Friday, 16 March 2018

Tips Nampak Cantik Sepanjang Hari Tanpa Solekan | Razanirah Aziz

cantik, solekan, wajah, bahan semulajadi,

Nampak cantik setiap hari adalah keinginan setiap wanita. Wanita bekerjaya selalunya akan betulkan solekan dengan sangat kerap. bila perlu menghadiri mesyuarat atau perlu bekerja di luar, perkara utama yang dititik beratkan adalah kecantikan. dari hujung kepala hingga ke hujung kaki semuanya kena perfect. Boleh moody di buatnya kalau dia tak nampak cantik.

Kadangkala kalau solekan tercomot sedikit pun mesti akan betulkan berjam lamanya. Solekan dan wanita memang tak dapat dipisahkan dah macam peribahasa tu "Bagai isi dengan kuku."

Nak nampak cantik ni sebenarnya mudah sahaja, tak payah keterlaluan solekan tu sampai orang lain tengok pun boleh mengucap panjang. Boleh la ikut tips nampak cantik sepanjang hari tanpa solekan mesti boleh mengubati duka lara bergelut dengan barang make up tu.

Hidup yang sihat tidaklah terlalu susah, semua orang boleh melalukannya. Lakukan secara rutin In Shaa Allah kecantikkan akan terserlah dengan sendirinya. Jom ikut caranya.

1.       Minum air yang cukup secara rutin
Air yang mencukupi dapat menghidratkan badan dan menjadikan kulit lebih lembab dan mulus. Jangan lupa 8 air sehari.
2.       Biarkan kulit bernafas
Solekan yang terlalu tebal boleh menyebabkan pori-pori tersumbat. Kesannya kulit wajah akan cepat kusam dan timbul jerawat  serta tanda penuaan. Jangan lupa bersihkan kulit wajah sebelum tidur.
3.       Bibir merah tanpa lipstick
Pemilihan lipstick yang salah boleh menjadikan kulit bibir kering. Pakai pelembab bibir yang berfungsi untuk merawat kulit bibir supaya lebih sihat dan nampak lebih natural sesuai dengan warna kulit.
4.       Mencuci wajah
Selepas seharian menggunakan solekan, wajah perlu dibersihkan dari sisa-sisa solekan untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan rosak. Untuk menjaga supaya nampak lebih sihat, gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan kulit dan bebas dari bahan kimia merbahaya. Jangan lupa bersihkan muka 2 kali sehari.
5.       Menjaga kebersihan gigi
Bukan sahaja wajah yang perlu dititik beratkan tapi penjagaan gigi juga sama penting. Memiliki gigi yang putih dan bersih serta wangi akan menambahkan rasa percaya diri dan kelihatan cantik.
6.       Kepentingan nutrisi
Pengambilan nutrisi yang cukup juga penting untuk menjadikan kulit semakin cantik. Dengan memgambil diet seharian yang mencukupi seperti sayuran hijau, buah-buahan serta makanan tambahan lain baik untuk kecantikan dalaman dan luaran.
7.       Tidur yang mencukupi
Salah satu sebab kulit nampak tidak sihat dan tidak bermaya adalah kekurangan tidur. Kita memerlukan tidur yang mencukupi selama 6-7 jam sehari. Tidur penting untuk tubuh relax selepas seharian digunakan.
8.       Senyum
Tips yang paling penting, murahkan senyuman. Dengan tersenyum kita akan menghasilkan tenaga yang positif dan kelihatan lebih manis. Senyum itu kan sedekah.

Tips cantik tanpa solekan

1.       Pastikan kening terbentuk
Kening memainkan peranan yang penting untuk kelihatan cantik, jadi pastikan kening sentiasa dirapikan . Pastikan bulu-bulu kecil dibahagian mata tidak menganggu. Gunakan berus kening untuk betulkan kening.
2.       Scrub bibir
Gunakan bahan semulajadi untuk scrub bibir. Ratakan gula pada hirisan lemom dan scrub bibir dengan perlahan. Ini akan membuatkan bibir lebih sihat dan cantik.
3.       Bersenam
Cuba bersenam 2 kali dalam seminggu untuk menyihatkan tubuh badan. Senaman di awal pagi dengan meregangkan otot tubuh dapat melancarkan aliran darah dan mengeluarkan peluh. Badan pun akan semakin sihat.
4.       Bangun Pagi.
Bangun pagi akan membuatkan badan lebih segar. Orang tua dahulu kala cakap bangun pagi menjadikan wajah berseri dan awet muda. Jom amalkan.
5.       Lentikkan Bulu mata
Bulu mata yang lentik akan terlihat indah. Lentikkan bilu mata dengan alat khas akan membuatkan wajah kelihatan lebih cantik.
6.       Pakai pakaian yang bersih dan longgar.
Pakaian yang kena dengan gaya kita menjadikan kita lebih bergaya. Pakaian yang terlalu ketat membuatkan kita tidak selesa dan menyukarkan pergerakkan.
7.       Wangian
Kenakan wangian yang tidak terlalu keras. Jangan menarik perhatian orang ramai. Cukup hanya sekadar bau yang segar.
8.       Percaya diri
Hal yang tersanggat la penting dalam kecantikan. Jadi lah diri sendiri yang menyayangi diri sendiri apa adanya.

