi serat. Mengambil almond sebagai snek dapat memenuhi keperluan protein dalam badan.

Asid amino, Sumber protein, Tenaga

9. Gandum
Protein dalam gandum hampir sama dengan protein dalam soya. Gandum juga mengandungi karbohidrat, vitamin D, kalsium, magnesium dan zat besi.

10. Biji Bunga Matahari
Kandungan asid amino yang dikenali sebgai tryptophan berperanan dalam pembentukan serotonin. Pengambilan biji bunga matahari (kuaci) membekalkan protein sebanyak 22.78g untuk setiap 100g kuaci.





Continue Reading

Monday, 9 April 2018

Kesan Kekurangan Protein Kepada Tubuh Badan | Razanirah Aziz


Kekurangan protein, meningkatkan antibodi, Asid amino, Ederma

Kebanyakan protein merupakan enzim atau subunit enzim. Protein terlibat dalam sistem imun sebagai antibodi, sistem kawalan dalam bentuk hormon, sebagai komponen penyimpanan (dalam biji) dan juga dalam pengangkutan nutrien dan sebagai salah satu sumber pemakanan.

Protein merupakan bahan utama dalam pembentukan tisu, organ serta komponen utama hormon manusia. Kekurangan protein menyebabkan sistem imun menjadi lemah untuk melawan penyakit. Keperluan protein bertambah sesuai dengan tahap kecegasan setiap individu terutama bagi ibu hamil dan atlet.

KESAN KEKURANGAN PROTEIN KEPADA TUBUH

1. Kerap lapar
Protein memberikan rasa kenyang yang lama dan membuatkan anda kurang rasa lapar dan tidak mengidam snek serta makanan manis keterlaluan.

Kekurangan protein, meningkatkan antibodi, Asid amino, Ederma

2. Masalah keguguran rambut
Apabila tubuh anda tidak mendapatkan nutrisi dari protein yang mencukupi, rambut akan mula menipis dan rosak. Rambut terdiri dari 90% protein yang dikenali sebagai keratin.

3. Sakit otot dan sendi
Kekurangan protein juga boleh menyebabkan tubuh lambat sembuh dari kecederaan dan mengambil masa yang lebih lama dari biasa. Jadi protein penting untuk menyokong otot dan membantu mengurangkan kehilangan otot anda. 

4. Anemia
Pengambilan zat besi dan protein diperlukan tubuh untuk menghasilkan sel darah merah. Sangat penting untuk bagi anda untuk mendapatkan pengambilan protein yang cukup supaya terhindar dari anemia

5. Kulit kering
Kekurangan protein menyebabkan kulit kering dan ruam. Kulit menjadi mudah mengelupas dan pecah-pecah. Protein juga membantu membina sel kulit yang rosak.

6. Penyakit Kwashiorkor
Penyakit kwashiorkor ini merupakan penyakit yang selalu terjadi akibat kekurangan protein. penyakit ini paling banyak ditemukan pada anak-anak usia 1 hingga 3 tahun. Penyakit ini harus diberi perhatian kerana kan menyebabkan  pertumbuhan kanak-kanak terbantut dan mungkin mengalami kecacatan mental. 

7. Sukar tidur
Mengalami kesukaran untuk tidur adalah disebabkan kekurangan asid amino tertentu. Untuk mengatasi maslah ini minum segelas susu suam sebelum tidur.

Kekurangan protein, meningkatkan antibodi, Asid amino, Ederma

8. Berat badan turun
Penurunan berat badan yang drastik menyebabkan badan merasa lesu dan tidak bermaya. Berat badan turun adalah disebabkan kekurangan nutrisi penting termasuklah protein.  

9. Ederma
Edema adalah penyakit yang menyebabkan beberapa bagian tubuh seperti tangan, kelopak mata dan pergelangan kaki membengkak akibat dari pengumpulan cairan. Beberapa penyebab ederma adalah perubahan hormon selama kehamilan atau menstruasi, akibat kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan, makanan masin dan kekurangan protein.

Tubuh kita terdiri daripada sel kepada pembentukan tisu dan seterusnya membentuk organ. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel itu mendapat sumber protein yang mencukupi dan baik, sel yang sihat akan terbentuk untuk menggantikan sel lama yang mati.

Protein berperanan mengawal proses badan dan mengekalkan jumlah dan komposisi cecair. Protein juga berfungsi untuk mengangkut bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan. Meningkatkan antibodi dan menguatkan sistem imun tubuh.



Continue Reading