Friday, 16 March 2018

Tips Nampak Cantik Sepanjang Hari Tanpa Solekan | Razanirah Aziz

cantik, solekan, wajah, bahan semulajadi,

Nampak cantik setiap hari adalah keinginan setiap wanita. Wanita bekerjaya selalunya akan betulkan solekan dengan sangat kerap. bila perlu menghadiri mesyuarat atau perlu bekerja di luar, perkara utama yang dititik beratkan adalah kecantikan. dari hujung kepala hingga ke hujung kaki semuanya kena perfect. Boleh moody di buatnya kalau dia tak nampak cantik.

Kadangkala kalau solekan tercomot sedikit pun mesti akan betulkan berjam lamanya. Solekan dan wanita memang tak dapat dipisahkan dah macam peribahasa tu "Bagai isi dengan kuku."

Nak nampak cantik ni sebenarnya mudah sahaja, tak payah keterlaluan solekan tu sampai orang lain tengok pun boleh mengucap panjang. Boleh la ikut tips nampak cantik sepanjang hari tanpa solekan mesti boleh mengubati duka lara bergelut dengan barang make up tu.

Hidup yang sihat tidaklah terlalu susah, semua orang boleh melalukannya. Lakukan secara rutin In Shaa Allah kecantikkan akan terserlah dengan sendirinya. Jom ikut caranya.

1.       Minum air yang cukup secara rutin
Air yang mencukupi dapat menghidratkan badan dan menjadikan kulit lebih lembab dan mulus. Jangan lupa 8 air sehari.
2.       Biarkan kulit bernafas
Solekan yang terlalu tebal boleh menyebabkan pori-pori tersumbat. Kesannya kulit wajah akan cepat kusam dan timbul jerawat  serta tanda penuaan. Jangan lupa bersihkan kulit wajah sebelum tidur.
3.       Bibir merah tanpa lipstick
Pemilihan lipstick yang salah boleh menjadikan kulit bibir kering. Pakai pelembab bibir yang berfungsi untuk merawat kulit bibir supaya lebih sihat dan nampak lebih natural sesuai dengan warna kulit.
4.       Mencuci wajah
Selepas seharian menggunakan solekan, wajah perlu dibersihkan dari sisa-sisa solekan untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan rosak. Untuk menjaga supaya nampak lebih sihat, gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan kulit dan bebas dari bahan kimia merbahaya. Jangan lupa bersihkan muka 2 kali sehari.
5.       Menjaga kebersihan gigi
Bukan sahaja wajah yang perlu dititik beratkan tapi penjagaan gigi juga sama penting. Memiliki gigi yang putih dan bersih serta wangi akan menambahkan rasa percaya diri dan kelihatan cantik.
6.       Kepentingan nutrisi
Pengambilan nutrisi yang cukup juga penting untuk menjadikan kulit semakin cantik. Dengan memgambil diet seharian yang mencukupi seperti sayuran hijau, buah-buahan serta makanan tambahan lain baik untuk kecantikan dalaman dan luaran.
7.       Tidur yang mencukupi
Salah satu sebab kulit nampak tidak sihat dan tidak bermaya adalah kekurangan tidur. Kita memerlukan tidur yang mencukupi selama 6-7 jam sehari. Tidur penting untuk tubuh relax selepas seharian digunakan.
8.       Senyum
Tips yang paling penting, murahkan senyuman. Dengan tersenyum kita akan menghasilkan tenaga yang positif dan kelihatan lebih manis. Senyum itu kan sedekah.

Tips cantik tanpa solekan

1.       Pastikan kening terbentuk
Kening memainkan peranan yang penting untuk kelihatan cantik, jadi pastikan kening sentiasa dirapikan . Pastikan bulu-bulu kecil dibahagian mata tidak menganggu. Gunakan berus kening untuk betulkan kening.
2.       Scrub bibir
Gunakan bahan semulajadi untuk scrub bibir. Ratakan gula pada hirisan lemom dan scrub bibir dengan perlahan. Ini akan membuatkan bibir lebih sihat dan cantik.
3.       Bersenam
Cuba bersenam 2 kali dalam seminggu untuk menyihatkan tubuh badan. Senaman di awal pagi dengan meregangkan otot tubuh dapat melancarkan aliran darah dan mengeluarkan peluh. Badan pun akan semakin sihat.
4.       Bangun Pagi.
Bangun pagi akan membuatkan badan lebih segar. Orang tua dahulu kala cakap bangun pagi menjadikan wajah berseri dan awet muda. Jom amalkan.
5.       Lentikkan Bulu mata
Bulu mata yang lentik akan terlihat indah. Lentikkan bilu mata dengan alat khas akan membuatkan wajah kelihatan lebih cantik.
6.       Pakai pakaian yang bersih dan longgar.
Pakaian yang kena dengan gaya kita menjadikan kita lebih bergaya. Pakaian yang terlalu ketat membuatkan kita tidak selesa dan menyukarkan pergerakkan.
7.       Wangian
Kenakan wangian yang tidak terlalu keras. Jangan menarik perhatian orang ramai. Cukup hanya sekadar bau yang segar.
8.       Percaya diri
Hal yang tersanggat la penting dalam kecantikan. Jadi lah diri sendiri yang menyayangi diri sendiri apa adanya.

Tak susah kan nak cantik, yang penting ada keyakinan dan matlamat untuk cantik. Jangan lupa diri sudah la ye.


0 comments:

Post a Comment