Tuesday 3 April 2018

11 Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil | Razanirah Aziz

Keguguran, Jaundis, G6PD, Kencing manis, Ibu hamil

Pada awal kehamilan iaitu pada trimester pertama, banyak perkara yang perlu dijaga terutamanya mengenai makanan. Bagi ibu hamil ada makanan yang boleh dimakan dan ada yang tidak boleh kerana bimbang akan menyebabkan bahaya kepada bayi. 

Kebanyakkan makanan yang disarankan oleh orang tua semasa kehamilan adalah makanan yang tajam seperti nenas dan air kelapa kerana bimbang bayi keguguran. Tetapi masih banyak makanan yang tidak boleh diambil ibu hamil yang kita tidak sedar.

MAKANAN  DAN MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA HAMIL

1. Makanan yang tidak dipasteur dengan betul 
Makanan yang tidak dipasteur dengan betul mengandungi bakteria yang membahayakan perkembangan janin di dalam kandungan. Antara makanan dan minuman yang tidak dipasteur dengan baik adalah seperti keju lembut dan susu segar. Susu segar adalah susu yang baru diperah dan belum dipasteur lagi. Baca label sebelum membeli.

Keguguran, Jaundis, G6PD, Kencing manis, Ibu hamil

2. Makanan mentah atau separuh masak.
Pengambilan makanan mentah atau separuh masak akan menyebabkan bakteria salmonella dan menyebabkan keracunan makanan. Makanan mentah mengandungi bakteria toxoplasma yang menganggu pekembangan otak, mata dan organ lain. Pastikan makanan yang diambil adalah melalui proses memasak sepenuhnya.

3. Makanan ringan
Makanan ringan mengandungi bahan pewarna dan pengawet menyebabkan kecacatan pada bayi. Risiko mendapat jaundis atau demam kuning sangat tinggi. MSG (monisodium glutamat) menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat dan risiko mendapat penyakit kencing manis semasa hamil.

4. Kekacang
Kekacang merupakan sumber protein yang tinggi, tetapi bagi ibu yang ada alahan kepada kekacang atau yang ada sejarah G6PD anda perlu elakkan kerana bimbang berlaku perkara yang memudaratkan.

5. Kafien
Pengambilan minuman berkafien seperti kopi, koko, teh, coklat dan minuman bergas akan menyebabkan perkembangan bayi yang tidak normal. Ini termasuk bayi kurang berat semasa lahir dan merosakkan kalsium dalam tulang ibu hamil.

6. Alkohol
Pengambilan alkohol semasa hamil menyebabkan kecacatan fizikal dan mental bayi. Proses pembuangan alkohol dalam tubuh sangat lambat. Islam melarang keras umatnya mengambil bahan yang mengandungi alkohol.

7. Pil/Ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan tanpa pengawasan pegawai perubatan yang bertauliah akan mengundang bahaya. Pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

8. Vitamin E
Elakkan mengambil vitamin E semasa kehamilan kerana akan menyebabkan perkembangan organ-organ penting dalam rahim. Kemungkinan bayi cacat adalah sangat tinggi.

9. Vitamin A
Organ dalaman tidak boleh dimakan terlalu kerap oleh ibu hamil kerana mengandungi banyak vitamin A. Pengambilan vitamin A dalam dos yang tinggi akan menyebabkan kecacatan pada jantung, kepala, muka dan saraf bayi. sebaiknya ambillah makanan yang mengandungi beta carotin yang tinggi seperti lobak merah yang akan menukarkannya kepada vitamin A apabila diperlukan. Elakkan dari mengambil suplemen minyak hati ikan.

10. Buah-buahan tajam
Elakkan dari makan buah-buahan tajam seperti tebu, nenas, kelapa muda semasa awal kehamilan kerana bimbang akan menyebabkan keguguran.

11. Perokok
Walaupun bukan dalam kategori makanan atau minuman tetapi ianya perlu ditekankan. Ibu hamil juga perlu elakkan dari merokok atau di kawasan yang dipenuhi oleh perokok. Asap rokok menyebabkan kelahiran bayi tidak cukup bulan, pertumbuhan yang terbantut dan berat badan yang rendah. Kes kematian mengejut yang berlaku kepada bayi juga dikaitkan dengan perokok. Masalah keguguran juga kerap berlaku kepada ibu yang merokok.

Keguguran, Jaundis, G6PD, Kencing manis, Ibu hamil

Ibu hamil perlu memantau khasiat dan kebaikan makanan yang hendak dimakan. Langkah pencegahan awal perlu diambil untuk mengelakkan berlaku masalah pada masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment