Thursday, 12 April 2018

7 Sebab Kenapa Perut Anda Kerap Rasa Lapar | Razanirah Aziz

Kalori, Kencing manis, Kerap rasa lapar, Protein,

Terdapat pelbagai jenis makanan yang menjadi kegemaran setiap individu di sekeliling kita. Ada yang gemarkan makanan seperti western, ala kampung, timur tengah, korean dan sebagainya. Tetapi yang menjadi masalah adalah kerap rasa lapar setelah makan.

Masih rasa lapar walaupun anda telah makan 10 tau 15 minit yang lalu. Makanan secara berlebihan mungkin boleh menyebabkan berat badan naik. Tetapi rasa lapar yang tidak boleh di tahan menyebabkan anda mengambil makanan dengan lebih kerap.

Jom semak kenapa kerap rasa lapar walaupun baru sudah makan.

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Kerap skip sarapan pagi dengan harapan boleh kurus sebab sudah kurangkan 1 hidangan makanan adalah persepsi yang salah. Tidak mengambil sarapan pagi membuatkan anda makan dengan lebih banyak pada waktu tengahari. Makan sarapan setiap hari secara tetap akan membuatkan gula dalam darah stabil dan anda akan berasa kenyang dan kurang lapar.

2. Anda sebenarnya dehydrated
Anda berasa lapar? tetapi sebenarnya anda kekurangan air dalam badan. Tanda lapar dan dahaga adalah sama. Jika anda berasa lapar cuba minum air dan lihat anda sebenarnya lapar atau dahaga. Ini akan membuatkan anda lebih peka pada isyarat tubuh.

3. Anda tidak mengambil kalori
Periksa makanan anda adakah anda makan  makanan yang merapu yang mengandungi '0' kalori. Makanan yang tidak mengandungi kalori adalah merbahaya kepada kesihatan. Pilih makanan yang mengandungi vitamin dan nutrien yang mencukupi.

4. Tidak cukup tidur
Tidur yang cukup mengekalkan kesihatan, kecantikan dan membuatkan anda lebih bertenaga. Jika anda tidak tidur dengan cukup badan anda akan kekuragan tenaga dan mudah letih. Badan akan memerlukan tenaga tambahan, jadi anda akan kerap makan untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang.

5. Kurang lemak dan protein
Kekurangan lemak dan protein membuatkan anda lebih cepat rasa lapar. Jangan terlalu memilih makanan yang tidak sihat dan menyebabkan anda makan dengan lebih banyak. Protein membuatkan anda kenyang dengan lebih lama.

6. Rasa bosan
Bila bosan anda akan kerap ke dapur dan membuka peti ais dan mengambil makanan untuk kudapan semasa menonton tv. Cara anda mengurangkan rasa bosan adalah sangat tidak baik kerana boleh menyebabkan pertambahan kalori. Jika anda bosan anda boleh melakukan aktiviti yang bermanfaat  dan menyegarkan diri.

7. Masalah kesihatan
Isyarat rasa lapar merupakan satu petanda penyakit kencing manis. Jadi dapatkan nasihat doktor dengan melakukan pemeriksaan kesihatan.

Anda telah semak 7 tanda di atas? Jadi kurangkan rasa lapar dengan mengambil makanan yang betul dan lakukan aktiviti kecergasan untuk kesihatan anda.

0 comments:

Post a Comment