Tak susah kan nak cantik, yang penting ada keyakinan dan matlamat untuk cantik. Jangan lupa diri sudah la ye.


Continue Reading

Wednesday, 14 March 2018

Cara Menghilangkan Tanda Penuaan di Wajah | Razanirah Aziz

youth, tanda penuaan kulit, sedekad lebih muda, keahlian percuma, look younger longer

Wanita yang sibuk dengan urusan seharian mungkin lupa nak perhatikan kulit muka mereka. Mana tak nya dengan urusan pejabat, anak-anak, rumah dan lain-lain. Sampaikan nak tengok cermin sebelum keluar rumah pun tak sempat.

Bila hari cuti ada masa sikit nak belek-belek muka baru perasan ada garis-garis halus yang mula muncul disekitar mata. Bila pegang, kulit pun kurang anjal berbanding zaman anak dara dulu. Kalau nak di kira umur baru awal 30an tapi kulit dah macam umur 40 tahun.

Nak tau tanda penuaan kulit sebenarnya bermula dari usia 29 tahun lagi. pada awak penuaan, kulit akan kelihatan kering, pecah-pecah, bersisik, kasar dan timbul binti-bintik hitan yang orang panggil jeragat. Mana yang ada jeragat tu jaga-jaga kulit semakin tua la tu.

Jangan panik, tak perlu pergi buat rawatan laser. Raza ada cara untuk kurangkan masalah ini dengan 5 langkah mudah. Menggunakan produk penjagaan wajah YOUTH. Tak hairan lah tagline dia pun 'Look Younger Longer'


keahlian percuma, look younger longer, sedekad lebih muda, tanda penuaan kulit, YOUTH,

Penjagaan Wajah YOUTH terdiri dari
1. Luminious Gel oil cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Youth activating Serum
4. Age Defense Moisturizer-SPF50
5. Advance Renewal Night Cream

Apa yang YOUTH tawarkan
Youth direka untuk memberikan nutrien yang selamat dan berkesan untuk kulit sambil membantu anda mengurangkan usia kulit sedekad lebih muda. Bukan sahaja berkesan tapi selamat digunakan kerana youth 100% vegan.

Ujian klinikal membuktikan 2/3 wanita berjaya nampak lebih muda 10 tahun dari usia asal setelah menggunakan youth. 100% daripada mereka terbukti mempunyai kulit yang lebih muda

Sedekat penuaan yang berjaya dipadamkan
kerjasama dengan pakar kulit bertaraf dunia membangunkan skin age index. skin index ini mengukur kedalaman dan kepanjangan kedut. fuhh detail sangat.

Tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti : 
  • Kedutan muka (wrinkles)
  • Saiz liang pori (pores)
  • Tona kulit (Skin tone)
  • Tekstur kulit (Skin texture)
  • Hyper pigmentasi (Hyper pigmentation)
  • Keserian wajah (Skin radiance)
  • Kendur (sagging)
Kenapa Youth sangat disarankan bagi mereka yang mengalami masalah penuaan kulit? kerana Youth adalah produk yang 100% vegan dimana semua bahan hanyalah terdiri daripada tumbuh-tumbuhan sahaja. 

No animal testing dan cruelty free bermakna tidak diuji kepada haiwan dan tidak menggunakan unsur-unsur haiwan dalam produk.

