Kebanyakan protein merupakan enzim atau subunit enzim. Protein
terlibat dalam sistem imun sebagai antibodi, sistem kawalan dalam bentuk
hormon, sebagai komponen penyimpanan (dalam biji) dan juga dalam pengangkutan
nutrien dan sebagai salah satu sumber pemakanan.
Protein merupakan bahan utama dalam pembentukan tisu, organ
serta komponen utama hormon manusia. Kekurangan protein menyebabkan sistem
imun menjadi lemah untuk melawan penyakit. Keperluan protein bertambah sesuai
dengan tahap kecegasan setiap individu terutama bagi ibu hamil dan atlet.
KESAN KEKURANGAN PROTEIN KEPADA TUBUH
1. Kerap lapar
Protein memberikan rasa kenyang yang lama dan membuatkan anda kurang rasa lapar dan tidak mengidam snek serta makanan manis keterlaluan.
2. Masalah keguguran rambut
Apabila tubuh anda tidak mendapatkan nutrisi dari protein
yang mencukupi, rambut akan mula menipis dan rosak. Rambut terdiri dari 90%
protein yang dikenali sebagai keratin.
3. Sakit otot dan sendi
Kekurangan protein juga boleh menyebabkan tubuh lambat
sembuh dari kecederaan dan mengambil masa yang lebih lama dari biasa. Jadi protein penting untuk menyokong otot dan membantu mengurangkan kehilangan otot anda.
4. Anemia
Pengambilan zat besi dan protein diperlukan tubuh untuk
menghasilkan sel darah merah. Sangat penting untuk bagi anda untuk mendapatkan
pengambilan protein yang cukup supaya terhindar dari anemia
5. Kulit kering
Kekurangan protein menyebabkan kulit kering dan ruam. Kulit
menjadi mudah mengelupas dan pecah-pecah. Protein juga membantu membina sel kulit yang rosak.
6. Penyakit Kwashiorkor
Penyakit kwashiorkor ini merupakan penyakit yang selalu
terjadi akibat kekurangan protein. penyakit ini paling banyak ditemukan pada anak-anak
usia 1 hingga 3 tahun. Penyakit ini harus diberi perhatian kerana kan
menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak
terbantut dan mungkin mengalami kecacatan mental.
7. Sukar tidur
Mengalami kesukaran untuk tidur adalah disebabkan kekurangan asid amino tertentu.
Untuk mengatasi maslah ini minum segelas susu suam sebelum tidur.
8. Berat badan turun
Penurunan berat badan yang drastik menyebabkan badan merasa
lesu dan tidak bermaya. Berat badan turun adalah disebabkan kekurangan nutrisi penting termasuklah protein.
9. Ederma
Edema adalah penyakit yang menyebabkan beberapa bagian tubuh
seperti tangan, kelopak mata dan pergelangan kaki membengkak akibat dari pengumpulan
cairan. Beberapa penyebab ederma adalah perubahan hormon selama kehamilan atau
menstruasi, akibat kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan, makanan masin dan
kekurangan protein.
Tubuh kita terdiri daripada sel kepada pembentukan tisu dan
seterusnya membentuk organ. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel itu
mendapat sumber protein yang mencukupi dan baik, sel yang sihat akan terbentuk
untuk menggantikan sel lama yang mati.
Protein berperanan mengawal proses badan dan mengekalkan
jumlah dan komposisi cecair. Protein juga berfungsi untuk mengangkut bahan
seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan. Meningkatkan
antibodi dan menguatkan sistem imun tubuh.
0 comments:
Post a Comment