Wednesday, 21 March 2018

Apa itu toksin dalam badan? Adakah Ianya Merbahaya | Razanirah Aziz

Jerawat, Toksin

Perkataan toksin sering diperkatakan tapi tahukah anda apa itu toksin dan bahaya toksin kepada tubuh badan kita? Toksin adalah sisa bahan buangan yang tidak diperlukan oleh tubuh kita dan akan terkumpul dalam badan. Sisa buangan ini akan mencemarkan tubuh badan kita.

Toksin adalah racun yang terkumpul dari pelbagai sumber iaitu pencemaran udara yang disebabkan oleh asap kenderaan dan asap rokok. Pencemaran bahan makanan dari segi pertanian yang menggunakan baja dari bahan kimia dan semburan serangga perosak.

Bahan makanan yang telah di ubahsuai secara sintetik dari segi pembesaran buah, warna, suntikan pada ayam untuk menggemukan ayam. Pencemaran air yang mengandungi klorin yang tinggi juga menjadi penyebab kepada penggumpulan toksin dalam badan.

Jerawat, Toksin

Pengambilan bahan makanan yang tinggi bahan pengawet juga berbahaa kepada tubuh badan. Pengumpulan sisa toksin dalam badan boleh mengganggu fungsi organ tubuh. Kenapa toksin menganggu fungsi organ? Setiap organ manusia mempunyai fungsi dan tugas tersendiri. 

HATI
Hati merupakan organ yang sangat penting dalam menyaring toksin yang masuk ke dalam tubuh. Pertambahan toksin yang masuk dalam tubuh menyebabkan hati perlu bekerja dengan lebih keras dan akan menyebabkan hati menjadi terlalu letih untuk berfungsi. 

PERUT & USUS
Sistem perkumuhan ang terdiri daripada perut dan usus adalah tempat di mana makanan dicerna untuk menyerap nutrien yang diperlukan. Bahan yang tidak diperlukan akan di proses oleh usus. Sisa Toksin yang tidak dibuang akan melekat pada dinding usus dan menganggu kelancaran pembuangan yang akan menebabkan masalah sembelit.

BUAH PINGGANG
Organ ini penting kerana berfungsi untuk seimbangkan pengaliran cecair dan tahap garam dalam tubuh, memusnahkan toksin, melancarkan aliran darah, membina tisu dan sel darah merah. Sekiranya  kandungan toksin tinggi sumber garam, buah pinggang akan menyingkirkan melalui peluh dan air kencing. Penting untuk memastikan buah pinggang beroperasi dengan baik untuk seseorang itu sihat.

KULIT
Kulit memainkan peranan yang paling awal menjalankan fungsi menyingkirkan toksin yang menunjukkan tubuh penuh toksin atau tidak. Jadi tidak hairanlah kalau kulit di tumbuhi jerawat yang banyak kerana ini salah satu cara kulit mengeluarkan toksin dalam badan.

PARU-PARU
Paru-paru di dalam badan berfungsi sebagai penapis udara. Paru-paru membawa masuk oksigen terus ke dalam aliran darah dan pada masa ang sama membebaskan gas karbon dioksida dan gas lain yang tidak diperlukan. Sekiranya kita menyedut terlalu banyak gas beracun, paru-paru perlu menapis semua bahan yang bertoksin. Paru-paru yang terlalu banyak menapis udara yang bertoksin akan menjadi gelap dan fungsi paru-paru itu sendiri akan berkurang.

Toksin adalah merbahaya kepada tubuh badan apabila ianya terlalu berlebihan. Organ yang terlibat perlu bekerja dengan lebih keras untuk menyingkirkan toksin di dalam tubuh. Fungsi dan tugas setiap organ akan semakin berkurangan dan mengakibatkan seseorang itu mengalami penyakit.

Toksin di dalam badan perlu di singkirkan untuk mengelakkan penyakit kronik seperti stroke, darah tinggi, tumor dan kanser buah pinggang.






