Menantikan zuriat merupakan satu perkataan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Kehadiran si kecil menceriakan suasana dan mengeratkan perasaan sayang suami dan isteri. Kegembiraan yang tak terkira kerana sudah lama menunggu kehadiran zuriat penyambung warisan menjadi impian setiap suami dan isteri. Jadi tidak hairan kalau anak dilayan dengan penuh kasih sayang dan dimanja.
Setiap ibu dan ayah menginginkan anak yang sihat, bijak dan soleh. Semasa mengandung ibu akan memastikan bayi dalam kandungan cukup zat dan nutrien yang diperlukan untuk perkembangan yang sihat. Beberapa surah juga boleh diamalkan semasa mengandung untuk kesihatan dan memudahkan proses kelahiran.
SURAH AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
2. Surah Luqman
Untuk memohon anak yang cerdik akal dan jiwanya.
3. Surah Al-Hujurat
Untuk memeperbanyakkan susu ibu dan sifat berhati-hati (anak).
4. Surah At-Taubah
Untuk membersikan jiwa dan memelihara diri dari maksiat.
5. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang soleh.
6. Surah Yusuf
Untuk memohon anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
7. Surah Yassin
Untuk memohon anak yang teguh hati dan anak jauh dari godaan iblis dan syaitan
8. Surah An Nahi
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Doa sunnat yang dibaca ketika hamil
Doa
Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87
la ila ha illa anta subha
naka inni kun tum minadzilimin
“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha
Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah
dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
Untuk memudahkan bersalin baca ayat kursi
Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum,
la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man
dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa
maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a
kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul
‘azhiim.”
“Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah
menjanjikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari
kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang
mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.
Selain dari amalan yang disebutkan di atas, amalan yang boleh dilakukan oleh bakal ibu adalah dengan memperbanyakkan zikir dan solat sunat, banyakkan berbual dengan bayi dalam kandungan, makan makanan yang halal, baik dan berkhasiat. panjatkan doa kepada Allah dan bijak mengawal emosi.
Buat bakal ayah, tunjukkan kasih sayang kepada isteri dan elakkan perselisihan paham serta memahami emosi isteri. kerapkan solat sunat dan puasa sunat. Di harap ianya dapat memberikan manfaat kepada bakal ibu dan ayah.
0 comments:
Post a Comment