Saturday, 31 March 2018

Risiko Anemia Pada Ibu Hamil Dan Cara Mengatasi | Razanirah Aziz


Anemia, Asid folik, Zat besi,

Anemia adalah keadaan dimana kadar hemoglobin (Hb) sel darah merah dan jumlahnya kurang dari normal. Hemoglobin berperanan mengangkut oksigen dari bahagian paru-paru ke bahagian lain dalam tubuh. Apabila seseorang menghidap anemia, tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi dan oksigen tidak dapat disalurkan ke seluruh tubuh.

Letih, lesu, tidak bertenaga, pucat, kurang tumpuan, sakit kepala dan pening adalah tanda-tanda anemia atau kurang hemoglobin. Ramai yang mengabaikan tanda-tanda ini dan menggangap ianya hanya perubahan hormon badan, namun apabila dibiarkan ia akan menjadi lebih serius jika tidak dirawat.

Anemia boleh berlaku pada sesiapa sahaja tetapi masalah ini kerap dihidapi oleh ibu hamil. Kekurangan zat besi dikalangan ibu hamil adalah penyebab kepada masalah anemia. Faktor lain penyebab anemia adalah kerosakan sel darah merah homolisis atau pembentukan sel darah merah yang tidak berkesan hematopoiesis, pendarahan usus atau kekurangan vitamin B12 dan asid folik yang boleh mempengaruhi pengeluaran sel darah merah.

Semua ibu hamil berisiko mengalami masalah anemia kerana mereka memerlukan zat besi dan asid folik yang lebih berbanding biasa. 

Namun risikonya lebih tinggi jika anda:
  • Kerap hamil dan jarak antara dua kehamilan adalah dekat.
  • Hamil anak kembar
  • Kerap loya dan muntah
  • Hamil pada usia muda
  • Pernah mengalami anemia sebelum hamil
  • Tidak mengambil cukup makanan yang kaya zat besi 
Anemia, Asid folik, Zat besi,

Risiko keguguran, kelahiran bayi pra matang, bayi kecil, koma dan kematian ibu adalah kesan anemia terhadap kehamilan. Periksa di klinik atau hospital untuk mengetahui tahap hemoglobin anda.

Cara mengatasi masalah Anemia
1. Meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti brokoli, kekacang, sayuran hijau, buah buahan kering seperti kismis dan prun. 

Anemia, Asid folik, Zat besi,

2. Makan makanan yang mengandungi vitamin c seperti oren, mangga dan tomato. Vitamin c membantu optimumkan penyerapan zat besi.

3. Hindari pengambilan kafien semasa mengambil makanan yang mengandungi zat besi kerana boleh mengurangkan penyerapan zat besi

 4. Dalam kebanyakkan kes doktor akan memberikan pil zat besi untuk merawat anemia.

Klasifikasi anemia untuk ibu hamil
Kepekatan hemoglobin (g/dl) ibu hamil
  • Normal          11.0
  • Ringan           9.0 - 11.0
  • Sederhana     7.0 - 8.9
  • Teruk

0 comments:

Post a Comment