Thursday, 8 March 2018

Tips Penjagaan Kulit Muka yang Betul dan Berkesan | Razanirah Aziz

kulit muka, tips penjagaan kulit muka, berkesan

Memiliki kulit wajah yang sihat tanpa cela adalah impian setiap wanita seluruh dunia. Wanita mana yang tak nak kelihatan cantik kan.
Tak hairanlah ramai yang sanggup laburkan wang semata-mata nak dapatkan produk yang sesuai dengan kulit muka

Tapi pernahkah kita terfikir adakah cara penjagaan kulit muka kita betul? Nak tahu tips penjagaan kulit muka yang betul dan berkesan.

JOM kita tengok

1. Cuci muka 2 kali sehari

Pagi : Sel-sel kulit mati yang terkumpul akan melekat pada bantal dan seterusnya akan melekat pada kulit muka. Jadi kita perlu mencuci kotoran tersebut.

Malam : Kulit muka terdedah pada debu dan kotoran seharian yang menyumbat liang pori, jadi kulit muka sukar untuk bernafas. JANGAN! tidur tanpa membersihkan muka ini akan menyebabkan kulit muka mudah ditumbuhi jerawat. 

*Elakkan terlalu kerap mencuci muka ini akan menyebabkan kulit menjadi kering. 

2. Bilas muka dengan sempurna.

Apabila kita mencuci muka pastikan bilas dengan sempurna. Jangan biarkan sabun melekat pada kulit muka pada jangka masa yang lama ini akan menyebabkan munculnya jerawat kerana sisa sabun menyumbat liang pori-pori

3. Suhu air

Suhu yang betul adalah penting untuk mencuci muka. Jangan menggunakan air yang terlalu panas dan terlalu sejuk ini akan memberikan kesan buruk pada kulit muka. Air panas akan menyebabkan kulit kering dan air sejuk boleh merosakkan pembuluh darah pada wajah.

Suhu yang terbaik untuk mencuci wajah adalah air hangat atau dalam kata lain suam-suam kuku. Macam air mandi baby kita ukur panas dengan siku kan. itu la suam-suam kuku.

4. Penggunaan tuala

Menggosok kulit muka dengan tuala boleh menyebakan iritasi serta kulit cepat kedut dan keanjalan kulit akan kurang. Pedapkan atau tepuk perlahan-lahan tuala pada muka.

Hindari dari menggunakan tuala yang sama untuk muka dan badan. Pastikan kerap menukar tuala untuk menggelakkan kulit muka terdedah kepada bakteria.

5. Kurangkan menyentuh muka

Kulit muka terlalu sensitif dengan kuman dan bakteria. Sebaik-baiknya cuci tangan sebelum menyentuh muka. Tangan yang kurang bersih akan menyebabkan keradangan pada kulit muka.

6. Jangan kerap menukar produk

Produk penjagaan wajah mengandungi bahan yang berbeza. Terlalu bahaya menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia yang merosakkan kulit seperti Merkuri, Hydroquinone, Tretinoin dan lain-lain. jadi tersangatlah penting untuk menapis setiap produk penjagaan kulit yang kita beli.

Menukar produk terlalu kerap jugak menyebabkan kulit muka mengalami iritasi.

7. Pelembab muka

Selepas mencuci wajah, jangan lupa untuk menggunakan pelembab. penggunaan pelembab secara rutin dapat memberikan kelembapan pada wajah dan melindungi kulit muka dari kering. Mempertahankan struktur kulit dari sinar uv, udara kering dan debu.

* Jangan lupa pakai toner dulu untuk kecil kan liang pori-pori wajah.
* Pastikan pelembab wajah mengandungi bahan non-comedogenic (bahan yang tidak membuatkan liang pori-pori tersumbat).

8. Minum air secukupnya

Pengambilan air yang mencukupi dapat menghidatkan kulit dan menyingkirkan toksin dapat badan. minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari akan menjadikan kulit lebih lembab dan berseri.

9. Cuci rambut dengan kerap

Jangan tak tahu rambut jugak mainkan peranan yang besar tau. Cuci rambut dengan kerap supaya minyak pada rambut tidak terkena pada kulit muka. Anak rambut disekitar muka juga perlu dicuci. Jangan suka sangat biarkan rambut terkena pada kulit muka.

* Minyak pada rambut akan memyebabkan jerawat tumbuh dan kulit akan kelihatan berminyak.

tips penjagaan kulit muka yang betul dan berkesan tak susah kan yang penting senang nak ikut. semoga tips ini bermanfaat untuk dikongsi bersama.


0 comments:

Post a Comment