Saturday, 14 April 2018

Cara Mengatasi Masalah Kulit Kusam dan Gelap | Razanirah Aziz


cantik dan cerah, Kulit kusan dan gelap, melembapkan kulit, Sel kulit mati,

Kulit kusam dan gelap menjadi masalah yang sangat merunsingkan bagi semua orang terutama bagi wanita. Setiap wanita menginginkan kulit yang cerah, bersih dan berseri. Penyebab utama kulit menjadi gelap adalah kerana debu, pigmentasi kulit akibat terdedah kepada matahari dan sel kulit mati. Kulit kusam juga akan membuatkan kulit kita nampak lebih tua. 

Penyebab kulit gelap juga boleh terjadi disebabkan oleh :
  • Kesan sampingan penggunaan kosmetik
  • Stress
  • Merokok
  • Berat badan yang mudah naik dan turun
  • Pemakanan yang tidak teratur dan seimbang
  • Pengambilan alkohol
  • Kurang tidur
Cara cerahkan wajah kulit wajah
Untuk mengatasi masalah kulit gelap dan kusam anda boleh mencuba cara untuk mendapatkan kulit yang cantik dan cerah.

1. Banyakkan minum air kosong
Banyakkan minum air kosong untuk mengurangkan badan dari terhidrat dan dapat melembapkan kulit.

2. Tidur yang cukup
Dapatkan tidur yang cukup dan kurangkan aktiviti lewat malam. tidur yang cukup dalam menghilangkan lingkaran gelap bawah mata (mata panda).

3. Senaman
Lakukan senaman secara rutin dapat mengeluarkan peluh. Peluh merupakan salah satu cara detox untuk kesihatan. 

4. Makanan seimbang
Ambil makanan yang bernutrisi dan berkhasiat. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Protin juga dapat membantu membina sel kulit baru.

5. Scrub
Lakukan scrub 2 kali seminggu untuk menbuang sel kulit mati pada wajah. Tidak digalakkan untuk kulit berjerawat.

6. Pelembab
Pakai pelembap atau krim malam untuk menjaga kelembapan kulit dan dapat mencerahkan kulit wajah. Kulit juga akan bertambah berseri serta menghilangkan garis-garis halus.

7. Suplemen
Ambil suplemen yang bersesuaian dengan kulit dan dari bahan semulajadi (organik) untuk menjaga kecantikan dari dalam.






0 comments:

Post a Comment