Dengan setiap pembelian set produk YOUTH anda layak untuk dapat penghantaran dan keahlian percuma.

pilih dengan bijak❤❤❤

Hubungi :
Indipendent Shaklee Distributor
Razanirah Aziz
ID 1173929
Direct link wasap
Email 
razanirahaziz@gmail.com 








Continue Reading

Tuesday, 13 March 2018

Kenali Jenis Kulit Wajah Sebelum Pilih Skincare | Razanirah Aziz

kulit sensitif, kulit berminyak, kulit kombinasi, kulit normal, penjagaan wajah

Bila berkaitan dengan kulit muka ni berpusu-pusu orang pakat nak beli produk yang bagi muka naik seri la, nampak putih mulus la nampak flawless bagai.sampai ada yang berhabis duit nak nampak cantik ja... tapi kadang-kadang produk yang kita beli tu orang lain pakai cantik ja, kita pakai tak elok pulak.

Sebenarnya setiap orang mempunyai jenis kulit yang berlainan. Ada yang memiliki kulit kering, kulit berminyak, kulit kombinasi dan kulit normal. Bukan semua produk sesuai untuk semua jenis kulit. Sebelum beli atau pakai skincare kita perlu kenal kulit wajah kita sendiri, tak dak la main taram ja tepek kat muka tu... jom kita kenal kulit wajah sendiri

Jom semak jenis kulit muka sendiri. jangan tak tahu masih ramai yang belum tahu jenis kulit sendiri sebab tu selalu tersalah beli.

kulit sensitif, kulit berminyak, kulit kombinasi, kulit normal, produk penjagaan wajah


Kulit Kering
♥ kulit nampak kering, kadangkala mengelupas dan berkeping-keping di hidung, bibir, dan tulang pipi.
♥ Liang roma sangat kecil
♥ Rasa kering & tidak lembap
♥ Nampak garisan kedutan
Kulit Berminyak
♥ keseluruhan jawah berminyak
♥ Liang roma besar
♥ kerap/sering berjerawat
Kulit Kombinasi
♥ Berkilau/berminyak sekitar zon T (dahi & hidung), serta dagu
♥ Kadangkala berjerawat
Kulit Normal
♥ Tidak berkilau
♥ Terasa anjal
♥ lembap
♥ Jarang ada jerawat
Kulit sensitif
♥ Kulit kemerah-merahan
♥ Muncul ruam dengan mudah apabila terdedah kepada perubahan cuaca
♥ Kulit terasa gatal, alergi
♥ Kulit nampak nipis sehingga garis-garis halus pembuluh darah dapat terlihat jelas.

Masih keliru dan tak boleh bezakan caranya jom buat ujian pada kulit anda.
1. Cuci muka 
Cuci muka dengan pencuci yang biasa digunakan dan bilas.
2. Biarkan selama 2 jam
Jangan apply apa-apa selepas cuci muka. lebih elok jangan lap muka lepas cuci dan biarkan selama 2 jam.
3. Periksa keadaan kulit
Lepas 2 jam tengok keadaan kulit. 
Kalau kulit rasa berminyak, melekit atau berkilat (jenis kulit berminyak). 
Rasa kering, merekah atau ketat (Kulit Kering). 
Berminyak dikawasan hidung dan dahi tapi bahagian pipi rasa kering atau biasa (kulit kombinasi). Kulit kelihatan kemerah-merahan (Kulit Sensitif). 
Kulit rasa biasa (kulit normal).

Dah tahu kan kulit muka jenis apa kalau yang kulit normal tu sangat la beruntung tau tak payah nak tempek bedak berulang kali sebab muka berminyak. Pakai make up pun tak payah touch up banyak kali...

Sebelum beli produk penjagaan wajah, wajib hafal tau benda alah semua ni, sebab nak beli produk mesti perunding kecantikan akan tanya kulit kita dahulu sebelum mereka cadangkan produk yang bersesuaian








Continue Reading

Monday, 12 March 2018

Kenapa Jeragat Susah Sangat Nak Hilang | Razanirah Aziz

Jeragat, Hormon

Orang perempuan ni mesti segala benda yang mincul kat muka dia nak ambik kira. jangan tak tahu bintik-bintik hitam yang kecil tu pun dia belek tau. Pantang nampak cermin. Bintik-bintik hitam ni la yang disebut jeragat

Jeragat merupakan masalah yang sangat merimaskan kaum wanita. kenapa? sebab jeragat ni menganggu kulit mereka nampak bersih. Bintik-bintik hitam muncul kat muka dan akan semakin banyak bila tidak dirawat.

Tapi jeragat ni masalahnya susah sangat nak hilang. Pelbagai produk dah cuba tapi masih tak hilang jugak. Jeragat ni kita perlu tahu kenapa ianya muncul baru la senang nak cegah dan hilangkannya kan. Jadi apa sebenarnya punca jeragat:

1. Sinaran Matahari
Sinaran uv ni musuh utama kulit kita. Terlalau terdedah kepada sinaran matahari akan membuatkan kulit kita lebih gelap, tona tak sekata, kurang berseri dan malah akan menyebabkan bintik-bintik hitam jeragat. jeragat yang dah mula pudar pun akan kembali bila terdedah kepada sinar matahari.
2. Perubahan Hormon
Perubahan kitan haid jugak menjadi salah satu punca jeragat muncul. Sesetengah wanita hamil juga akan mengalami masalah jeragat kena perunahan hormon semasa hamil. Selain itu pengambilan pil perancang juga menyebabkan jeragat.
3. Pemilihan produk yang salah
Tersalah memilih produk juga punca jeragat kerana pemilihan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang akan menipiskan kulit muka. Kulit muka yang nipis akan menyebabkan kulit menjadi sensitif dan terdedah risiko kepada sinaran matahari sangat tinggi. 
4. Penjagaan muka yang tidak konsisten
Bila dah pilih produk yang selamat jangan pulak malas jaga muka. kalau malas sangat pun jangan la sampai tidur tak cuci muka. Make up yang tidak berkualiti pun penyebab jeragat tau.
5. Keturunan
Kalau sebab keturunan boleh semak dengan mak, ayah atau kaum keluarga terdekat. Kalau mereka ni ada jeragat jadi tak mustahil kita pun akan ada jugak. Jadi kena ambik langkah berjaga-jaga.

Bila punca jeragat kita dah ambil tahu jadi lebih mudah la kita nak ambil langkah seterusnya untuk hilangkan jeragat ni. Jadi tak ada sebab lagi la bertangguh nak hilangkan jeragat ni.




Continue Reading

Saturday, 10 March 2018

Kekal Muda dan Jelita Bersama YOUTH | Razanirah Aziz

youth,klinikal


Wanita bukanlah enggan menerima hakikat bahawa dirinya semakin berusia. Mereka hanya tidak suka melihat diri mereka di dalam cermin yang menunjukkan bertapa mereka tidak lagi muda. 

Itulah yang menjadi inspirasi untuk YOUTH. Produk penjagaan kulit yang direka untuk memastikan dunia melihat anda sebagaimana anda melihat diri sendiri.

Untuk kekal muda sama seperti apa yang anda rasa, mulakan dari sekarang. Pada masa hadapan anda pasti berbangga dengan apa yang telah anda lakukan hari ini.

Janji kami adalah penjagaan kulit YOUTH bukan hanya meningkatkan kesihatan kulit anda secara dramatik, malah 100% dijamin mampu mengubah usia kulit anda menjadi lebih muda dan sememangnya menakjubkan.

Memadamkan Sedekat Penuaan
Kami tahu bahawa YOUTH Complex akan mengubah bagaimana anda melihat diri anda anda sendiri, tetapi bagaimana kami membuktikan bahawa kulit anda sememangnya menjadi lebih muda?

2/3 daripada wanita telah 
mengubah usia kulit mereka 
kepada sedekat lebih muda 
dengan YOUTH

Ya. 100% para wanita mempunyai kulit yang lebih muda dengan penambahbaikan hanya dalam 7 hari dan dengan penggunaan berterusan 2/3 telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekat lebih muda. 

Perbezaan YOUTH dengan skincare lain dipasaran


Keputusan Klinikal Tanpa Kompromi
YOUTH menawarkan produk yang dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi malah dibuktikan secara klinikal memberikan anda keputusan klinikal tanpa kompromi.

100% 
WANITA telah dibuktikan 
secara klinikal memiliki kulit 
yang kelihatan lebih muda

Indeks Usia Kulit
Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH terhadap penampilan dan usia kulit. keputusannya adalah luar biasa. Indeks usia kulit mengukur kehadiran tanda-tanda utama dengan data klinikal yang berasaskan fakta.
  • Kedutan Kulit
  • Saiz Pori
  • Tona Kulit
  • Tekstur Kulit
  • Hiperpigmentasi
  • Seri Kulit
  • Kekenduran
Kami Buktikan yang Anda Tidak Perlu Mengorbankan Keselamatan dan Ketulenan Untuk Keberkesanan
Kesemua produk direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan bumi.

kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Kami sentiasa mengutamakan bumi. Kami adalah syarikat yang pertama dalam dunia yang telah berjaya menyeimbangi pelepasan karbon supaya tiada jejak karbon yang tertinggal pada planet kita.

