Orang perempuan ni mesti segala benda yang mincul kat muka dia nak ambik kira. jangan tak tahu bintik-bintik hitam yang kecil tu pun dia belek tau. Pantang nampak cermin. Bintik-bintik hitam ni la yang disebut jeragat
Jeragat merupakan masalah yang sangat merimaskan kaum wanita. kenapa? sebab jeragat ni menganggu kulit mereka nampak bersih. Bintik-bintik hitam muncul kat muka dan akan semakin banyak bila tidak dirawat.
Tapi jeragat ni masalahnya susah sangat nak hilang. Pelbagai produk dah cuba tapi masih tak hilang jugak. Jeragat ni kita perlu tahu kenapa ianya muncul baru la senang nak cegah dan hilangkannya kan. Jadi apa sebenarnya punca jeragat:
1. Sinaran Matahari
Sinaran uv ni musuh utama kulit kita. Terlalau terdedah kepada sinaran matahari akan membuatkan kulit kita lebih gelap, tona tak sekata, kurang berseri dan malah akan menyebabkan bintik-bintik hitam jeragat. jeragat yang dah mula pudar pun akan kembali bila terdedah kepada sinar matahari.
2. Perubahan Hormon
Perubahan kitan haid jugak menjadi salah satu punca jeragat muncul. Sesetengah wanita hamil juga akan mengalami masalah jeragat kena perunahan hormon semasa hamil. Selain itu pengambilan pil perancang juga menyebabkan jeragat.
3. Pemilihan produk yang salah
Tersalah memilih produk juga punca jeragat kerana pemilihan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang akan menipiskan kulit muka. Kulit muka yang nipis akan menyebabkan kulit menjadi sensitif dan terdedah risiko kepada sinaran matahari sangat tinggi.
4. Penjagaan muka yang tidak konsisten
Bila dah pilih produk yang selamat jangan pulak malas jaga muka. kalau malas sangat pun jangan la sampai tidur tak cuci muka. Make up yang tidak berkualiti pun penyebab jeragat tau.
5. Keturunan
Kalau sebab keturunan boleh semak dengan mak, ayah atau kaum keluarga terdekat. Kalau mereka ni ada jeragat jadi tak mustahil kita pun akan ada jugak. Jadi kena ambik langkah berjaga-jaga.
Bila punca jeragat kita dah ambil tahu jadi lebih mudah la kita nak ambil langkah seterusnya untuk hilangkan jeragat ni. Jadi tak ada sebab lagi la bertangguh nak hilangkan jeragat ni.
0 comments:
Post a Comment