Diet pemakanan yang seimbang dan memenuhi nutrisi adalah yang terbaik untuk tubuh badan. Protein merupakan nutrisi yang penting untuk membina tisu otot. Keperluan protein adalah berbeza untuk setiap individu.
Bagi individu yang merupakan seorang atlet atau ahli bina badan, keperluan protein yang tinggi diperlukan untuk membentuk dan menambah otot tubuh. Protein juga adalah cadangan makanan untuk memberikan tenaga seharian kepada.
Terdapat banyak makanan yang mempunyai sumber protein antaranya:
1. Telur
Telur merupakan sumber protein yang lengkap berbanding sumber protein yang lain. Telur selalunya dijadikan sebagai sarapan pagi untuk memberikan tenaga dan rasa kenyang yang lama.
2. Daging Putih
Daging putih seperti ayam merupakan makanan yang senang dicerna. Pengambilan daging putih mengikut berat dan size yang tertentu mengandungi rendah lemak dan sihat serta sesuai dijadikan menu makan tengahari. 100g daging putih bersamaan dengan 20-36g protein.
3. Daging Merah
Daging merah seperti lembu, kambing dan biri-biri. Makan daging merah yang tidak mengandungi lemak seperti pada bahagian sirloin.
4. Ikan Segar
Ikan merupakan sumber protein yang tinggi. Ikan merupakan sumber yang tidak mengandungi lemak. Ikan seperti salmon dan tuna mengandungi protein dan omega 3 yang tinggi sesuai untu diet pemakanan yang sihat. 100g ikan tuna bersamaan dengan 29g protein.
5. Udang
Udang kaya dengan kalsium dan protein termasuk dalam sumber protein haiwan. Udang mengandungi asid amino yang tinggi. 1 oz udang bersamaan dengan 24g protein dan kalori.
6. Susu Segar
Susu segar berfungsi sebagai sumber protein yang baik dan berkualiti. Susu kambing lebih mudah dicerna berbanding susu lembu. 100g susu lembu bersamaan dengan 3.20g protein dan 100g susu kambing adalah 8.75g protein.
7. Soya
Kacang soya merupakan sumber protein yang rendah lemak. Sumber protein soya adalah yang paling tinggi 100g sota bersamaan dengan 36.49g protein. Soya baik untuk jantung, osteoporosis dan meredakan kanser.
8. Almond
kaya dengan vitamin E, vitamin B dan tinggi serat. Mengambil almond sebagai snek dapat memenuhi keperluan protein dalam badan.
9. Gandum
Protein dalam gandum hampir sama dengan protein dalam soya. Gandum juga mengandungi karbohidrat, vitamin D, kalsium, magnesium dan zat besi.
10. Biji Bunga Matahari
Kandungan asid amino yang dikenali sebgai tryptophan berperanan dalam pembentukan serotonin. Pengambilan biji bunga matahari (kuaci) membekalkan protein sebanyak 22.78g untuk setiap 100g kuaci.
0 comments:
Post a Comment