Sunday, 1 April 2018

Senaman Untuk Ibu Hamil Mengikut Trimester | Razanirah Aziz

Senaman, Ibu hamil, Senaman yang terbaik semasa hamil

Senaman merupakan pergerakan fizikal bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan yang lebih baik. Senaman dapat meningkatkan tahap kecergasan dan memperkukuhkan otot-otot yang membantu dalam menyesuaikan diri sepenjang tempoh kehamilan.

Senaman sangat disyorkan untuk ibu hamil yang normal iaitu yang mengalami sebarang komplikasi kesihatan seperti pesakit jantung dan asma. Mereka perlu mendapatkan saranan daripada pegawai perubatan yang bertauliah.

Senaman, Ibu hamil, Senaman yang terbaik semasa hamil

Senaman yang sederhana, lembut dan tidak menekan bahagian perut dan tidak memudaratkan ibu hamil amatlah disarankan. Senaman 30 minit sehari adalah digalakkan.

SENAMAN YANG TERBAIK SEMASA HAMIL

Lakukan senaman sesuai dengan tempoh kehamilan. Senaman yang betul akan mengepam jantung dan badan akan lebih mudah dilenturkan tanpa menyebabakan tekanan pada badan (fizikal).

ANTARA SENAMAN YANG SESUAI DAN SELAMAT UNTUK IBU HAMIL

Trimester 1 (1-3 bulan)
Bagi kandungan yang awal senaman yang sesuai adalah seperti jogging, berenang, aerobik (impak rendah), berbasikal dan tarian. Senaman perlu dilakukan sesuai dengan kemampuan ibu hamil. Lakukan 3-4 kali seminggu selama 20 minit.

Trimester 2 (4-6 bulan)
Ibu hamil boleh melakukan senaman yang lebih fokus kepada pernafasan, teknik menenangkan diri, dan rangsangan badan seperti berjalan, joggong, berenang dan berbasikal. Berhenti jika tidak mampu bertahan.

Trimester 3 (7-9 bulan)
Pada usia kandungan mencacah tempoh ini, senaman yang dilakukan adalah lebih kepada persediaan untuk bersalin. Bersenam secara santai dan elakkan daripada melakukan pergerakan yang agresif seperti melompat, gerakan secara mengejut atau senaman di gym. Elakkan memberikan tekakan pada bahagian perut lakukan senaman yang mudah dan perlahan.

Bagi ibu hamil trismester kedua dan ketiga,  terdapat beberapa jenis senaman ringan yang digalakkan antaranya

Senaman Kagel
senaman yang dikenali sebagai lantai pelvik bertujuan untuk memperkuatkan otot vagina  untuk mengelakkan dari terkencing secara tiba-tiba apabila batuk atau bersin.

Regangan Betis
Untuk mengelakkan kekejangan pada bahagaian betik yang selalu berlaku pada ibu hamil.

Regangan Peha
Senaman untuk meregangkan bahagian peha untuk membantu memudahkan proses kelahiran.

Senaman mengangkat pelvis
Mampu untuk menguatkan otot abdomen, membetulkan poster tubuh dan mengurangkan tekanan darah

KEBAIKAN BERSENAM
1. Mampu menampung berat yang bertambah semasa hamil.
2. Mempersiapkan diri dari sedi mental dan fizikal semasa proses kelahiran.
3. Memberikan tenaga dan memperbaiki mood
4. Dapat membantu tidur yang lebih nyenyak.
5. Mudah untuk kembali ke berat asal sekepas bersalin

Senaman memang bagus untuk kesihatan semua peringkat umut terutamannya ibu hamil tetapi ianya perlu dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal untuk mengelakkan berlaku tekanan pada fizikal ibu hamil

Semasa atau selepas bersenam ibu hamil harus memantau keadaan diri dan bayi dalam kandungan. Jika mengalami sakit di bahagian abdomen, mengalami kesukaran untuk bernafas, bengkak atau sakit pada bahagian pergelanggan kaki dan betis atau sakit kepala atau muntah anda harus menghentikan rutin senaman anda.

Senaman, Ibu hamil, Senaman yang terbaik semasa hamil


0 comments:

Post a Comment