Temui RAHSIA 
kecantikan sejati

Apa Istimewa Rangkaian Penjagaan Wajah Youth
  1. Produk YOUTH 100% Vegan (Hanya terdapat beberapa skincare sahaja di Malaysia adalah vegan).
  2. Cruelty Free (Tiada ujian ke atas haiwan dijalankan)
  3. Bebas daripada 2500 bahan kimia dan bahan penjagaan kulit merbahaya.
  4. Terbukti mempercepatkan penbaharuan sel kulit 10x ganda lebih cepat berbanding biasa.
youth,klinikal

Senarai 1500 Bahan yang Kami Gunakan Dalam Formulasi Adalah Terlalu Panjang Untuk Disenaraikan .Inilah Sebahagian Daripadanya

youth,klinikal

Kuasa Botanikal
Dengan 8 paten dan paten-paten diproses, setiap produk YOUTH dirumus secara khusus untuk menangani pelbagai kesan penuaan.

youth,klinikal

  1. Muscadine Grape Polyphenols - Melindungi dan Memperbaiki sel DNA dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.
  2. Lotus Japonicus - Mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.
  3. Apple Stem Cell Extract - Mengaktigkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kelihatan lebih muda. mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lembut.
  4. Schisandra Chinesis Fruits Extract - Melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.
  5. Vital Repair+Complex - Memberikan nutrien anti oksida dan vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan mengalakkan tumbesaran sel sihat.
youth, klinikal

Rangkaian YOUTH
  1. Luminious Gel Oil Clenser - Pembersih pH seimbang TANPA Sabun 3-dalam-1, pembersih ini membasuh lembut, membersihkan dan mempersiapkan kulit kita untuk produk youth yang lain
  2. Perfecting Skin Toner - Membersihkan sel kulit mati, meghidratkan dan menbekalkan nutrisi
  3. Youth Activating Serum - Mengandungi 10x ganda gahan aktif untuk pembaharuan sel yang kritikal. Menggalakkan penghasilan kolagen untuk mencapai keremajaan dan keserian kulit.
  4. Afe Defence Moisturizer-SPF 50 - Krim pelembap ini menghasilkan perlindungan dari sinaran SPF 50 UVA / UVB matahari dan melindungi kulit secara menyeluruh. 
  5. Advance Renewal Night Cream-Light - Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur. merangsang penghasilan kolagen dan elastin. Membuatkan kulit kelihatan lebih cerah, muda dan licin.
  6. Radiance C+E - Menengang, mencerah dan mengurangkan kehadiran garis halus dan kedutan. Mengurangkan tompok usia, melicinkan tektur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan. 
Testimoni Youth
Youth adalah skincare yang paling selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit. Setiap orang yang mencuba youth mengalami masalah seperti jeragat, jerawat, parut berlubang, kulit kusam sangat berpuas hati dengan kesan pemulihan kulit mereka.

Kulit mereka semakin sihat dan cantik dengan penggunaan youth secara berterusan. Jom kita tengok kesan pemulihan tersebut.

Jeragat
youth, klinikal

Parut Berlubang

youth, klinikal

youth, klinikal

youth, klinikal

Kulit Kusam
youth, klinikal

Kulit kusam dan Jerawat
youth, klinikal

Parut Jerawat

youth, klinikal

youth, klinikal

Harga YOUTH

klinikal, YOUTH,
Starter Set RM901.00

klinikal, YOUTH,
Insentive Treatment and Repair Set RM1,338.25

Dapatkan produk YOUTH sekarang...

Dengan setiap pembelian Youth shaklee anda akan mendapat konsultasi secara percuma.

Hubungi :
Indipendent Shaklee Distributor
Razanirah Aziz
ID 1173929
Direct link wasap
Email 
razanirahaziz@gmail.com 








Continue Reading

Friday, 9 March 2018

Masalah Kulit Sensitif dan Cara Mengatasi | Razanirah Aziz

kulit sensitif, nutrisi

Kulit sensitif merupakan masalah yang tiada jalan penyelesaian. Mereka yang mengalami kulit sensitif tidak tahu bahawa kulit mereka memerlukan penjagaan yang rapi. Bagi mereka yang mengalami kulit sensitif, kulit muka akan mengalami kemerah-merahan terutama di bahagian hidung.


Bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif pastikan semak perkara ini :



1. Memilih produk yang berbau wangi

bagi mereka yang gemarkan produk penjagaan wajah mesti tidak asing dengan bau-bauan yang wangi yang menjadi penarik untuk mereka membeli. Tapi AWAS! mereka yang memiliki kulit sensitif dilarang menggunakannya kerana akan menyebabkan berlaku iritasi pada kulit.


2. Produk yang mengandungi bahan kimia

Bahan kimia merupakan salah satu perkara yang seharusnya dielakkan untuk kulit sensitif kerana mereka yang memiliki kulit sensitif mempunyai kulit yang nipis dan mudah luka. 


3. Kosmetik

Mereka yang mengalami kulit sensitif perlu elakkan penggunaan kosmetik yang terlalu tebal. Kesan penggunaan kosmetik yang tidak tepat juga akan menyebabkan kulit muka rosak. Pastikan kandungan bahan terlebih dahulu sebelum menggunakannya.


4. Terdedah kepada cahaya matahari

Sinar uv menyebabkan pembentukan kolagen pada kulit tidak sempurna, pigmentasi dan melanin kulit menyebabkan proses penuaan lebih awal. Elakkan dari terdedah terlalu lama dengan cahaya matahari. 


5. Diet harian 

Kekurangan air dan nutrisi yang cukup untuk tubuh badan juga menyebabkan kulit kering dan meningkatkan sensitiviti. Makanan yang tidak sihat seperti mnakanan bergoreng juga penyebab sensitiviti pada kulit. 

Sebelum membeli sesuatu produk penjagaan wajah perlu baca terlebih dahulu kandungan bahan setiap barangan yang hendak dibeli. Salah satu masalah kulit sensitif ini adalah parut atau bekas jerawat yang lambat pudar. kalau salah pakai produk atau kosmetik dan tumbuh jerawat memang lambat nak hilang la...


Jangan bermuram durja ya, kulit sensitif boleh dirawat. Cara yang mudah dan selamat untuk kulit kembali pulih dan sihat.



1. Gunakan pelembab wajah

Bagi menyembuhkan kulit muka yang sensitif dari jangkitan dan keradangan, maka gunakan pelembap wajah pada lapisan permukaan kulit. Ianya dapat megembalikan kelembapan wajah. Elakkan menggunakan pelembab yang mengandungi minyak berlebihan.


2. Gunakan Sun Screen atau sun protector (SPF)

Sun screen atau SPF sangat penting pada kulit untuk menjaga melanin dan kolagen pada kulit. Gunakan pelindung matahari yang mengandungi SPF30 dan ke atas. Elakkan bahan yang mengandungi wangian, minyak dan bahan kimia.


3. Elakkan memakai scrub wajah dengan kerap

Gunakan scrub wajah 1 atau 2 kali seminggu sahaja. bagi kulit sensitif, cuci scrub dengan lembut dan kurangkan penggunaan scrub yang boleh melukakan kulit muka.


4. Pilih pencuci wajah yang sesuai

Pembersih digunakan untuk menaggalkan lebihan minyak dan kotoran pada wajah namun tidak ramai yang memilih produk yang benar-benar sesuai dengan wajah. Apabila menggunakan sesuatu produk lebih dari 6 bulan dan tiada sebarang perubahan, mungkin produk tersebut tidak sesuai untuk wajah kita.


5. Pilih kosmetik yang selamat

Pilih produk yang yang sesuai serta mempunyai antioksidan dan mengandungi bahan- bahan anti keradangan. Pilih kosmetik yang mengandungi bahan organik dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya


6. Pengambilan makanan seimbang

Pemakanan yang seimbang yang mengandungi nutrisi yang cukup dapat membantu mengurangkan keradangan pada kulit dan mencegah garis halus. Nutrisi yang cukup dari buah-buahan dan sayuran dapat memudarkan parut dengan lebih cepat.


mereka yang mengalami kulit sensitif akan nampak kesan perubahan yang sangat memuaskan jika dapat merawat dengan konsisten. 



Kulit sensitif ? tiada lagi...