Continue Reading

Tuesday, 20 March 2018

Bahaya Toksin Dalam Badan Jika Tidak Disingkirkan | Razanirah Aziz

Toksin, Berat badan, Jerawat,

Kebanyakan dari kita pada hari ini lebih menekankan mengenai aspek luaran berbanding dalaman. Jadi tidak hairan lah ramai yang berlumba-lumba nak tampil cantik sehingga melupakan kesihatan. Kecantikan sebenarnya bermula dari dalam dan akan membentuk kecantikan luaran. 

Faktor utama terjadinya toksin dalam badan adalah pengambilan produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya yang seterusnya akan merosakan organ dalaman. Toksin juga berpunca daripada pemakanan dan faktor sekitar. 

Faktor utama penyebab penyakit adalah toksin dan racun dalam badan. Toksin yang berlebihan dalam badan menjadi punca kegagalan organ tertentu untuk bekerja dan seterusnya menyebabkan penyakit terjadi.

Pengambilan makanan yang terlalu berlemak seperti daging, makanan yang telah di proses seperti daging burger, tinggi bahan pengawet, serta makanan yang telah di bleach seperti tepung dan gula antara penyumbang toksin dalam badan.

Toksin, Berat badan, Jerawat

Antara penyakit yang disebabkan oleh toksin adalah:

1. Penyakit kulit
Untuk membuang toksin ang berlebihan dalam darah, racun dalam darah akan keluar melalui kulit. Toksin yang terlalu banyak dalam kulit menyebabkan bisul, jerawat dan masalah kulit yang lain.

2. Alergi dan asma
Sekiranya badan mengandungi banyak toksin terutamanya yang bersifat asid, lapisan selaput yang tidak teratur akan terkena paru-paru dan menjadi sensitif. Untuk menstabilkan sisa buangan yang beracun tubuh akan mengeluarkan enzim yang berlebihan dan boleh menyebabkan alergi. Tanda-tanda seperti hidung berair, bengkak, asma dan batuk adalah tanda toksin cuba dikeluarkan dari badan.

3. Penyakit hati
Hati akan akan berinteraksi dan membersihkan toksin yang masuk dalam badan. Hati tidak dapat mengeluarkan cairan empedu yang membantu proses pencernaan. Lapisan lemak akan memenuhi sekeliling makanan dan menyebabkan ianya sukar dicerna. Empedu yang di penuhi toksin akan menyebabkan penyakit kuning. Toksin juga mungkin mengeras dan menjadi batu dalam kantung hempedu.

4. Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi 
Toksin dalam salur darah akan menyekat kelancaran peredaran darah. Ini akan menyebabkan jantung perlu bekerja dengan keras untuk mengepam darah untuk membantu perjalanan darah yang tersumbat.

Menyebabkan pembesaran jantung dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Tekanan yang dilakukan pada salur darah akan menyebabkan tekanan darah tinggi. Jika tekanan darah meningkat dengan terlalu tinggi, salur darah dalam otak akan mudah pecah dan mengakibatkan stroke.

5. Sakit sendi dan otot
Apabila tubuh mengandungi toksin bersifat asid, sendi akan bengkak dan hujung tulang menjadi kasar dan bergerigi manakala tulang rawan akan mudah hancur. Cairan endokrin akan menjadi kering yang akan menyebabkan tulang bergesel antara satu sama lain. Ini akan menyebabkan penyakit arthritis dan sendi.

6. Tumor
Tumor terjadi akibat sisa-sisa toksin yang berkumpul pada tisu tubuh.

7. Batu Ginjal
Toksin yang berkumpul di dalam buah pinggang mengeras menjadi batu dari sebutir pasir boleh membesar seperti telur angsa.

8. Demam
Apabila sel darah putih melawan racun dalam tubuh, metabolisma di tingkatkan dengan semakin cepat menyebabkan mudah demam.

9. Sembelit
Apabila sisa pembuangan toksin yang berkumpul pada dinding usus, usus akan diselaputi oleh lapisan selaput yang tebal dan berat. Ini akan menyebabkan najis tersekat dan mengakibatkan sembelit. 

