Wednesday, 4 April 2018

Snek sihat untuk ibu hamil yang lapar tengah malam | Razanirah Aziz

Ibu hamil, Snek yang sihat, Antioksidan, Vitamin, Nutrisi

Ketika hamil, ibu kerap rasa lapar terutama pada tengah malam. Rasa lapar yang tidak boleh ditahan-tahan menyebabkan ibu hamil sering makan dengan kuantiti yang banyak walaupun pada tengah malam. Pengambilan makanan yang sihat dan betul semasa lapar juga membantu mengurangkan rasa lapar dan mendapatkan tidur yang nyenyak.

Snek yang sihat membantu ibu kenyang dengan lama dan pertambahan berat tidak terlalu drastik. Simpan stok snek anda untuk tidak menyusahkan ketika anda bangun pada tengah malam untuk makan. Snek sering di kaitkan dengan makanan yang tidak sihat dan tidak sesuai untuk ibu hamil kerana terlalu banyak garam, gula dan berlemak.

Tetapi terdapat juga snek yang sihat untuk ibu hamil mengurangkan rasa lapar dan mengenyangkan perut. Antara snek sihat yang boleh dimakan semasa hamil adalah seperti :

1. Popcorn
Walaupun pada hakikatnya popcorn adalah makanan yang tidak sihat dan hanya di makan ketika menonton wayang sahaja tetapi popcorn mampu memberikan rasa kenyang yang kerana kandungan serat yang tinggi. Tetapi popcorn yang hendah dimakan adalah yang bebas dari mentega dan perasa. makan popcorn plain sahaja.

Ibu hamil, Snek yang sihat, Antioksidan, Vitamin, Nutrisi

2. Kekacang
Kekacang adalah snek yang sihat kerana kaya dengan antioksidan dan mampu memberikan rasa kenyang yang lama. Snek yang bernutrisi bantu untuk mengatur gula dalam darah dan meningkatkan produktiviti tubuh.

3. Cereal
Cereal selalu di ambil sebagai sarapan tetapi ibu hamil juga boleh mengambil pada waktu malam ketika rasa lapar. Ceral boleh diambil dengan susu atau tanpa susu sesuai dengan kehendak.

4. Buah-buahan
Tidak perlu disangkal lagi bahawa buah-buahan adalah snek yang sihat dan bernutrisi. Buah-buahan sesuai dijadikan snek kerana walaupun makan terlalu bnayak ianya tidak menyebabkan berat badan naik. Buah-buahan sangat sesuai dimakan pada waktu lapar.

Ibu hamil, Snek yang sihat, Antioksidan, Vitamin, Nutrisi,

5. Sayuran
Sayuran merupakan makanan yang kaya nutrisi dan vitamin. Menu sayuran boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja termasuk rasa lapar pada waktu malam. Bagi anda yang tidak mengambil sayur atau tidak makan sayur, anda boleh mencuba beberapa jenis salad yang sedap.

Anda tidak perlu risau mengenai makanan yang boleh dimakan pada waktu lewat malam kerana bimbang berat akan bertambah. Diharap iannya dapat membantu.


0 comments:

Post a Comment