Friday, 23 March 2018

Toksin Dalam Badan Penyebab Jerawat di Wajah | Razanirah Aziz

Detox, Jerawat, sebab jerawat di wajah, Toksin,

Jerawat merupakan perkara biasa di kalangan remaja kerana mereka mengalami perubahan hormon kena sudah akil baligh. Bagaimanapun jerawat yang teruk perlu dirawat untuk mengelakkan kulit muka mengalami masalah parut yang teruk.

Kenapa jerawat dan toksin saling berkait? ini kerana toksin akan dikeluarkan melalui kulit dan menyebabkan berlakunya alergi, jerawat ruam dan banyak lagi masalah kulit yang teruk. penting untuk mengetahui di mana jerawat timbul dan langkah pencegahannya.

Jerawat yang bernanah dan yang dikenali sebagai jerawat batu merupakan tanda toksin tinggi dalam badan dan keluar melalui kulit.

Detox, Jerawat, sebab jerawat di wajah, Toksin,

Jom kita kenal jerawat yang tumbuh pada bahagian wajah dan kenapa iannya terjadi.

Jerawat Di dahi atas
Punca: Sistem pencernaan dan pundi kencing

Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan mengikut kesesuaian berat badan untuk mengepam toksin keluar dari tubuh. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan kafien yang tinggi. Amalkan teh herba seperti teh hijau. Kurangkan mengambil gula berlebihan dalam makanan dan minuman (kek, Coklat, Cordial dan lain-lain).

Tidur yang mencukupi 6-7 jam sehari dan lalukan senaman ringan selama 30 minit setiap hari. Tingkatkan kebersihan diri terutamannya rambut untuk menggelakkan minyak penyebab jerawat. Amalkan minum dan makan makanan yang tinggi kandungan anti oksidan seperti lemon.

Jerawat di Dahi Bawah (Lower forehead)
Punca: Jantung

Jantung merupakan organ yang sangat penting untuk mengepam darah keseluruh tubuh manusia. Pemakanan yang tidak sihat dan gaya hidup yang tidak aktif akan menjejaskan kesihatan jantung.
Cuba untuk bersenam, minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari dan makan makanan yang berserat tinggi dan kolestrol yang rendah. Asap rokok juga penyebab kepada jantung yang tidak sihat.

Jerawat di telinga
Punca: Buah pinggang

Jerawat pada bahagaian telinga terjadi kerana gangguan pada buah pinggang dan biasanya jerawat susah nak hilang. Banyakkan minum air dan elakkan minuman yang tinggi kandungan kafien. Bersihkan buah pinggang dengan melakukan detox untuk menyingkirkan dan memebersihkan buah pinggang.

Jerawat di sekitar Mata dan antara Bulu kening
Punca: Hati

Kulit berminyak, kemerahan dan jerawat antara kening menunjukkan bahawa hati bekerja keras untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Hati perlu di bersihkan melalui detox hati. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin c (lemon, kiwi, oren, limau gedang). 

Dapatkan rehat yang cukup dengan tidur awal. Kurangkan makanan dan minuman manis, berlemak, berminyak dan produk tenusu. Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, limau gedang, teh hijau, lobak merah dan sayur-sayuran berdaun hijau.

Jerawat di Pipi Atas
Punca: Paru-paru dan Sistem Pernafasan

Tekanan ke atas paru-paru mungkin menyebabkan jerawat keluar di pipi atas. Tekanan ini termasuk merokok, asma, alahan, dan jangkitan paru-paru. Lakukan senaman dan amalkan gaya hidup yang aktif, elakkan merokok atau tempat asap rokok dan asap kenderaan.

Kebanyakkan jerawat terjadi disebabkan fungsi organ yang semakin berkurang disebabkan perlu membersih toksin dalam tubuh. Penting untuk memastikan organ berfungsi dengan baik dan jerawat merupakan petanda untuk kita melakukan langkah yang seterusnnya iaitu membersihkan organ atau dengan  kata lain detox organ seperti hati, buah pinggang, usus dan lain-lain.

0 comments:

Post a Comment