10. Terlalu gemuk atau kurus
Metabolisma memainkan peranan yang penting dalam keseimbangan berat badan. Mereka yang gemuk mengandungi lemak berlebihan dan sisa-sisa pembuangan. Bagi mereka yang kurus, tidak berupaya menyerap zat-zat makanan dengan efektif disebabkan sisa-sisa toksin.

Penyakit boleh dicegah selagi ianya di kesan dengan awal. Toksin dalam badan menjadi punca penyakit, jadi singkirkan toksin dalam badan untuk hidup yang lebih sihat.
Continue Reading

Monday, 19 March 2018

Cara Singkirkan Toksin Dalam Badan | Razanirah Aziz

Detox, Toksin


Toksin adalah bahan buangan terkumpul yang tidak disingkirkan dari badan melalui sistem perkumuhan (najis, urin dan berpeluh).


Terdapat juga toksin yang tidak dapat disingkir sepenuhnya yang akan mengganggu organ penghadaman seperti usus, hati dan buah pinggang. Penting untuk memastikan toksin dalam badan disingkirkan sepenuhnya bagi memastikan kesihatan tubuh badan.

Proses menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan dalam badan dipanggil Detox. Terdapat banyak cara untuk menyingkirkan toksin dalam badan terutama sekali secara semulajadi.

Cara menyingkirkan toksin dalam badan.
1. Banyakkan minum air
Air dapat menyingkirkan toksin melalui urin. sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan sesuai dengan berat badan kita.
2. Bersenam
Kerap melalukan senaman dapat penyingkirkan toksin melalui kulit dengan berpeluh. Mengemas rumah merupakan salah satu cara bersenam selain daripada joggong dan bejalan kaki.
3.Puasa
Berpuasa dapat merehatkan organ kita dari bekerja tanpa henti. Puasa dapat meneutralkan toksin yang terkumpul dalam badan.
4. Buah buahan
Mengandungi air dan serat yang dapat melancarkan sistem pencernaan dan dapat mengelakkan sembelit. Buah-buahan citrus seperti lemon kaya dengan vitamin c dan anti oksidan yang dapat melindungi hati dan membersihkan toksin.
5.Kubis
Kubis mengandungi unsur sulfur yang penting untuk dapat membantu menyingkirkan racun dari makanan dan ubat-ubatan.
6. Brokoli
Mengandungi enzim yang dapat membantu proses pencernaan dengan efisien. Brokoli mentah terdapat banyak nutrisi kerana belum terjejas akibat proses pemanasan semasa memasak.
7. Bawang putih
Bawang putih juga mengandungi sulfur yang terdapat dalam kubis. Bawang putih juga merupakan anti radang yang bersifat anti septik.
8. Biji bunga Matahari
Membantu proses menyingkirkan toksin pada bahagian hati dan mengelakkan kolestrol terjadi pada bahagian jantung dan pembuluh darah.
9. Teh hijau
Mengandungi anti oksidan yang tinggi yang dapat membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh.
10. Alfalfa
Alfalfa kaya dengan klorofil yang dapat memcuci dan menyingkirkan toksin dalam tubuh.

Menyingkirkan toksin dalam badan atau dipanggil detox adalah penting untuk mengelakkan penyakit merbahaya. Sistem atau organ yang tidak dapat berfungsi dengan baik adalah punca kepada masalah kesihatan.

Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat seta mengandungi vitamin yang baik untuk tubuh badan.




Continue Reading

Sunday, 18 March 2018

Tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan yang Jarang Kita Peduli | Razanirah Aziz

Jerawat, Toksin, Berat badan, Kurus

Banyak masalah yang disebabkan oleh toksin ni. Kebanyakkannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. masalah seperti bau badan sampaikan diri sendiri pun rasa nak muntah. Selalu sangat dapat jelingan sebab muka banyak jerawat. Kawan sebelah rasa tak selesa kita asyik tergaru-garu. Buat kerja sikit je pun tapi penat macam pergi hiking.
  
Anda mungkin sedang menternak toksin dalam badan tanpa anda sedari. Eiuuu teruk sangat ni kalau pasangan sendiri pun dah mula tegur, malu kot. Nak tahu tahap toksin dalam badan berlebihan atau tidak, Jika anda mempunyai semua tanda-tanda yang disenaraikan, anda perlu memcari jalan penyelesaiannya.

TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN
1. Selalu keletihan 
Masih berasa letih walaupun sudah berehat dan tidur secukupnya. Berasa letih walupun melakukan kerja yang sedikit. Keletihan juga adalah tanda tindakbalas hormone terhadap sistem imun tubuh anda. Ini adalah salah satu tanda mungkin toksin dalam badan telah berlebihan.

2.  Berat badan susah nak turun
Memang bukan mudah nak turun berat badan, tetapi bila kita dah lakukan senaman, kawal pemakanan dan ambil suplemen untuk turunkan berat tapi berat masih tak turun jugak. Tanpa kita sedar toksik dari pemakanan harian kita dan produk penjagaan diri telah menjelaskan fungsi semulajadi hormon.
Keadaan dimana berat badan sukar diturunkan adalah petanda badan kita telah dipenuhi dengan toksin sehinggakan segala macam bentuk senaman, diet pemakanan, suplemen mahupun ubat tidak mampu kurus kan anda.

3. Nafas berbau
Nafas berbau seringkali dikaitkan dengan masalah penghadaman, tapi tahukah anda itu juga petanda hati anda sudah tidak mampu menyingkirkan toksin yang terlalu banyak dalam badan.
Sehingga bau nafas yang busuk akan kembali walaupun telah memberus gigi, mengunyah gula-gula getah dan berkumur dengan ubat kumur. Bukan sahaja nafas berbau tapu badan berbau jugak adalah tanda toksin berlebihan dalam badan.

4. Sembelit
Sembelit terjadi apabila terlalu banyak makan makanan yang diproses. Makanan sukar dihadam kerana makanan yang diproses bercampur dengan bahan kimia dan pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan ketahanan.
Apabila kita mengalami masalah sembelit najis dan toksin tidak dapat dikeluarkan daripada tubuh, jadi toksin yang terkumpul dalam badan akan mengakibatkan anda mengalami sakit kepala, sakit-sakit badan dan keletihan. Jadi elakkan dari mengambil makanan yang telah diproses terlalu banyak atau kerap.

5. Sensitif pada bauan 
Toksin yang tinggi dalam tubuh akan bertindakbalas dengan dengan bau wangi. Kenapa? kerana reaksi dengan bauan dari bahan kimia.
Anda akan mengalami pening kepala atau sakit perut apabila terhidu bau yang kuat. Tapi jangan tersalah sangka dengan alahan mengandung ye. Pastikan apa penyebabnya.

6. Sakit kepala 
Jika anda terlalu kerap sakit kepala, berkemungkinan besar racun toksin terlalu banyak dalam badan dan menganggu peredaran darah.

7. Reaksi kulit.
Masalah seperti ruam, bisul jerawat dan masalah kulit lain juga merupakan salah satu petanda toksin tinggi dalam tubuh. Masalah kulit berkaitan jerawat adalah disebabkan oleh racub dalam makanan dan penggunaan produk penjagaan kulit.
Ruam dan gatal-gatal pada kulit adalah petanda tubuh cuba menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

Bagimana cara untuk membuang toksin
1. Senaman
Lakukan senaman dengan kerap untuk melancarkan peredaran darah dan membuang toksin melalui peluh. Toksin yang banyak akan menyebabkan peluh menjadi terlalu busuk. 

2. Air Kosong
kerapkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk melancarkan pembuangan toksin melalui najis dan urin.
Jangan biarkan toksin terlalu lama dalam badan, toksin yang berlebihan menjadi punca kepada penyakit yang berbahaya jika dibiarkan.
Continue Reading

Saturday, 17 March 2018

Atasi Masalah Kulit Muka Breakout Dengan Berkesan | Razanirah Aziz

youth shaklee,breakout, nak muka cantik, konsultasi percuma, youth, kulit berseri,


Lumrah wanita suka pada kecantikan jadi tak hairan la kalau dia dah cantik tetap nak bagi cantik lagi. Pantang nampak produk yang boleh jadikan kulit berseri dan mulus semua nak dibelinya. Bukan sikit-sikit produk yang dicuba berlambak-lambak sampai boleh jadi stor stokis barang kecantikkan. 

Dalam mencuba produk yang sesuai dengan kulit muka mesti pernah tersalah beli produk yang ada bahan kimia yang merbahaya pada kulit seperti hydroquinine, paraben dan lain lain. Mula pakai memang la berseri sampai jerawat seketul pun tak ada. Bila berhenti pakai produk tu, kulit mula mengalami gatal-gatal dan jerawat muncul dengan  jayanya.

Akhirnya muka yang dulu cantik sekarang dah jadi macam katak puru berkerutu sana sini nak tengok diri sendiri dekat cermin pun tak lalu. keluar rumah lagi la nak nak kan sebab malu. Itu la padahnya bila tesalah pilih produk, nak cantik tapi semakin buruk jadinya. 

Jangan putus asa, Raza ada cara atasi masalah kulit muka breakout dengan berkesan dan akan menjadikan kulit muka cantik, mulus dan cerah.

Set Penjagaan Kulit YOUTH Merupakan Set Penjagaan Lengkap untuk Melindungi, Merawat dan Mengembalikan kecantikan Kulit dari luar.

youth shaklee, muka breakout, nak muka cantik, cara atasi kulit muka breakout dengan berkesan, konsultasi percuma, penjagaan kulit youth, kulit berseri,

Sesuai untuk semua jenis kulit. Penjagaan kulit YOUTH telah telah diuji secara klinikal selama 8 tahun sebelun dilancarkan. Youth adalah hasil dari kajian pakar sains, pakar nutrisi dan pakar kulit bertaraf antarabangsa.
  • Bebas dari 2500 bahan kimia merbahaya melalui ujian klinikal.
  • 100% vegan.
  • Bebas gluten.
  • 100% pengguna wanita memiliki kulit lebih muda hasil ujian klinikal.
  • Non-comedogenik
  • Diuji oleh ahli dermatologi dan ahli oftamologi
Dijamin 100% berkesan, Halal, Selamat, Terbukti dan lulus KKM

Dapatkan konsultasi percuma dengan setiap pembelian produk penjagaan kulit YOUTH. Langkah dan cara penjagaan wajah juga akan diberikan percuma.

Hubungi :
Indipendent Shaklee Distributor
Razanirah Aziz
ID 1173929
Direct link wasap
Email 
razanirahaziz@gmail.com 






Continue Reading

Friday, 16 March 2018

Rahsia Kecantikan Kulit Wanita Korea | Razanirah Aziz

rahsia, wanita korea, penjagaan wajah, cantik

Korea negara 4 musim yang tiba-tiba popular disebabkan Winter Sonata. Setiap kali musim cuti ramai la orang kita yang nak pergi ke korea sebab terpesona dengan keindahan pulau nami. Pokok-pokok yang tinggi dilitupi salji yang tebal dan jalan yang memutih. Bukan itu sahaja makanan diorang pun boleh tahan terliur jugak ni yang penting halal ye.

Bukan setakat makanan dan keindahan yang disediakan tapi, cara penjagaan wajah yang sudah ditekankan sejak dibangku sekolah lagi. produk penjagaan wajah yang berbeza mengikut musim. Musim panas penjagaan yang ditekankan adalah sun screen manakala untuk musim sejuk mereka memerlukan produk untuk mengalakkan kulit menjadi kering.

Rahsia kecantikkan wanita korea ni dah menjadi ikutan atau trend dekat malaysia, nampak ringkas dan natural je kan. yang penting warna bibir yang sepadan dan eye liner je. Dalam penjagaan wajah mereka yang dititik beratkan adalah :

1. Pencuci muka
Bagi pencuci muka, mereka menggunakan jenis oil cleansing kerana mampu mencuci solekan wajah dengan sempurna sambil mengekalkan sebum semulajadi wajah. diikuti dengan pencuci muka berbuih dan membilas dengan air suam.
2. Penyegar/Toner
Penyegar muka dapat menaggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa solekan yang tidak habis semasa mencuci muka. Penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit menjadi kering.
3. Serum
Mempunyai bentuk cecair yang memudahkan penyerapan dan memberikan penjagaan terbaik untuk memperbaiki masalah kulit.
4. Pelembab
Pelembab muka merupakan rutin yang biasa buat wanita namun yang membezakannya adalah pemilihan bahan yang digunakan dalam pelembab. Wanita korea percaya pelembab dari minyak sayuran baik untuk wajah manakala pelembab dari minyak mineral seperti petrolium jeli tidak memberikan apa apa kesan menjadikan kulit lembut dan cantik.
5. Senaman mulut
Kebanyakkan wanita korea melakukan senaman wajah. dengan menyebut Ma Me Mi Mo Mu dapat menggerakkan otot wajah dan bibir sebanyak 10 kali.
6. Urutan muka
Rahsia menjadikan kulit mereka lebih berseri dan sihat adalah dengan melalukan urutan secara perlahan dengan menggunakan minyak wajah atau krim pencerah. lakukan 2 atau 3 kali seminggu dapat menggalakkan pengaliran darah dan menambah keanjalan wajah. Elakkan dari melakukan urutan pada kulit yang berjerawat.
7. Masker
Masker wajah merupakan langkah terakhir dan dilakukan secara rutin oleh wanita korea. Sebaik-baiknya gunakan masker jenis pek atau tampal daripada jenis pelling off yang boleh mengurangkan keanjalan kulit.

Jadi tak hairan lah kulit wanita korea cantik, berseri dan licin kerana cara penjagaan wajah pun tersangatlah terperinci. Selain itu wanita korea juga mengamalkan gaya hidup sihat serta mengambil suplemen untuk penjagaan kulit dari dalam.

Nutrisi yang mencukupi merupakan makanan kepada kulit yang diperlukan untuk memberikan zat yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan kulit.


Continue Reading

Tips Nampak Cantik Sepanjang Hari Tanpa Solekan | Razanirah Aziz

cantik, solekan, wajah, bahan semulajadi,

Nampak cantik setiap hari adalah keinginan setiap wanita. Wanita bekerjaya selalunya akan betulkan solekan dengan sangat kerap. bila perlu menghadiri mesyuarat atau perlu bekerja di luar, perkara utama yang dititik beratkan adalah kecantikan. dari hujung kepala hingga ke hujung kaki semuanya kena perfect. Boleh moody di buatnya kalau dia tak nampak cantik.

Kadangkala kalau solekan tercomot sedikit pun mesti akan betulkan berjam lamanya. Solekan dan wanita memang tak dapat dipisahkan dah macam peribahasa tu "Bagai isi dengan kuku."

Nak nampak cantik ni sebenarnya mudah sahaja, tak payah keterlaluan solekan tu sampai orang lain tengok pun boleh mengucap panjang. Boleh la ikut tips nampak cantik sepanjang hari tanpa solekan mesti boleh mengubati duka lara bergelut dengan barang make up tu.

Hidup yang sihat tidaklah terlalu susah, semua orang boleh melalukannya. Lakukan secara rutin In Shaa Allah kecantikkan akan terserlah dengan sendirinya. Jom ikut caranya.

