Tahukah anda GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organism atau dalam bahasa mudah organisma yang diubah suai secara genetik. Benih yang dihasilkan dari teknik ini mempunyai sistem pertahanan yang kuat terhadap seranggan serangga perosak dan boleh hidup lebih lama.
Benih yang dihasilkan memerlukan pemantauan yang kurang ketat kerana DNA yang telah diubah mampu untuk mempertahankan diri dari seragan perosak. Kebanyakkan bahan mentah kita pada hari ini telah tercemar disebabkan sikap tamak sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.
Antara Tanaman Yang telah diubah secara genetik ialah
- Canola
- Jagung Manis
- Kapas
- Tomato
- Kentang
- Terung
- Kacang soya
- Alfalfa
Selain dari tanaman, haiwan seperti ayam juga berisiko kerana suntikan yang diberikan untuk mempercepatkan pembesaran dan menggemukan ayam.
Anda perlu memilih dan membaca label pada kandungan barang yang hendak diberi serta elakkan dari mengambil produk GMO terlalu kerap. Kebanyakkan produk sudah tidak dilabel GMO atau NON-GMO jadi anda perlu jadi pengguna yang bijak.
Berdasarkan kajian makanan yang berasaskan GMO adalah penyebab kepada:
Peningkatan toksin dalam badan
Apabila gabungan gen organisma yang bertoksin yang hendak diubah suai, menyebabkan anda mengalami masalah kesihatan kerana toksin akan berkumpul dalam tubuh.
Alahan atau alergik
Apabila protien yang terjejas atau rosak memasuki badan kita, ia akan merangsang imunisasi tubuh dan alahan berlaku.
Punca Kanser
Apabila makan terlalu banyak makanan GMO toksin dalam badan akan bertambah dan berlaku pengumpulan toksin yang menyebabkan organ perlu bekerja dengan lebih keras untuk membersihkan tubuh. Ini akan menyebabkan penyakit kronik berlaku.
Menurunkan tahap nutrisi
Penggubahsuaian tanaman akan mengurangkan nutrisi yang ada pada tanaman. Kacang soya GMO menghasilkan Phytoestrogen yang sangat rendah berbanding kacang soya Non GMO. Phytoestrogen adalah bahan kimia dalam soya yang boleh mengurangkan serangan penyakit hati dan kanser.
Cara mengenal produk GMO
1. Pilih produk
yang belabel NON GMO
2. Kod PLU pada
buah-buahan
Kod 5 digit
(bermula dengan no 8 adalah buah-buahan GMO contoh 84011)
Pilih kod 5
digit yang bermula dengan no 9 ( buah-buahan organik)
3. Pilih ikan laut dan ikan yang tidak dibela
4. Pilih makanan Sejuk beku - makanan sejuk beku bebas GMO
Sentiasa memilih dan membaca label produk sebelum membeli. Anda boleh menukar sumber ayam anda kepada ayam kampung. Teliti dan tingkatkan pengertahuan mengenai produk GMO untuk kesihatan anda dan keluarga.
0 comments:
Post a Comment