Selamat meencuba





Continue Reading

Thursday, 8 March 2018

Tips Penjagaan Kulit Muka yang Betul dan Berkesan | Razanirah Aziz

kulit muka, tips penjagaan kulit muka, berkesan

Memiliki kulit wajah yang sihat tanpa cela adalah impian setiap wanita seluruh dunia. Wanita mana yang tak nak kelihatan cantik kan.
Tak hairanlah ramai yang sanggup laburkan wang semata-mata nak dapatkan produk yang sesuai dengan kulit muka

Tapi pernahkah kita terfikir adakah cara penjagaan kulit muka kita betul? Nak tahu tips penjagaan kulit muka yang betul dan berkesan.

JOM kita tengok

1. Cuci muka 2 kali sehari

Pagi : Sel-sel kulit mati yang terkumpul akan melekat pada bantal dan seterusnya akan melekat pada kulit muka. Jadi kita perlu mencuci kotoran tersebut.

Malam : Kulit muka terdedah pada debu dan kotoran seharian yang menyumbat liang pori, jadi kulit muka sukar untuk bernafas. JANGAN! tidur tanpa membersihkan muka ini akan menyebabkan kulit muka mudah ditumbuhi jerawat. 

*Elakkan terlalu kerap mencuci muka ini akan menyebabkan kulit menjadi kering. 

2. Bilas muka dengan sempurna.

Apabila kita mencuci muka pastikan bilas dengan sempurna. Jangan biarkan sabun melekat pada kulit muka pada jangka masa yang lama ini akan menyebabkan munculnya jerawat kerana sisa sabun menyumbat liang pori-pori

3. Suhu air

Suhu yang betul adalah penting untuk mencuci muka. Jangan menggunakan air yang terlalu panas dan terlalu sejuk ini akan memberikan kesan buruk pada kulit muka. Air panas akan menyebabkan kulit kering dan air sejuk boleh merosakkan pembuluh darah pada wajah.

Suhu yang terbaik untuk mencuci wajah adalah air hangat atau dalam kata lain suam-suam kuku. Macam air mandi baby kita ukur panas dengan siku kan. itu la suam-suam kuku.

4. Penggunaan tuala

Menggosok kulit muka dengan tuala boleh menyebakan iritasi serta kulit cepat kedut dan keanjalan kulit akan kurang. Pedapkan atau tepuk perlahan-lahan tuala pada muka.

Hindari dari menggunakan tuala yang sama untuk muka dan badan. Pastikan kerap menukar tuala untuk menggelakkan kulit muka terdedah kepada bakteria.

5. Kurangkan menyentuh muka

Kulit muka terlalu sensitif dengan kuman dan bakteria. Sebaik-baiknya cuci tangan sebelum menyentuh muka. Tangan yang kurang bersih akan menyebabkan keradangan pada kulit muka.

6. Jangan kerap menukar produk

Produk penjagaan wajah mengandungi bahan yang berbeza. Terlalu bahaya menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia yang merosakkan kulit seperti Merkuri, Hydroquinone, Tretinoin dan lain-lain. jadi tersangatlah penting untuk menapis setiap produk penjagaan kulit yang kita beli.

Menukar produk terlalu kerap jugak menyebabkan kulit muka mengalami iritasi.

7. Pelembab muka

Selepas mencuci wajah, jangan lupa untuk menggunakan pelembab. penggunaan pelembab secara rutin dapat memberikan kelembapan pada wajah dan melindungi kulit muka dari kering. Mempertahankan struktur kulit dari sinar uv, udara kering dan debu.

* Jangan lupa pakai toner dulu untuk kecil kan liang pori-pori wajah.
* Pastikan pelembab wajah mengandungi bahan non-comedogenic (bahan yang tidak membuatkan liang pori-pori tersumbat).

8. Minum air secukupnya

Pengambilan air yang mencukupi dapat menghidatkan kulit dan menyingkirkan toksin dapat badan. minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari akan menjadikan kulit lebih lembab dan berseri.

9. Cuci rambut dengan kerap

Jangan tak tahu rambut jugak mainkan peranan yang besar tau. Cuci rambut dengan kerap supaya minyak pada rambut tidak terkena pada kulit muka. Anak rambut disekitar muka juga perlu dicuci. Jangan suka sangat biarkan rambut terkena pada kulit muka.

* Minyak pada rambut akan memyebabkan jerawat tumbuh dan kulit akan kelihatan berminyak.

tips penjagaan kulit muka yang betul dan berkesan tak susah kan yang penting senang nak ikut. semoga tips ini bermanfaat untuk dikongsi bersama.


Continue Reading