1.       Minum air yang cukup secara rutin
Air yang mencukupi dapat menghidratkan badan dan menjadikan kulit lebih lembab dan mulus. Jangan lupa 8 air sehari.
2.       Biarkan kulit bernafas
Solekan yang terlalu tebal boleh menyebabkan pori-pori tersumbat. Kesannya kulit wajah akan cepat kusam dan timbul jerawat  serta tanda penuaan. Jangan lupa bersihkan kulit wajah sebelum tidur.
3.       Bibir merah tanpa lipstick
Pemilihan lipstick yang salah boleh menjadikan kulit bibir kering. Pakai pelembab bibir yang berfungsi untuk merawat kulit bibir supaya lebih sihat dan nampak lebih natural sesuai dengan warna kulit.
4.       Mencuci wajah
Selepas seharian menggunakan solekan, wajah perlu dibersihkan dari sisa-sisa solekan untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan rosak. Untuk menjaga supaya nampak lebih sihat, gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan kulit dan bebas dari bahan kimia merbahaya. Jangan lupa bersihkan muka 2 kali sehari.
5.       Menjaga kebersihan gigi
Bukan sahaja wajah yang perlu dititik beratkan tapi penjagaan gigi juga sama penting. Memiliki gigi yang putih dan bersih serta wangi akan menambahkan rasa percaya diri dan kelihatan cantik.
6.       Kepentingan nutrisi
Pengambilan nutrisi yang cukup juga penting untuk menjadikan kulit semakin cantik. Dengan memgambil diet seharian yang mencukupi seperti sayuran hijau, buah-buahan serta makanan tambahan lain baik untuk kecantikan dalaman dan luaran.
7.       Tidur yang mencukupi
Salah satu sebab kulit nampak tidak sihat dan tidak bermaya adalah kekurangan tidur. Kita memerlukan tidur yang mencukupi selama 6-7 jam sehari. Tidur penting untuk tubuh relax selepas seharian digunakan.
8.       Senyum
Tips yang paling penting, murahkan senyuman. Dengan tersenyum kita akan menghasilkan tenaga yang positif dan kelihatan lebih manis. Senyum itu kan sedekah.

Tips cantik tanpa solekan

1.       Pastikan kening terbentuk
Kening memainkan peranan yang penting untuk kelihatan cantik, jadi pastikan kening sentiasa dirapikan . Pastikan bulu-bulu kecil dibahagian mata tidak menganggu. Gunakan berus kening untuk betulkan kening.
2.       Scrub bibir
Gunakan bahan semulajadi untuk scrub bibir. Ratakan gula pada hirisan lemom dan scrub bibir dengan perlahan. Ini akan membuatkan bibir lebih sihat dan cantik.
3.       Bersenam
Cuba bersenam 2 kali dalam seminggu untuk menyihatkan tubuh badan. Senaman di awal pagi dengan meregangkan otot tubuh dapat melancarkan aliran darah dan mengeluarkan peluh. Badan pun akan semakin sihat.
4.       Bangun Pagi.
Bangun pagi akan membuatkan badan lebih segar. Orang tua dahulu kala cakap bangun pagi menjadikan wajah berseri dan awet muda. Jom amalkan.
5.       Lentikkan Bulu mata
Bulu mata yang lentik akan terlihat indah. Lentikkan bilu mata dengan alat khas akan membuatkan wajah kelihatan lebih cantik.
6.       Pakai pakaian yang bersih dan longgar.
Pakaian yang kena dengan gaya kita menjadikan kita lebih bergaya. Pakaian yang terlalu ketat membuatkan kita tidak selesa dan menyukarkan pergerakkan.
7.       Wangian
Kenakan wangian yang tidak terlalu keras. Jangan menarik perhatian orang ramai. Cukup hanya sekadar bau yang segar.
8.       Percaya diri
Hal yang tersanggat la penting dalam kecantikan. Jadi lah diri sendiri yang menyayangi diri sendiri apa adanya.

Tak susah kan nak cantik, yang penting ada keyakinan dan matlamat untuk cantik. Jangan lupa diri sudah la ye.


Continue Reading